Hari ni, sempena 31 Ogos 2008, aku memulakan latihan kawad, bermula dari jam 9.00 hingg 11.00 pagi, sungguh perit latihan ni, tapi bukan kerana latihan kawad yang perit tapi keadaan cuaca yang panas memang memeritkan. Tahun ni, aku tidak di minta untuk berkawad mewakili perpustakaan, kerana perpustakaan telah ada calon-calon yang telah di pilih, yang tentunya mereka-mereka yang istemewa yang terbukti mendapat perhatrian dari majikan ku.. (hu hu.. hu huu..), sebaliknya tahun ni aku di tendang untuk berkawad bersama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis. Kontijen ini terdiri dari beberapa jabatan iaitu Pejabat Perpaduan, Muzium, Perpustakaan dan juga dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Negeri Perlis sendiri... walau apa pun latihan hari ni tak begitu serius, boleh lawak-lawak gitu... Hari ni juga, hari pertama aku bertugas di kaunter perkhidmatan pelanggan, merangkap kaunter fotostat.. jadi kerja aku hari ni adalah buat fotokopi