Skip to main content

Sains Fatihah ... Siri 3

“Ar-Rohmannir-rohiim” – Pengaliran Rahmat & Kasih Sayang

Fatihah adalah frame sistem kehidupan harian kita. Jika kita mampu memahami & menghayati praktik sains dari frame Fatehah itu, maka kita akan menjadi insan & ummat yang terjamin kesejahteraannya, selama lamanya.

Turutan ayat-ayat dalam Fatihah yang mengandungi frame perlaksanaan amalan harian kita adalah amat terkait antara satu dengan yang lain secara jelas. Ia tidak terputus-putus sebagaimana 4 wahyu sebelumnya. Kaedah ia diturunkan ialah bila 7 ayat dalam surah ini diturunkan secara sekali gus.

Apabila kita telah meletakkan semua kerja amal kita atas nama Allah, kita pastikan tepat tujuan amal kita dengan mahunya Allah, tepat pula kaedahnya dengan tatacara kerja amal yang Allah tunjukkan dalam alQur’an & Sunnah Nabi, maka pasti akan membuahkan hasil yang Allah janjikan iaitu rahmat dan kasih sayang – rujuk artikel sains Fatihah 1.

APA KAITAN “AR-RAHMAN ARRAHIIM” DI AYAT 1 & AYAT 3?

“Ar-Rahman Ar-Rahiim” Pada ayat 1 (Bismillah) adalah hasil dari kejayaan kita meletakkan amalan benar-benar atas NAMA ALLAH. Di ayat 3 adalah pengembangan dan kesinambungan penghasilan itu. Kiranya kita mampu kekal meletakkan kerja amal kita atas nama Allah (BASMALLAH) & mampu kekal memuji Allah (BERHAMDALLAH) dengan tepat.

Jika kita tidak berhamdalah dengan sempurna, dengan mengekalkan prinspip BASMALLAH melalui NIAT AMAL kita atas nama Allah semata-mata. Lalu dengan meneruskan KAEDAH AMALAN kita menurut apa yang Allah ajarkan, maka hasil amal berupa kurnia rahmat & kasih Allah dalam ayat 1 tidak akan berlaku di ayat 3. Ia akan terputus tanpa kesinambungan.

Inilah maksud sebenar bagaimana berlakunya pembatalan amal baik yang tidak berdasarkan BASMALLAH seperti hadis yang dibacakan dalam Artikel Fatihah 1 yang kami kongsikan sebelum ini (jika tertinggal, sila lungsuri www.prihatin.net.my) .

1. KAITAN DENGAN BISMILLAH PADA NIAT & TUJUAN BERAMAL

Setelah kita merasai hasil AMAL yang berbasmallah, kita sering mengambil kredit dari perolehan itu untuk bermegah diri dan riak. Tabiat riak ini sendiri di larang Allah, ia terkeluar dari pekej prinsip basmallah. Jika ini berlaku, ia akan membatalkan BASMALLAH, di mana ASAS NIAT atau tujuan amalan yang asalmula nya bertujuan membesarkan Allah, mensucikan nama Allah, mematuhi perintah Allah & mencari redha Allah tadi sudah berubah menjadi bertujuan membesarkan diri sendiri pula.

Akibatnya segala kurnia Allah dari kejayaan basmallah tadi akan terhenti di situ, tiada lagi lanjutan hasil Rahmat & Rahim secara istiqomah.

Secara sains psikologi & sosiologinya, manusia pun akan merasa bosan dan meluat terhadap orang yang lari dari basmallah, iaitu yang riak – sombong, suka meninggi & menyebut-nyebut kebaikan diri. Perasaan hormat & kasih sayang segera gugur berubah benci.

Contohnya, jika seseorang memberi kepada penerima kemudian pemberian itu disebut-sebut dan diungkit-ungkit, maka perasaan hormat dan kasih sayang akan hilang. Itu semua disebabkan mereka berbuat bukan atas niat untuk Allah (basmallah) dan bukan untuk selain dari pujian kepada Allah (Hamdallah). Yang mereka mahukan ialah keuntungan peribadi sahaja. Dalam kes ini, mereka tak akan dapat “Arrahman & Arrohim” (Alfatihah, 3)

Hakikatnya ialah, kita bersedekah atas perintah Allah. Kualiti dan kadar serta asnaf sasaran sedekah kita Allah yang tetapkan. Tujuan sedekah kita, Allah juga yang ajarkan iaitu untuk mendapat redhaNya. Ia adalah untuk kita merasakan insaf, sedar diri akan nikmat yang Allah kurnia, meringankan beban & menggembirakan penerima serta melahirkan benih kasih sayang antara golongan pemberi juga penerima. Dengan kasih sayang itu pemberi merasai ketenangan, tidak merasa berdosa telah mengabaikan tanggungjawab insaniah, tidak takut didendam & dimusuhi oleh golongan orang susah dan lain-lain lagi. Hidup pemberi akan jadi tenang untuk terus bekerja mengumpul harta sebagai bekalan ibadah seterusnya tanpa banyak gangguan.

