Skip to main content

Sains Fatehah ... Siri 1

Sains di sebalik BISMILLAH

Banyak artikel kami panjang-panjang belaka. KALI ini kami tidak mahu cerita panjang agar minda anda dapat direhatkan sedikit. Namun cetusan ringkas ini adalah PENENTU kepada keberkesanan segala amalan kita.

Bismillahirrohmanirrohiim adalah ayat pertama dalam surah 1, AL-FATIHAH (surah pembukaan) yang diwajibkan kita ulang 17x sehari dalam solat wajib harian. Ia kemudiannya menjadi awalan di setiap surah berikutnya kecuali Surah AT-TAUBAH. Begitu pentingnya Bismillah ini, sehingga selagi kita TIDAK BERTAUBAT, tidak layak kita membacanya.

Yang menariknya, ada Ustaz Segera yang kini jadi penceramah dalam TV Astro boleh katakan “Allah Terlupa” turunkan Bismillah itu dalam Surah At-Taubah hanya kerana Allah kelam kabut semasa perang (SUBHANALLAH bagaimana Allah boleh jadi kelam kabut dan bagaimana Allah boleh jadi pelupa? MasyaAllah)

Seruan kami kali ini ialah agar kita letakkan segala amalan kita dengan niat, dengan maksud, dengan dasar yang betul, berasaskan NAMA ALLAH.

APA ADA PADA NAMA?

Apabila kita kata kita buat atas sesuatu nama, ia terkait dengan SASARAN amal kita, juga TERKAIT dengan susunatur, Matlamat dan kaedah perlaksanaan amal kita.

Contohnya, jika kita buat dengan NAMA HOSPITAL, kita harus ikut CARA HOSPITAL, sasaran amal kita, untuk apa kita menuju ke situ. Jika kita buat atas NAMA BOMBA, juga begitu. Jika anda sakit, jangan cari doktor dan ubat di BOMBA. Jika berlaku kebakaran, jangan ke Hospital minta tolong nurse padamkan api. Itu contoh dalam kaedah perlaksanaan atau CARA perlaksanaan. Dalam NAMA itu ada CARA, ada KAEDAH, ada MATLAMAT.

Begitu jugalah bila kita beramal. Jangan letakkan kerja amal kita atas nama, atas maksud, dengan cara, selain dari apa yang telah ALLAH tetapkan, tunjukkan dan yang Allah harapkan. Buatlah dengan cara Allah, yang telah diuswahkan oleh para RasulAllah. Jangan kita buat ikut suka dengan cara kita, buatlah dengan tujuan yang telah Allah tetapkan, bukan yang kita sendiri tentukan (bila kita buat atas nama DIRI kita sendiri, atau apa saja nama yang kita sendiri cipta).

Itulah seharusnya menjadi asas NIAT, itulah DASAR AMAL kita sebelum kita memulakan sesuatu kerja amal. Itulah FITRAH kita sebagai HAMBA, yang seharusnya berbuat HANYA atas NAMA ALLAH yang menguasai kita.

Rasulullah SAW bersabda:

كلُّ أَمْرٍ ذِي باَلٍ لاَ يُبْدَأ فِيهِ بِبِسْمِ اللهِ فَهُوَ أَبْتَر

Bermaksud:

“Setiap perkara baik yang tidak diAWALI dengan Bismillah (dengan nama Allah) maka ia adalah terputus (tidak diterima).” – Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah & al-Nasaie daripada Abu Hurairah r.a.

“Tertolak segala amalan yang tidak diawali BISMILLAH”

Bagaimanakah dengan orang bisu yang tak mampu melafaz?
Bagaimanakah dengan manusia yang terlupa baca bismillah semasa memasukkan RM1 Juta simpanan seumur hidupnya ke dalam tabung masjid?

INSYAALLAH akan kita sambung dengan ayat lain dalam FATIHAH agar benar-benar minda kita terbuka dan berminat untuk meneliti sains gunaan al-Qur’an itu.

Raya kita sebulan, jadi masih ada peluang untuk KEMBALI FITRAH dengan membetulkan niat kita dalam setiap amalan hidup harian kita, dalam menyambut tetamu, dalam mensajikan juadah, menghulurkan duit raya, hamper raya, menganjur majlis rumah terbuka, mensedekahkan pakaian terpakai (bukan terbuang) dll.

Agak berat ungkapan ini tapi cubalah anda fikir2kan berulangkali.

Contohnya, berdasarkan BASMALLAH, atas NAMA ALLAH, kita disaran mensedekahkan apa yang kita paling sayang, dilarang MENSEDEKAH sesuatu contohnya PAKAIAN yang reput, koyak rabak, kotor berlendir, yang kita sendiri jijik, tapi kita buat juga.!

Amalan itu tidak sesuai dengan NAMA ALLAH yang maha tinggi (Al-Baqarah, 267, Ali-Imran 92), TENTUNYA ALLAH TIDAK REDO, TIDAK SUKA, TIDAK KASIH kerana itu bukan CARA yang Allah anjurkan atas NAMANYA.

Adakah kerja amal begitu atas NAMA ALLAH, dengan CARA & TUJUAN yang Allah suruh? atau atas NAMA KITA, cara & tujuan kita yang sangat tersendiri? Kerana nak kosongkan almari untuk masuk baju baru, bukan kerana nak tolong dan menggembirakan orang susah contohnya..! Nah..!, Mana mungkin kita akan dapat rahmat, nikmat hidayah & kasih sayang sesama manusia JIKA ALLAH SENDIRI MEMBENCI.?

Contoh ke2, kita baca BISMILLAH sebelum makan. Tapi dapatan makanan kita bukan ATAS NAMA ALLAH yang menganjurkan “makanan yang halal lagi baik”. Kita tidak peduli samada wang yang kita guna membeli makanan itu hasil judi, rasuah, curi dll.

Jika kita faham benar2 maksud Basmallah, faham benar-benar unsur RAHMAT kurniaan Allah, bahkan dapat merasai kehebatan RAHMATnya (iaitulah Rahmat ilmu, rahmat kefahaman, rahmat petunjuk & hidayah berupa buah2 fikiran tentang cara hidup (SIROOT) terbaik, yang tepat & selamat, yang lurus & harus di’ISTIQOMAH’kan – “SIROOTOLMUSTAQIIM”), nescaya kita tidak akan tergamak menolak satu apapun dari apa yang telah Allah kurniakan kepada kita itu untuk dipraktikkan, sampai tahap “FISSILMI KAAFFAH” (Islam sepenuhnya).

Dengan rahmat berupa hidayah yang tepat yang kita amalkan itu, kita akan dilihat MENYENANGKAN MATA & HATI manusia lain, zuhud, sederhana (wasotiyah), sentiasa redo & senyum, dan bermanfaat kepada alam & insan lain. Itu akan membuatkan kita disayangi (RAHIIM) oleh Allah & manusia lain. Memang fitrah manusia suka & sayang melihat orang yang baik, bertakwa, berakhlak, berbakti sekalipun dia sendiri mungkin masih ingkar.. setuju tak?.


Hasil IQRA’

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....