Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Kuala Perlis terbakar lagi...

Kuala Perlis terbakar lagi, tapi kali nih tidaklah seteruk dulu, tidak juga membakar rumah-rumah, dan juga tidak melibatkan penduduk tapi hanya sebuah stor/kedai simpanan barang-barang terpakai yang di punyai oleh seorang India. Yang terbakar ialah satu longgok sampah yang terdiri dari plastik juga kerata lama, awan yang berkepul-kepul yang boleh dilihat dari rumah aku cukup untuk menggamit aku bergegas kesana, sememangnya ramai warga Kuala Perlis yang datng melihat, mungkin fobia dengan kebakaran yang lepas meningkat perihatin depa, masing-masing nak tau apa yang terjadi sampai penuh jalan pakat dok kerumun. Dari kejauhan, asap berkepul-kepul ..tempat kejadian  Bomba dan pekerja tempat ni sama-sama dok giat memadam kebakaran  ..penduduku kampung pon menolong jugak.. Tong sampah yang terbakar... seriau lah dengan bebudak nih.. wah kamera man pun ada...  Tapi aku terpaksa tabik dengan bomba sukarela nih, depan punya jaringan cukup hebat, sejauh Kuala Sanglang depa boleh ...

Athirah demam dan penat..

Semalam,Athirah kurang aktif sikit, dia bagitau nak demam, rasa badan dia macam tak la panas sangat, boleh bawakpi makan kenuri kat kg belakang, emm balik tuh baru bagi makan ubat demam, pastu mama dia balik bagi pulak ubat batuk,pasal dia dokngadu kata batuk.. ingatkan dah ok lah kan dah makan ubat semua, tapi badan dia memang tak panas sangat pon, menjelang malam, tengok dia tido macam bernafas sangkut2 macam tuh, isk nak penat la pulak, ah tak pe la tuh kejap gi ok lah kan, mungkin hidung dia tak selesa kot? Tapi makin lama makin teruk alk, so terus aje pi klinik, kalau kat spital sure lambatkan..?  Sampai klinik terus saja masuk tergopoh gapah macam orang tak besalah, walaupun pendaftaran dah di tutup tapi buat muka welfare lah, oleh kerana klinik ni dah regular jadi dapat jugak ehsan.. terus masuk ke bahgian rawatan, doktor datang terus Athirah dapat hadiah Neb... bukan satu tapi dua, balik umah dah dekat kol 11 malam, tak dan tunggu setengah jam dah tertido Athirah.. uhh pag...

Twin Tower De Perlis...?

Kasut Ais...

Tadi, on the way nak hantar Athirah pi Tadika Baru dia tuh, sambil dok nyonyot botol dia (ha ha masih..) dia cakap,, abah nanti beli kasut ais ye, ayung teringin nak melucur kat ais, err macam mana nak meluncur tak de salji takde lah ais kan, lah abah kan dah mendung je tu, nanti salji turn lah.. la ye ke? Hmmm isk apa di pikir salji nak turun ka, oh anak..!!!

Bakar Novel Tidak Bertamadun : Minda Tajdid

BAKAR NOVEL INTERLOK PERBUATAN TIDAK BERTAMADUN Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin Saya amat berdukacita atas perbuatan sekumpulan masyarakat India di Klang yang membakar novel sasterawan negara ‘Interlok’. Ini adalah perbuatan tidak bertamadun dan perlambangan kepada sikap yang liar. Saya ingin menyebutkan beberapa perkara berikut; 1. Walaupun saya sendiri belum membaca novel itu, tetapi saya yakin sebagai novel yang terpilih dan ditulis pula oleh sasterawan negara, tentu ada nilaian akademik yang patut dihormati. Kita mungkin boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai sukatan sastera untuk sekolah, tetapi membakar buku ilmiah atau sastera adalah kerja manusia yang tidak bertamadun sahaja. 2.Sesebuah buku atau akhbar atau majalah hanya boleh di’nyah’kan atau dibakar atau dihapuskan jika ia sarat dengan kepalsuan, pembohongan dan fitnah. Ketika itu bahan tersebut sudah tidak bernilai untuk kehidupan manusia dan jika dibuang atau dibakar pun tidak mengapa. ...