Hasilnya ialah sebuah masyarakat yang akan hidup saling menyayang & suasana hidup bersaudara yang hakiki. Tiada perang, tiada pembunuhan, tiada hasad dengki, tiadalah adu domba.

Tanpa tunjuk ajar Allah, semua rahmat dalam kehidupan sebuah masyarakat itu tidak pernah akan terhasil. Jadi pastinya segala pujian dan kredit itu adalah untuk Allah belaka.

Kesimpulan :

Mengambil pujian utk diri sendiri ini akan membatal atau menghentikan hasil baik dari satu amal yang tadinya telah tepat basmalah dan hasilnya. Rahmat & kasih sayang yang telah terhasil dari amal itu akan terhenti dan tidak dirasai lagi.

Sama juga kisahnya pada penerima. Seorang pemberi yang telah bersungguh-sungguh menganjurkan pemberian dengan ikhlas, memberi dengan jumlah dan kualiti yang wajar dengan kemampuannya, akan hilang respek dan rasa kasih terhadap si penerima yang tidak berterima kasih, berlebih lebihan meminta itu dan ini bahkan sombong & tidak berkasih sayang dengan pemberi. Ini juga keluar dari frame basmallah. Amal akan terbatal dan tiada ulangan rahmat dan rahiim lagi.

2. KAITAN DENGAN BISMILLAH PADA KAEDAH BERAMAL

Pada sudut lain, kita mungkin mampu melihat, memahami dan mengakui bahawa sistem hidup yang Allah ajarkan itu TERBAIK, bahkan pernah menikmati hasilnya seperti yang dijelaskan tadi. Namun masih lagi kita ENGGAN untuk menunjukkan terima kasih dan menghargai sistem terbaik itu dengan penuh tekad melaksanakan keseluruhannya dalam hidup kita.

Mengakui bahawa kaedah Allah adalah yang terbaik, paling berkesan, pastinya hasil baik dari amal kita yang tadinya pernah kita kenalpasti akan hilang jika kita cuba cuba untuk mengubah kaedah dan sistem amal itu dengan yang lain. Ini menggambarkan yang kita tidak bersyukur kepada Allah (berhamdalah) dengan pemberian hidayah tentang kaedah kerja amal yang tepat itu. Merubah-rubah cara amalan dan tidak berhamdalah juga terkeluar dari sistem Allah dari BASMALLAH. Oleh itu amal baik itu akan tertolak di mana amal kita akan tidak membuahkan hasil yang diharapkan kerana sistem dan metodologinya kita ubah.

Jika kami dapat ringkaskan kesemuanya untuk mudah anda memahami dan menghadami dalam rohani anda, mungkin ia boleh digariskan begini.

Bismillah – Halatuju kerjabuat kita hanya UNTUK Allah jika mahukan pemurah & penyayangnya Allah itu.

Alhamdulillah – Jika halatuju kita seperti di atas (Basmallah) pasti ramai orang akan memuji muja kita. KEMBALIKANNYA kepada Allah bukan untuk diri sendiri.

Arrahman Arrahim – Jika bismillah dan Alhamdulillah itu mampu dilakukan berturut-turut, yang seterusnya ialah HASIL dalam bentuk nikmat rahmat Allah dan hidup secara berkasih sayang.

Contohnya,

• Jika Allah tetapkan kaedah infak berjumlah 10% dari perolehan bulanan kita, lalu kita ubah menjadi rm10 setahun secara pukulrata saja, tidak kira golongan papa maupun yang kaya. Pasti matalamat zakat dan infak itu tidak akan tercapai.

• Jika Allah tetapkan LELAKI pengurus WANITA sebagai amalan hidup pasangan dalam rumahtangga jika ingin jaminan sejahtera, lalu kita tukar kaedah itu dengan yang sebaliknya, pasti hasilnya akan terbalik juga.

SEMOGA anda dapat rasakan nikmat hidup berprinsip dengan prinsip Fatihah, ummul quran ini & mampu istiqomah. Insya Allah kami akan cuba kongsikan hasil rumus kami tentang sains sosiologi dan psikologi dari Fatihah ini untuk ayat berikutnya selepas ini.

Hasil IQRA’

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....