Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Kembara hari ni...

Selepas semalam bercuti, hari ni kerja macam biasa la, dan ada tiga destinasi hari ni, yang mana jarak antara satu dalam 15 - 30 km jauhnya, takle jauh sangat kan? Okeh pagi-pagi dalam jam 8.30pg kami dah bertolak, dan destinasi pertama ialah Perpustakaan Cawangan Simpang Empat, cuaca yang elok pagi ni, mencetus idea nak tangkap gambar lah pulak.. hasilnya jadilah macm ni... Seronok kan dapat lihat langit yang biru serta terang benderang, tapi sayangnya tiada pengguna yang nak gunakan perkhidmatan yang disediakan, mungkin pasal awal pagi, lepas tu pulak budak-budak masih kat sekolah, jadi sunyi jer lah kan, sehingga jam 10.15pg, kemudian bertolak pulak ke RPA Pauh, tapi tak sempat lak amik gambar..  Sambung pulak waktu petang , ada lagi satu hentian yang perlu di lawati, iaitu PD Kampung Bongkok, Padang Lati,  Santan Perlis.. oleh kerana hentian ni singgah waktu petang maka, sambutan dia amat menggalakkan.. jom kita tengok   S ampai saja kat sini, dan selepas budak-budak...

KMC- Rawatan Susulan

Kemarin, aku bercuti lagi, nampak gayanya tahun ni cuti aku habis awal la, berbaki dalam seminggu saja lagi, isk baru bualan Julai, tapi cuti dah tinggal seciput... hmm tapi nak buat macam mana kan sakit demam anak, mau tak mau kena juga la bercuti, kalau dulu boleh la lari-lari sekejap, tapi sekarang dah tak boleh, dah pulak pengasuh adik anieq ni dok ngasuh dua tiga orang lagi.. jadi tak leh nak tinggal la anak-anak lain untuk gi klinik.. macam Athirah dulu dia sowang saja jadi boleh bawak dengan pengasuh sekali gi klinik... Semalam, ada temujanji dengan KMC lagi, untuk pemerhatian susulan selepas rawatan hari tu, Alhamdulillah, dah tak banyak dah kahak dia, demam pon dah baik, selsema tu masih ada cuma tak teruk sangat dah, bersin pon sesekali, dan yang penting selera makan dah makin meningkat, bayangkan masa hari pertama pi buat checkup kat KMC berat adik Anieq baru 7.5 kg, tapi semalam timbang pulak kat doktor tu dah naik 8.1 Kg... dekat 600g oo.. doktor pun suka tengok... Bertola...

Anieq dah discharge...

Okeh.. kiranya ni ada sedikit cerita basi lah, sebenarnya hari cerita Anieq masuk wad tu dah dua hari dah dia masuk.. dan petang  Rabu tu dah boleh keluar dah.. jadi tak banyak lah nak cerita cuma tengok saja lah gambarnya pasal ceta dah basi pon kan..? Masa mula-mula adik Anieq di periksa.. terus kena rawatan nebulizer, masih batuk-batuk dan doktor sah kan bahawa ada banyak kahak.  Anieq dalam bilik Fisioterapi, dada dan belakangnya di tepuk untuk keluarkan kahah, lebih kurang 5 minit sebelah, jenuh membebel si Anieq tu, dah abis di tepuk macam tu baru di hisap kahak dia dengan tiub, menjerit juga la Anieq, sampai mama dia tak tahan nak tunggu, Tok Pah juga setia menanti Nih hari last, selepas doktor cakap dah boleh balik, senyum saja si Anieq nih.. meleret-leret senyum dia.. macam dah tau yang di nak bebas dari wad.. Tengok tuh, lagi meleret-leret dia senyum.. Athirah, hari nak pi amik adik, dah ruang terhad kat dalam wad tu, dia asyik main dalam almari baju je...

Kisah Anieq...

Kisahnya.. si anieq ni sedang mendapat rawatan di KMC Alor Setar, selepas siri demam yang sekejap ada sekejap tidak, lepas tu dengan kahak yang dipenuhi dada, dan yang terbaru doktor syaki ada jangkitan kuman di paru-paru. Dah dua malam sebenarnya Anieq ada di sana, dengan keadaan abhnya yang masih sakit-sakit serta sengal-sengal tangan terpaksa juga gagahkan diri untuk drive keta, berulang-alik ke hospital dan balik ke rumah untuk amik athirah kat rumah pengasuh, moga cepat-cepat lah sembuh .. nanti aku sambung lah ceta lagi...

Kuiz Loghat Peghelih (Kuiz Bahasa Perlis)- Di petik darik Facebook..

Kuiz ini sekadar untuk menguji samada anda benar-benar tahu loghat-loghat Perlis (utara) yang terpilih daripada beribu-ribu loghat yang jarang-jarang kita guna atau dengar. (Kuiz ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa) 1. Cha kapa teka 'bahawa' atau 'semawa' mana satu yang betoi. Ali tidak percaya makanan yang di'bahawa' nya sudah basi. Saya akui 'bahawa' saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti. Saya percaya 'bahawa' jam itu mempunyai penciptanya. Samad makan begitu berselera sehingga tak 'bahawa' rakan-rakannya yang duduk bersebelahan. 2. Mentenait dan menyatuh Menaik dan menurunkan sesuatu dari rumah Menjolok (mengait) buah dipokok dan menjatuhkan buah dari pokok Menunjukkan arah matahari naik dan arah matahari jatuh Memastikan paras air surut dan dalam bagi sawah padi 3. Apa dia 'cungit' yang dimaksudkan? Bila ternampak lori tanah memasuki kampung, kanak-kana...