Facebook akan di tutup..

Wah hari ni ada dapat pertanyaan yang agak panik dari seorang sahabat, bertanyakan betulkah samada Facebook akan di tutup? Hmm.. jadi aku tercari-cari juga di mana adanya berita itu, kemudian terjumpa lah keratan akhbar kosmo nih, bertarikh 10 Jan 2011, hmm tak lah lama, tapi aku rasa kabar-kabar macam ni memang dah lama lah, kalau ada sesuatu website ka, program apa2 ka, yang glamour tuh mesti ada-ada saja macam2 berita, better kena tapis sendiri la.. tapi kan takkan nak tutup kalau dah ada entahkan lebih dari 600Juta pengguna, dah tu ada 300 orang pemegang saham syarikat dia tuh... hu hu kemain ka nak tutup saja2 macam tuh..   Mark Zuckerberg.. Pengasas keratan akhbar kosmo

Tolong Ingatkan Aku...

Aku ingat semalam memang ada AJL15, tapi baru tengok dua lagu dah sangap, Athirah lak terlena depan depan tv, malahan adik dok melilau tak ketahuan juz.. adeh macam mana nih, nak sambung tengok ke tak nih, akhirnya buat keputusan bagi depa lena dulu lah pastu angkat Athirah masuk, lepas tu kepong Anieq bagi tidoq, tapi akhirnya aku sama yang terlena, AJL ke mana, apa kemana.. pagi ni aku baru aku tau result dia...  Tahniah aje la buat yang menang.. 

Toyota servis...

okeh gambar kurang elok, aku amik dari jauh, malas nak bangun ... Sekarang sedang berada di toyota servis Aloq Setaq, adeh ini lah yang berlaku bila keta kena servis, dulu boleh juga buat minor servis kat Kangaq, tapi sejak awal tahun lepas pusat servis tu dah di tutup, mungkin pasal kemudahan yang kurang, imej yang tak menggambarkan kecanggihan sebuah syarikat besar dan berprestij maka dia ditutup. Sekarang pusat servis baru sedang dibina tapi masih lom siap2 lagi, maka terpaksa juga buat servis kat Aloq Setaq, maklum lah keta tu baaru balik dari jalan-jalan tentu kena tengok balik dia punya part ke, timing ke, dang macam-macam lagi la, mau nak guna lama kena servis baik maaa...

Gotong Royong di Perpustakaan

Hari ni adalah hari gotong royong sedenia, semua cawangan perpustakaan di kehendaki bergetong rayong mengemaskinikan kawasan perpustakaan masing-masing, termasuk juga di perpustakaan Kangar nih, telah di bahagikan kawasan masing-masing, sempat juga aku sorot kerja-kerja gotong royong tadi dari jauh..  

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah .. besara!

Engku Ibrahim bersara esok KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok. Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu. Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut. Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980. Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersar...

Hari Pertama di Sekolah baru..

Tahun nih, athirah berpindah lagi, pergi ke Tadika baru, Tadika An Nur Jabatan Agama Islam Perlis.. hmm nampak gayanya akan ada teman baru dalam pergaulan Athirah, kalau hari tuh, dia bermula di pertengahan tahun, kali nih awal-awal tahun dah bermula.. jom kita jengok tengo sekolah baru Athirah..  Ini, gambar masa pendaftaran hari tu, wah bergaya Tadika Athirah kali nih, siap ada aircon lak.. dan pagi tadi, mama dia pi hantar kat Tadika di hari pertama, abah dia rugi lah tak dapat pi tengok, jadi untuk tidak mau rasa rugi, dalam kol 8.45pagi macam tu, pegi jugak jengok-jengok, syukurlah okeh saja nampaknya, mungkin pasal dah ada pengalaman tahun lepas menyebabkan dia dah boleh berdikari tuh.. ok lah kan..? pandai anak abah.. he he

Faizal Yusof Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR:  Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi. "Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faiza...