Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Hujan...

kering-kontang....  sampai boleh main bola kat sawah...  Sudah hampir dua bulan bumi Perlis nih tak di timpa hujan, dah kering kontang, merekah-rekah tanah kat sini, panasnya yang terik boleh mencecah 34 - 36c malahan kadang-kadang lebih, tapi sehari dua nih Alhamdulillah dah ada hujan ...  mungkin berkat doa dari tumbuh-tumbuhan dan bumi yang dahaga kan hujan maka ia pun turun dengan agak lebat.. tapi tidak lama, tapi ialah panas yang hampir dua bulan tu manakan cukup dengan hujan sepuluh minit untuk menghilangkan dahaga dua bulan tu kan, walau bagai mana pun cukup lah kita memanjat syukur.. itu juga rezeki dari Nya.. Alhamdulillah.....

Pesta Buku Perlis 2009 - Hari Petama

Hari ni adalah hari pertama PBP2009, pelbagai aktiviti yang telah di jalankan... antaranya ceramah pengurusan stress wanita, teknik menjawab soalan spm dan pameran serta pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN.. nih antara senario yang dapat di rakamkan seharian nih...  sehingga esok ada lagi beberapa aktiviti yang akan di jalan kan antara nya :   Bengkel Anggun -10.00pg - Dewan Syarahan Teknik Menjawab Soalan PMR (sains) - 3.00ptg - Dewan Syarahan Pameran & Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN

Pesta Buku Perlis 2009..

Meh kita tengok, pemandangan sehari sebelum pesta buku nih, masih kosong dan suni, persiapan masih lagi sedang di buat, peserta pon belum masukkan kan buku lagi...  Keadaan gerai-gerai yang masih kosong dan lengang.. Hanya ada sorang supplier yang sedang menurunkan barang-barang... Antara barang-barang untuk gerai BARKERPS.. ..antara orang kuat BARKERPS.. sedang bertungkus lumus membuat persiapan.. .. antara persiapan terakhir

XPDC PD-MELAKA-KL part 4 : Ke Melaka

Kami bertolak ke Melaka selepas Check Out dari Motel seawal jam 8.00pagi untuk bertolak ke Melaka, singgah bersarapan sebentar dan kemudian teruskan perjalanan ke Melaka melalui jalan lama Teluk Kemang - Melaka ( err yer lah kot.. pasal tak naik highway dan jalan pon berliku-liku serta dalam proses kemasbaik lagi.. ) dan disepanjang perjalanan tu suka sangat aku tengok rumah Tradisional Melaka yang kecik molek tu..   (lebih kurang macam ni lah kot...) Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami sampai la kat destinasi pertama kami di Melaka, he hee mana lagi kalau tak ke Zoo Melaka, nak kabulkan hajat Athirah nak tengok Harimau, Gajah, Zirafahh dan seumpamanya (rakyat binatang).. sebetulnya memang dia suka sangat pon lah.. he he layan saja lah aksi dia...  Besoknya lebih kurang pukul 8.30 pagi baru la bertola balik ke Jitra, tapi sempat juga singgah bersoping-moping kat KL, dari jam 12.30 tengahari sampai pukul 6.00 ptg.. adeh jenuh la dok merayau kat area JLN TAR, KLCC dan chow Kit....

Anieq Nu'man dah boleh meniarap..

gambar terbaru Tengahari tadi kan, masa nak balik semayang, mama Anieq repot yang Anieq dah boleh meniarap, bukan tu sahaja malahan dah tendang-tendang kaki nak bergerak ke depan, hish macam tak percaya lah baru je 3 bulan lebih, dah tu pulak debab lak sikit si Anieq nih, tapi tengok tu macam aktif dah buas macam kakak dia jugak la, tak berhenti bergerak, susah nak dok diam.. jom tengok kat sini.  . 

Duit Plastik : apa pendapat anda?

Hari ini saya terbaca satu artikel yang menarik berkenaan Kredit Kad daripada CNN , bertajuk  Life Without Plastic . Ianya sangat menarik dan saya ingin berkongsi beberapa isi penting yang saya perolehi. Tahukah anda dengan berbelanja menggunakan kredit kad, pembeli sebenarnya mempunyai toleransi tinggi untuk berbelanja pada barang yang berharga yang lebih tinggi berbanding jika menggunakan wang tunai. Kajian yang dijalankan di McDonald menunjukkan setelah mereka mula menerima kredit kad pada tahun 2004, pelanggan Kredit Kad membelanjakan US7 secara purata vs US4.5 apabila mereka bayar menggunakan wang tuna. Ini bermakna, pengguna Kredit Kad membelanjakan 35% lebih tinggi dari kadar perbelanjaan menggunakan wang tunai. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Sebelum ini, saya mempunyai 2 KK iaitu dari Maybank dan Citibank. Sejak membaca tentang banyak buku-buku Personal Finance terutamanya buku  Total Money Makeover , saya membuat keputusan untuk tidak lagi menggunak...

Itu saja...???????

