Skip to main content

Sains Fatihah .... Siri 4

Maalikiyaumiddin – Applied Science di sebalik Fatihah ayat ke 4. Secara lansung ayat itu bermakna MERAJAI HARI AD-DIIN (AGAMA), hanya 3 saja kata kuncinya.

Apa pentingnya 3 kata kunci dalam ayat ke 4 Surah al-Fatihah yang Allah perintahkan kita membacanya 17x sehari ini? apa kaitannya dengan praktik kehidupan harian kita. Itulah perspektif & matlamat perkongsian kami, hasil perlaksanaan kerja amal yang menerbitkan satu perasaan dan sensitiviti terhadap setiap wahyu Allah. Itulah dia Applied science di sebalik setiap wahyu.

Secara logiknya, jika kita telah mampu meletakkan kerjabuat kita semata-mata atas nama Allah, mencakupi NIAT asal maksud atau tujuan kita beramal, juga kesempurnaan kaedah atau methodologi amalan kita mengikut kehendak dan petunjuk yang telah Allah ajarkan, pastilah kita mendapat hasil yang Allah janjikan. Rujuk Fatihah #1

Kemudian kita bersyukur kepada Allah, dengan cara memuji Allah bukan memuji diri sendiri yang menjadikan kita dilihat riak dan itu menghapuskan segala amal yang ada. Pujian kepada Allah itu kita sempurnakan lagi dengan memuji SISTEM atau aturan kehidupan yang telah Allah hidayahkan kepada kita sehingga berjaya menikmati hasil baik dari segala amal yang telah mengikut hidayah itu.

Tasdiq hati yang memuji Allah dengan kesempurnaan sistem aturan hidup (ad-dien) itu dibuktikan pula dengan istiqomah melaksanakan kesemua aturan hidup yang telah Allah hidayahkan kepada kita itu dengan sepenuh2nya. Fatihah #2. Hasilnya ialah bertambah-tambah ulangan dapatan rahmat dari sifat ar-Rahman ar-Rohiim Allah. Fatihah#3 .



FATIHAH AYAT 4:

Ulangan kesemua itu secara istiqomah akan membuatkan kita jadi sangat berterima kasih, bersyukur dan mengakui kehebatan Allah. Tanpa kita sedar kita akan menjadi terlalu sensitif dan ingin mencuba kesemua aturan hidup harian yang dipanggil ad-dien atau cara hidup itu satu demi satu. Kita akan menganggap semua aturan hidup yang Allah tunjukkan dalam alQur’an itu suatu titah yang wajib kita laksanakan semuanya. Kita akan gementar apabila membaca atau mendapat tahu tentang aturan hidup yang Allah perintahkan, sepertimana kita gementar mendengar titah raja di istana gamaknya.

Rasa Gementar itu adalah satu nikmat yang akan membuatkan kita menjadi taat dan patuh kepada suruhan Allah biar apa saja bentuknya, kerana kita benar-benar dapat merasakan Allah menjadi raja dalam urusan agama dalam diri kita setiap hari sepanjang hidup kita. Seterusnya kita akan sentiasa merendah diri dan merasa bersalah, berdosa dan sentiasa dalam keadaan beristighfar, “Ampun Tuhanku, Titah Perintah Tuhanku Patik Junjung Atas Batu Jemala Patik”, begitulah jadinya.

Seterusnya prinsip dan sikap itu menjadi darah daging yang membuatkan kita terlalu respek dan takutkan Allah sehingga kemurkaan Allah, biar sedikit akan menjadi igauan yang sangat membimbangkan kita, sangat kita takuti dan kesali. Cubalah sendiri, anda juga akan merasa begitu (jika mau).

Contohnya,

Jika Allah mahu kita bersatu dan menyatukan ummat, bermati-matian kita akan usahakan, kita akan menangis jika gagal melakukan sesuatu untuk itu kerana takut Allah murka.
Jika Allah minta kita menutup aurat – sungguh2 kita cari spesifikasi pakaian seperti apa yang harus kita pakai, contohnya tudung mesti menutupi dada, pakaian mesti tidak menampakkan susuk tubuh dll, SETIAP HARI bermati-matian akan kita cuba mematuhinya, sebelum beli pakaian, atau sebelum keluar dengan pakaian itu berkali kali kita akan lihat cermin untuk memastikan spesifikasi pakaian kita tepat mengikut kehendak Allah. Ini kerana kita telah merasa ALLAH itu RAJA terhadap kehidupan kita. Tidak lagi bulan puasa kita pakai baju kurung labuh, bulan syawal kita pakai kain belah, kebaya tipis sendat atau terus kembali kepada mini skirt semula.
Jika Allah minta kita infak 10% dari pendapatan kita, tanpa soal kita akan pantas memperuntukkannya sebelum kita berbelanja untuk diri kita sendiri, semata-mata kerana takutkan murka Allah.
Itulah atitude dan prinsip hidup yang seharusnya kita persiapkan di dunia ini sebagai persiapan menghadapi balasan kuasa kerajaan Allah yang bakal kita temui di alam akhirat nanti.

Raya kita sebulan bukan? jadi masih ada peluang untuk KEMBALI FITRAH dengan sungguh-sungguh meletakkan Allah benar-benar sebagai RAJA yang MERAJAI jiwa kita SETIAP HARI dalam amalan hidup BERAGAMA dengan agama Allah ini. Penuhilah titah perintah Allah, raja kita itu, banyakkan mohon ampun dan merendah diri, jangan sekali-kali kita pula yang meninggi diri dan merendahkan Allah dalam urusan agama. Itulah fitrah HAMBA terhadap RAJANYA.

Jika anda masih belum dapat tangkap lagi maksud penjelasan di atas, abaikan saja, kerana kami sekadar berkongsi apa yang kami alami dan rasai setelah mendapat hidayah itu. Mungkin kami masih belum mampu menjelaskan apa yang sedang kami RASAI & FAHAMI dengan tepat. Itu kelemahan yang kami akui dan kami alu-alukan tokok tambah dari pengalaman anda pula (yang bernas saja, bukan copy paste sana sini yang menambah pening kepala).

INSYAALLAH akan kita sambung perkongsian iqra’ dengan ayat lain dalam FATIHAH agar benar-benar minda kita TERBUKA (FATEH) dan berminat untuk meneliti sains gunaan al-Qur’an KESELURUHANNYA.

Silalah LIKE, TAG, SHARE sebagai sumbangan amal anda mengajak manusia mendekatkan diri kepada ALLAH. Boleh juga anda download foto berkapsyen ini dan letak di header fb / blog anda untuk mudah memberi peluang fikir & zikir kepada yang lain.


Hasil IQRA’

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....