Skip to main content

Selamat Beradu Permaisuriku!


Isk.. aku tak puas hati sebenarnya... bukan kerana sesaper la, bukan kerana orang kat opis, kat umah maupun kat umah mentua aku... ntah hati aku cukup memberontak kali ni.. tapi pemberontakkan ini hanya terjadi dalam batin ku... bermain dalam fikiran ku.. tak der tempat nak ku luah kan.. entah macam mana aku nak luah kan.. em biar lah disini saja aku lontarkan...

Dulu pernah aku jadikan dia sebagai teman ku.. juga aku jadikan sebagai idola ku, bahkan aku jadi dia sebagai model untuk aku cari teman hidup ku, bahkan dia juga menjadi modal perbualanku, modal usikan aku.. juga modal dalam fantasi ku mencari seorang penunggu dalam hati ku..

Pernah juga dia di jadikan modal oleh teman2 ku untuk mengukur macam mana perlakuan seorang aku, macam mana citarasa seorang aku dan macam mana cara berfikiran seorang aku.. mereka menjadikan dia adalah satu target kehidupan ku.. tapi aku dari dulu cuba sedarkan diri ku dan sentiasa menyedarkan diriku bahawa mimpi ku bukan seperti yang telah di himpunkan pada ku...

Dalam setiap kekecewaan aku, aku masih beruntung kerana dia masih berdiri teguh, tetap menjadikan dia seorang 'dia'.. tidak menjadi orang lain yang kadang kala layu dalam labungan ombak sebuah kehidupan.. menjadikan aku kagum dengan semangat dia, kagum dengan kekentalan mentalitinya.. walau pun dia bukan seorang yang terpelajar.. tapi bukan juga dari third grade mentaliti..

Dalam aku mengharung kegetiran sebuah kehidupan, juga kemabukan lambungan ombak dan badai sesebuah kehidupan aku tetap melihat sirna dirinya, kesabarannya mengahadapi realiti sebuah kehidupan sedikit sebanyak memberi sedikit suntikan sirna dan aura satu kehidupan yang penuh bengkang benkok dan liku2 kehidupan yang semakin menjadi matang dan dewasa.. sedikit sebanyak memberi inspirasi juga pada ku...

Tapi...

Sayang.. sayang... sayang...

Rupanya manusia tetap manusia.. sedikit sebanyak sifat manusia akhirnya akan timbul juga.. apa pun sebagai manusia penuh dengan kekhilafan dan juga keteperngaruhan yang tidak dapat di elakkan.. juga manusia pasti akan membuat sesuatu yang semestinya mengikut sifat manusia itu sendiri.. kerana itu la manusia.. tak pernah perfect.. sememangnya manusia tak pernah perfect.. mesti di sana sini atau di situ ada sesuatu yang tak akan perfect.. tak akan sempurna.

Dan sebagai manusia sentiasa mencuba untuk mencari yang sempurna, baik mencari, berfikir, berangan malah cuba nak melakukan sesuatu yang paling sempurna bagi diri mereka, dan manusia lain pulak cuba nak menjadikan orang lain tak sempurna seperti yang di pandang mereka.. dan sentiasa tiada lah kesempurnaan dalam dunia ini kan? Sesngguhnya tiada yang lebih sempurna melainkan Allah dan kejadianNya .. kan?

Akhirnya setelah sekian lama, kita melihatnya sebagai sesuatu yang amat sempurna padanya, melihat sesuatu yang baik, malah berfikiran baik tentangnya, yang lebih nya ada yang menjadikannya ter lalu baik.. dan juga ada menjadikkan nya sesuatu yang terbaik.. mengangkat dan memujanya sebagai sesuatu yang baik tanpa dapat di pesongkan oleh orang lain, kerana di mata mereka dialah yang terbaik...

Di akhirnya dia sendiri memecah kemelut ini, dia sendiri mencanangnya setelah sekian lama berteka teki, malah bermain 'ketup', 'polis dan sentri', juga bermain 'toi'.. dan dengan rasminya dia mencanangkan " aku adalah manusia.. sesungguhnya aku ini manusia.." dan kerna itu dia bertindak sebagai sorang manusia.. dan pada fikirannya segala perancangan , segala rasa cinta, asmara, berahi ada lah sebagai hak seorang manusia.. dan pada pandangannya juga itu lah segala keputusan yang terbaik yang dapat di buat olehnya sebagai seorang manusia...

Jangan marah sayang!

Jangan marahi dia.. untuk apa dia di marahi, kerana kita juga manusia, dan dia juga manusia yang mana setiap manusia akan sentiasa bertindak dan berfikir dalam linkungan kesedaran sebagai seorang manusia, dan... kita juga kena ingat kita juga berada didalam ruang lingkup seorang manusia... biarlah apa jua pun keputusannya kita harus faham.. dia juga manusia dan kita kena fahami juga diri kita kerana kita juga manusia...

Tuai padi antara masak
Besok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Besok jangan rindu-rinduan

Selamat beradu permaisuriku..
Moga mimpi mu dan mimpi ku
Akan bersatu..
Dalam rindu..

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....