Skip to main content

Kisah drama sekolah Syed Alwi




Malam kedua.

Nama Kumpulan: Produksi FZ Berjaya Enterprise
Pengarah : Suaimi Mohamad
Tajuk : Titik Perjuangan
Skrip : Kala Dewata

Pertama kali aku dengar dengan nama poduksi ni, aku sedikit terkejut, dan juga terasa sedikit sebanyak kejanggalannya.. mungkin ini satu perubahan baru dari produksi-produksi yang lepas, seperti sanggar pujangga, teatris, teater anggasana dan sebagainya.. dan kerana nama yang aku rasa agak gah dan komersial tuh, aku harap persembahannya bukan lah sepeti teater sekolah-sekolah yang pernah aku saksikan..

OK aku mulakan..

Mula-mula aku masuk, memang aku kagum dengan set dia orang tuh, berlatar belakangkan suasana kampung ( lukisan tu dah lama aku rasa, dah banyak kali di ricycle kan, tapi leh di terima la.. budget sikit kan.. ) dan bersama dua pondok yang kelihatan.. satu pondok macam pondok tunggu basa dan satu lagi macam umah kotak, mungkin untuk si tua tu ( eh aku tak ingat la nama pelakon.. brochure kumpulan tak disediakan..) kemudian kita sembang lak pasal watak diorang.. aku rasa diorag ni betul-betul pelakon baru, yang mana latihan watak masih kurang, vokal lagi, dan sedar ruang mau pun keadaan juga perlu di baiki.. apa yang aku tengok watak Tuan Besar banyak boleh di baiki, perwatakkan masih lom mantap, begitu juga watak orang tua tu, banyak dia batuk malam ni, takut mengganggu percakapan, satu gi watak orang muda ni, masih dok tunggu dialog dia baru watak dia sampai, macam tu jugak ngan makcik dua orang tu.. masih banyak kena buat latihan.

Heh pandai aku buat komen kan? Tapi aku ikhlas.. biar kita cakap awal-awal kan.. kerana apa, depa ni ada potensi, memanglah.. bila kali pertama, kali kedua berlakon.. benda-benda macam ni tetap akan ada, bahkan orang yang lama pun kekadang ada jugak.. so banyak2 la belajar, berlatih, berkawan.. paling penting kena peka dengan keaadaan sekeliling.. pasal banyak boleh belajaq dari alam.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....