Applied Science di sebalik ALHAMDULILLAHIROBBIL’ALAMIIN.
Fatihah membawa maksud PEMBUKAAN. Ia adalah wahyu yang ke-5 turun selepas al-Alaq (Iqra’ / Segumpal darah), al-Qalam (pena), al-Muzammil (berselimut), al-Mudatsir (berkemul). Kesemua 7 ayat, termasuk BISMILLAH diturunkan SERENTAK tidak terputus-putus seperti kebanyakan surah yang lain.
Ia juga di panggil Ummul kitab (IBU kitab) sehingga menjadi bacaan WAJIB dalam setiap solat. Atas dasar itu ia diletakkan di SURAH 1 dalam Musyhaf AlQuran, Gagal memahami aplikasi Fatihah dalam minda kita bermakna kekallah kita dalam keadaan minda tertutup (tidak fateh, tidak tersingkap), sukar jugalah kita memahami ayat-ayat lain dalam al-Qur’an itu.
Jika Al-Quran itu ibarat sebuah rumah, Al_fatihah itulah pintunya. Membaca Al-Fatihah dan MEMAHAMINYA seperti membaca abstrak dalam setiap tesis penyelidikan atau seperti membaca “table-of-content” untuk sebuah buku.
Salah satu cara kita membesarkan, mengagungkan ALLAH ialah dengan BERHAMDALLAH memuji ALLAH, khususnya melalui bacaan ayat ke2 dalam FATIHAH ini.
Dalam BASMALLAH telah di kupas agar kita MELETAKKAN segala kerjabuat kita ATAS NAMA ALLAH. Ia mencakupi maksud & TUJUAN kerjabuat itu, melalui KAEDAH melakukannya, iaitu mengikut sistem yang ALLAH ajarkan dalam al-Qur’an dan mengikut contoh sunnah para nabi. Kami dah huraikan secara mendalam dalam artikel kami sebelum ini tentang BISMILLAH, sila rujuk di pautan ini bagi yang belum membacanya lagi.
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/13/sains-di-sebalik-bismillah/
Kami cadangkan, bacalah mengikut tertibnya. Baca dahulu Sains di sebalik Bismillah kemudian kembali ke artikel ini untuk mudah memahaminya.
Jika TEPAT kita meletakkan ASAS atau DASAR pada kerja amal kita atas NAMA ALLAH, pasti kita mendapat limpahan rahmat dari ALLAH, itulah petunjuk, hidayah yang terbaik sehingga mampu membuatkan kita benar-benar merasa sayang pada Allah & hambanya di alam ini, pasti kita sanggup sujud bersyukur untuk BERHAMDALLAH, BERSYUKUR dengan nikmat itu.
Namun dapatan dari hasil kajian kami menunjukkan sebaliknya. Kita kurang meletakkan prinsip hidup kita sesuai dengan apa yang kita LAFAZKAN hari-hari.
Contohnya kita melafazkan BASMALLAH, tapi banyak kerjabuat kita masih tidak atas NAMA ALLAH lagi. Kita belum sebenar-benarnya melakukan sesuatu kerana Allah (LILLAH), dengan kaedah yang Allah ajarkan (BILLAH) sehingga kita mampu meraih maqam atau tahap BASMALLAH itu sepenuhnya.
Rasa kasih sayang yang benar-benar telah dapat kita rasakan dari BASMALLAH yang tepat itu nantilah yang akan membuatkan kita mampu BERHAMDALAH dengan TEPAT juga. Caranya ialah, kita tidak sekadar melafaz ALHAMDULILLAH, tetapi benar2 mentasdiq dalam hati serta mengatur praktik amal, bahawa benar sesungguhnya kaedah pengaturan Allah yang diajarkan kepada kita di alam ini terhebat, wajib dipuji, wajib di HARGAI.
