Skip to main content

Kisah cinta Adam dan Eva




Malam pertama.

Nama Kumpulan: Taming Sari ( UiTM Perlis )
Pengarah : Mohd Salehudin Mohd Isa
Tajuk : Protes
Skrip : Dinsman

Sudah lama rasanya aku tak menonton teater.. sungguh dah lama.. dulunya buka saja setakat menonton, malahan aku pernah terlibat dalam produksi teater, pernah juga jadi penolong kepada pengarah, malahan ada juga sekali dua aku jadi pengarah, tapi untuk teater kanak-kanak la juga sekali dua aku pernah juga berlakon teater, jadinya aku dapat juga meresap sedikit sebanyak perasaan bila mengendalikan produksi, remeh temeh membuat produksi, mencari pelakon, rencahnya menjaga pelakon, juga peritnya nya bila nak kepentas, dari latihan sehingga memainkan watak di atas pentas. Teater ini sebahagian dari diari hidup aku, sebahagian dari guru nak menjadi aku yang sekarang nih dan juga mungkin buku panduan pada perjalan hidup aku yang akan datang.. banyak aku dapat dari pengalaman disini. Dan disini aku dapat mencari sebahagian dari diriku, kalau orang tu kata berlakon tu senang, itu adalah orang yang memang dah dilahirkan sebagai orang seni, tapi perjalanan menjadi pelakon bukan jalan yang mudah, baik dia berbakat atau pun sekadar nak mencuba dan mencari pengalaman. Dan aku sedar kerana itu aku tak mampu menjadi sorang pelakon.

Baik cukup lah intro.

Berbalik dengan kisah 'Protes', karya Dinsman.. persembahan pada malam itu quite ok bagi sebuah produksi yang baru, watak-wataknya agak boleh bermain dengan dialog dan suasana. Vokal dan mimik muka boleh di terima, walaubagaimana pun untuk terus berjaya, mereka perlu membuat banyak pembaikkan, terutamnya teknik penyampaian. vokal yang lebih efektif.. sepeti tak terlalu perlahan, tak terlalu kuat bila meninggi suara, mempelbagaikan teknik pengucapan dalam dialog, juga perlu menambahbaik dalam teknik persembahan, kerana mereka perlu tahu dalam keadaan/suasana yang jelas untuk di fahami, dan watak-watak perlu menyokong keadaan/suasana. Watak 'Pengarang' berlu memainkan keadaan dam kawal suasana persembahan. Watak 'Adam'.. harus menjadi watak yang gentlemen, pastu kena keras dengan pendirian dia, watak 'Eva' kena lembut dan lebih feminis, watak 'Logos' lebih kepada tegas, protecting walau pun garang! Okeh cukup la pasal tu.

Heh bila tengok persembahan ni, aku betul-betul kembali kepada kenangan silam, kenangan bagaimana kami sebagai sebuah produksi membawa teater ni sampai ker Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Bermula dari kami membuat latihan di Dewan Perpustakaan, menggali sebuah skrip, menjadikan Protes mengikut acuan yang pengarah produksi kami mahukan, suka duka, rencahnya membuat latihan, remeh temeh menguruskan produksi, termasuk la hal-hal pelakon, hal-hal kerenah birkrasi, sumenya la... sampaikan aku demam2 dalam dewan perpustakaan.. aku nak citer semuanya kat sini.. tapi rasanya terlalu panjang.. nanti lah.. suatu masa.. aku masukkan.. kalau boleh gambar pon aku masukkan.. tapi bila.. emm ntah la..
mana shaharin?
mana aidi rahimi?
mana jafri?
mana rusaidi?
mana wan ahmad buhairi?
mana aliza?
mana nur idah?
mana e-chan?
mana mila?
dan yang lain-lain lagi?
aku rindu pada kenangan lalu,
dimana kalian..?


Posted by Picasa

Comments

Aidi Rahimi sekarang menjadi Pensyarah
di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik
UITM. Dalam bidang Perfileman & New Media.

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....