Musim Buah... Ep 1

February 10, 2007



Jadi sekarang ni musim buah datang lagi, aku ni sebagai petani part time berasa juga la kesannya.. excited sangat.. yer la .. nih kali pertama aku tanam buah-buahan tempatan, atau juga orang kampung panggil buah kayu.. juga di kenalai sebagai rambutan.. ya.. sebenarnya tak der sangat orang tanam rambutan kat kampung.. terutama bahagian sebelah selatan Perlis nih, pasal biasanya tanahnya tak sesuai untuk tanaman buah kayu ni.. tapi ada juga la yang cuba-cuba dok tanam.. contohnya macam ppkok rambutan ni.. ada jga yang tanam.. tapi pokoknya agak tak menjadi.. kecik jer pokoknya.. tapi ada juga yang menjadi macam kawan aku tu, dah banyak kali leh makan, pokok pon besar tapi buah jer kurang besar... yer la tanah tu tanah sawah.. mana nak sama macam dusun kat bukit tu..

Macam2 rewspon yang aku dapat masa aku mula tanam dulu, ada yang bagi petua, ada yang bagi galakan, dan ada juga yang bagi macam komen maupun negatif thinking.. satu yang aku tak leh lupa ialah arwah mak aku, dulu pernah dia tanya.. emm tanam pokok ni sempat ke makan..? isk mana la aku perasan kan.. aku cuma jawab.. InsyaAllah kalau ada rezeki.. lepas 4 tahun ka boleh la rasa. Emm rupanya2 dia cara dia tanya tuh dah membawa makna cuma kita jer pickup kurang.. memang la tak der rezeki dia.. nak wat macma mana kan..

So, sekarang ni, progress pokok tu tengah berbunga.. macam aku kata ramai orang surprise tengok pokok tu berbunga lebat, macam2 orang tanya, pokok rambutan apa aku tanam, baja apa aku pakai, tanah apa aku masukkan.. dan sumer2 la yang berkaitan.. entah.. macam mana aku nak jawab.. aku pon tak tau.. yang aku tau aku pakai hantam tanam jer..

Tanah tu aku baru je tambun lebih kurang 5 tahun lepas rasanya.. lepas setahun baru aku tanam pokok rambutan tu, lepas tu aku rajin-rajinkan tangan selalu menjirus bila musim timuq, musim kering macam ni.. tahun lepas dah berbunga .. ada la dua tiga tangkai.. abis tu tahun ni semangat jer aku bajakan dia.. emm pastu dah tak sempat nak menjirusnya.. aku pakai la idea tak ketahuan aku ni yang orang tak nah try.. buat sprikler sendiri.. haa.. haa buruk rupernya tapi boleh jugak guna.. so inila hasilnya..

Moga dengan doa semua, ada la rezeki kan..

Emm pada orang tu kan, kelau teringin makan buah rambut, balik ler.. nanti dah masak buah tu kita bagi tau..

You Might Also Like

0 comments