Jika mengikut susunan, apabila kita melakukan segala amal dengan dasar “basmallah” (semuanya untuk Allah, semuanya atas kemahuan Allah, kaedah Allah) pasti kita akan dilihat mulia oleh sebahagian manusia dan mereka akan memberikan puji dan sanjung kepada individu yang berbasmallah secara actual tadi. Ayat seterusnya, Allah ajarkan sekiranya dengan basmallh itu kita dipuji puja, kembalikanlah ia kepada Allah. Kembalikan pujian itu kepada Allah kerana kita langsung tak layak menerima pujian itu. Jika kita ambilnya atas dasar “personal” perkara seterusnya yang terjadi ialah RIAK (Nauzubillah)
Bagaimana MENGHARGAI kaedah pengaturan hidup TERMAHAL yang ALLAH kurniakan kepada kita di alam ini?
Sekarang pasti anda mudah menjawabnya, iaitu dengan cara MEMPRAKTIKKAN SISTEM ITU sepenuh-penuhnya. Bukan sekadar lafaz bibir yang mengatakan “Segala puji bagi Allah Pengatur sekalian Alam” saja, tapi kita sendiri sebagai isi alam INGKAR dari mengikuti susunatur kehidupan yang telah Allah anjurkan. MUDAH BUKAN?
Jika anda bersetuju, bermulalah sekarang untuk SEBENAR-BENARNYA meletakkan ALLAH setinggi mungkin dalam pertimbangan NIAT & MUAMALAT di setiap kerja buat anda. Cubalah teliti kaedah paling tepat dari Qur’an & sunnah yang terkait dengan kerjabuat anda, kelak anda akan sangat PUAS HATI dan khusyuk BERHAMDALLAH.
Jika anda masih belum dapat tangkap lagi maksud penjelasan di atas, abaikan saja, mungkin kami masih belum mampu menjelaskan apa yang kami rasa dengan tepat. Itu kelemahan yang kami akui dan kami alu alukan tokok tambah dari anda semua (yang bernas saja, bukan sekadar copy paste sana sini menambah pening kepala).
Raya kita sebulan bukan?,
Jadi masih ada peluang untuk kita KEMBALI FITRAH dengan membetulkan cara kita BERHAMDALAH – MEMUJI, BERSYUKUR atau berterima kasih kepada ALLAH.
Jika kita ingin puji & berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak pengalaman, yang sayangkan kita maka IKUTILAH NASIHAT mereka, jika kita nak puji keenakkan nasi lemak yang ibu kita masak dan bekalkan dalam perjalanan, MAKANLAH nasi lemak itu, jangan biarkan ia dalam bungkusan hingga basi. Pujian bibir anda ADALAH PALSU, FASIQ selagi anda belum benar-benar menikmati keenakan nasi lemak ibu anda itu. Dan lebih berat lagi, pujian fasik itu meletakkan anda dalam katagori MUNAFIK. Nauzubillah.
BEGITU JUGA DENGAN AL-FATIHAH, SIA SIA PUJIAN & HAMDALAH KITA JIKA UNSUR PETUNJUK KURNIAAN ALLAH YANG KITA PUJI ITU TIDAK SUDI KITA GUNAKAN DENGAN SEPENUH HATI. BIBIR YANG MEMUJI DENGAN CARA ITU AKAN SANGAT DIBENCI OLEH ALLAH, KERANA ALLAH MERASAKAN YANG KITA SEBENARNYA SEDANG MERENDAH-RENDAHKAN PEMBERIANNYA MELALUI PRAKTIK, BIARPUN BIBIR MEMUJI.
Perhatikan Surah 61 As-saf, ayat 2-4. salah satu yang ALLAH SANGAT BENCI ialah bila kita menyebut penyatuan saf, tapi praktik kita adalah sebaliknya. Allah murka bila merasa kehendakNya diperkecil-kecilkan.
Kami undur diri dulu. INSYAALLAH akan kita sambung perkongsian iqra’ dengan ayat lain dalam FATIHAH agar benar-benar minda kita TERBUKA (FATEH) dan berminat untuk meneliti sains gunaan al-Qur’an KESELURUHANNYA.
Silalah LIKE, TAG, SHARE sebagai sumbangan amal anda mengajak manusia mendekatkan diri kepada ALLAH. Boleh juga anda download foto berkapsyen ini di HEADER fb anda untuk mudah memberi peluang fikir & zikir kepada yang lain.
Hasil IQRA’
WARGA PRIHATIN

Comments