Skip to main content

kerja di hari sabtu

Dah lama aku tak kerja pada hari sabtu nih, yer lah dulu pasal aku dok kena pi amik athirah kat taska dia, pastu sekarang ni aku maleh la nak keja ari satu, dok umah leh juga buat keja lain, kalau tak nak wat apa leh tido jer kan? he hee.. tapi sebenarnya aku kesian gak kat kawan2 yang keja sambilan nih, tak de cuti, kalau cuti tak der gaji.. so dapat buat ot leh dapat gaji, tak pun leh cuti bergaji.. Okeh berbalik kesah aku kena keja ni, sebenarnya ada satu majlis penganugerahan diploma (sijil..) kepada kanak-kanak tadika dari sebuah tadika swasta yang berhampiran Kangar ni, Tadika Next Generation ker, Montessori ker aper tah aku tak pasti, cuma membawa slogan Little Khalifah. Emm sedap bunyinya, yang bagi aku membawa pengertian sesuatu yang murni, sesuatu suci, sesuatu yang istemewa dan sesuatu yang benar-benar islamik. Makna kata, mendidik anak-anak bagi menjadi khalifah di dunia nih, menjadi khalifah dan pemimpin bagi aku bukan sahaja dalam politik, tapi juga dalam amalan seharian bahkan dalam setiap kegiatan yang kita lakukan, baru menjadi seorang muslim yang istemewa dan maju. Aku suka macam tu, kalau boleh aku nak anak aku juga menjadi khalifah dalam kehidupan dia, dan kalau diizinkan Allah menjadi khalifah untuk keluarga dia dan kalau dah di takdirkan menjadi khalifah untuk masyarakat dia.. eh jauh sangat ker aku angan-angan?Ler.. lom masuk kemajlis tu lagi yer..? Isk mereben aku nih kan..? Ok.. program nih nampaknya tak da la susah sangat pon.. very2 straight program.. mula dengan bacaan doa, bacaan Surah Yassin di teruskan dengan persembahan semua nya oleh kanak-kanak taska tersebut, dan habis sumer baru lah diadakan majlis penyampaian sijil (diploma tadika)... simple ajer kan..? Dan semuanya berjalan lancar kecuali ada sedikit masalah taknikal bila dua lagu nih pakai kaset, so jenuh la aku cari bila aku play tapi tak der.. rupa-rupanya dok di side sebelah lagi.. heh masalah biasa bila kita guna kaset dan player tu kita tak familiar sangat. Tapi yang lain-lain takder masalah la..Perasaan aku masa majlis ni bermacam-macam.. bila aku tengok semua tu aku bayangkan Athirah yang berada disana.. kadang-kadang aku berasa jengkel, kadang kadang aku berasa seronok dan terhibur dengan telatah mereka, kadang-kadang aku bosan bila tengok sesuatu yang aku tak puas hati, kadang aku jadi terharu, dan almost aku nak menitis air mata, bila melihat ayah dan ibu datang melihat persembahan.. sayu jer aku tengok ! Dan tengok perangai budak-budak yang masih suci macam tu



Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....