Skip to main content

Pesta Buku vs BAKERP

Semalam aku bagitau aku sebuk dok buat laksa la, dans egala macam lagi la.. sempena pesta buku, nih aku nak bagitau le, Pesta Buku ni adalah di bawah kendalian BAKERP, iaitu Badan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Perpustakaan Awam Perlis.. tujuan utama adalah bagi mengisi tabung. Jadi Selain dari menjual Buku2 ada juga dua tiga barang lagi di jual.

jadi kalau tengok kat gambar tu.. yang baju oren dan jingga tu adalah ahli BAKERP nih la... yang mana kesemua adalah terdiri dari kakitangan perpustakaan, samada tetap, kontrak, sambilan maupun pekerja khidmat singkat (PKS).

Tak der aper sangat aku nak ceta lebih... cuma dah nak mengisi tabung.. maka di buka juga satu gerai makan.. hah macam nih lah keadaannya.. ada yang juyal laksa, kebab, air2, goreng, aiskrim pon ada, malahan kue2 kering pon ada..

---------------------------
isk.. Athirah demam balik la.. kesian aku tengok, mata kuyu stim jer, badan panas, jadi semalam bawak pegi klinik, tukar ubat demam, entah la dah sihat ke tak, aku lom tgk gi.. balik ni lah .. isk tapikan.. dalam demam pon dia nak merangkak, dah tu nak bangun berjalan, dah tu pandai merengek, apndai merajuk, kalau nakbagi ubat aduh dah siksa dah sekarang ni, macam tau je orang nak bagi ubat.. mesti nangis melalak-lalak nyer.. aduh kecoh satu rumah..
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Salam Ramadhan

Salam Maghrib.. #winterwindperlis