Isk.. korang pon tahu kan, aku sekarang nih kerja berganti-ganti di dua kaunter, sekejap bahagian rujukan, sekejap kat bahagian kanak-kanak, jadinya sekarang ni semua orang sedang sibuk berurusan dengan tugasan masing-masing untuk menjayakan Pesta Buku Perlis 2009, Anjuran Perpustakaan Awam Perlis dengan Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi -BAKERP .. (adeh aku tak leh nak hapal nama penuh dia lagi.. punya la panjang..), aku pulak terpaksa bertugas di dua-dua kaunter, isk berkejar-kejaran la aku, sekejap diatas, sekejap kat bawah..  Hari ni pon macam tu juga, masih lagi bermarathon aku nih, sekejap atas, sekejap turun pulak bawah, yer la bila dah pukul 5 jer kat bawah pegawai aku dah balik, kena ganti dia, kat atas orang yang bertugas belum lagi balik, entah kemana perginya dengan urusan dia.. jadi nak buat macam mana? Akhirnya aku tutup jer lah kaunter atas.. turun bawah pasal bahaian atas tu ada pengawal jaga, bahagian kanak-kanak yang jauh di belakang bangunan nih mana lah ada gu...

Break Lagi...

Alamak.. selsema lah pulak, otak pon membeku, mood pon lesu,  tertunda lagi cerita XPDC PD-MELAKA-KL nanti-nanti aku sambung yer.. nak gi layan bersin jap... adeh la.....

XPDC PD-MELAKA-KL part 3 : Ada Ayah Pin berlarian di atas Bumbung Motel..

12-02-09 Hari kedua di Port Dickson bermula seawal 8.30 pagi, selepas bersiap semua, kami pon bertolak ke destinasi yang telah di tetapkan, tetapi sempat juga singgah bersarapan di sebuah gerai on the way nak pergi ke Tanjung Tuan pasal hendak melawat Rumah Api Tanjuang Tuan yang terkenal sebagai tempat melihat anak bulan juga tempat mencerap bintang ( errr ye ke.. macam tu la kata guard situ..) sampai kat situ dalam pukul 9.30 pagi kot.. lepas tu kena lah berjalan untuk sampai ke puncak... jauh juga la.. dalam 850 meter rasanya.. dah tu pulak jalan dia berliku-liku dan mendaki pulak tuh.. sungguh aku teruja.. dah lama tak buat aktiviti macam nih, yang paling seronoknya Athirah ponlayan jugak.. tak mau di dukung... dia nak berjalan.. dan memang dia berjalan di sepanjang perjalan naik tuh, lepas tu ramai lah yang memimpin dia.. dia kata kononnya student2 semua tuh adalah kawan-kawan dia la.. siap panggil " kawan-kawan..." ala-ala macam bebudak sekolah bercerita tu la.... ...

XPDC PD-MELAKA-KL part 2

11.02.09 Selepas Check In dan simpan barang masing-masing, mandi-mandian juga berlepak-lepakkan sebentar, maka bermula lah program pertama yang disediakan oleh student, sebagai pemantau mem aku hanya ikut saja lah program yang depat buat, semua urusan di uruskan oleh student sendiri, jadi kami main tumpang ikut sahaja lah, lawatan pertama iala melawat ladang burung unta (Ostrich), yang terletak berhadapan dengan pagar Poli Port Dickson, konon nya terdapat burung unta dan dengan sedikit bayaran boleh di tunggang, juga terdapat haiwan-haiwan lain la.. lebih kurang macam mini zoo la, tapi kan bila sampai saja kat sana, tengok tempat tu dekat saja dengan motel penginapan kami, dah tu kecik saja, burung pon macam tak banyak saja, seolah-olah tempat ni macam tak di jaga, dah tu pulak kan nak masuk kena bayar lak RM6.00 sekepala, masing-masaing rasa macam tak berbaloi, pada aku kalau tengok burung unta kat ladang jabatan haiwan Perlis kat Padang Besar tu lagi banyak, cargas dan terjaga.. ja...

XPDC PD-MELAKA-KL part 1

10-02-09 Sebelum aku mulakan cerita pasal XPDC ke PD-MELAKA-KL nih, aku nak mintak maaf pasal lama sangat delay cerita ni, sebenarnya perjalanan ni bukan lah di rancangkan sebetulnya, hanya satu kebetulan dan diluar perancangan pon, rancangannya bulan 3 nanti baru lah nak travel, bila adik Aniq dah besar sikit... Tapi dengan tiba-tiba saja mem aku kena menggantikan pengiring program lawatan ni yang terpaksa berkursus kat tempat lain, kalau boleh tu memang mem aku tak mau pegi lah sementelah adik Anieq yang masih kecil dan belum pernah ditinggalkan, juga kesian juga dia pasal menyusu mama dia... tapi kerana tugas, apa kan daya terpaksa lah di tinggalkan adik Anieq ( rancangan asalnya nak bawak Adik juga, tapi mesti susah jadinya nanti, nasib baik Tok Pah dia mau ngasuh.. kalau tak harus kena bawak juga..) Perjalanan bermula dari dari rumah Tok Pah ( he hee.. bagi panjang ceta la ni..). Selepas balik dari keja, selepas siap kemaskan segala keperluan, kami bertolak ke rumah Tok Pah leb...

XPDC PD-MELAKA-KL

Uish.. aku baru saja sampai dari KL jam 2.30 pagi tadi, tido kat rumah mak mentua kau sebab nak amik adik Anieq, masih letih dan mengantuk lagi nih, beg pulak baru saja bawak turun dari keta, banyak kain baju nak kena basuh, bilik nak kena kemas, he hee jadi tak sempat nak update panjang-panjang, nanti-nanti la aku ceta kan pasal XPDC yang terkejut tergempar ini....