Skip to main content

Kosong!



Malam ketiga dan final.

Nama Kumpulan: Majlis Kebudayaan Negeri Perlis
Pengarah : Salmizan Abd Rahim
Tajuk : Kosong
Skrip : S.M.Noor

Sudah semestinya, malam ketiga dan final adalah mendebarkan, bahkan mengikut pengalaman aku sendiri, malam ketiga adalah malam yang bertekanan tinggi.. penonton pun akan ramai, yang mana semua penyokong, peserta akan datang, malam ni juga ada penyampaian hadiah dan juga menobat kumpulan yang akan wakili perlis ke pencalonan ke peringkat zon utara.

ok berbalik kepada persembahan malam tu.

Tajuk teater ni pon dah tau, sebuah teater yang absurb, sesuatu yang takkan berlaku dalam dunia nyata, dan lebih kepada sebuah teater dalaman yang mana nak memahaminya perlukan mind setting yang dalam, yang betul-betul dapat menjiwai teater. Serba sedikit ceritanya ni lebih kepada konflik dalam seorang insan seniman yang mana bila dah telalu khusyuk dengan dunia senimannya menyebabkan beliau alpa dengan tanggunjawab sebagai seorang suami dan ayah kepada anak-anak nya. Dan selepas terjadinya suatu peristiwa menyebabkan kehilangan keluarganya memberi impak yang dhsyat kepada dirinya dan penyesalan nya tu lah yang di pentaskan dengan menjadikan watak-watak dalam tulisannya sepeti yang dikehendakinya buka dari realiti yang di hadapinya.

Keseluruhannya persembahan ini agak baik, ini tidak menghairankan kerana pelakon-pelakonnya yang dah berpengalaman, jadi tak der sangat masalah. Walau bagimana pun, keseluruhan cerita bagi aku agak meleret, dan agak menyeksakan aku, mana nak faham cerita.. mana nak mengikuti dialog.. dah tu tidak ada sesuatu babak yang boleh di jadikan sebagai klimaks.. sudah semesti ada babak yang ada konflik, tapi dari segi pemahaman kepada cerita mesti ada satu tempat di dalam drama ni yang boleh dijadikan sebagai konklusi ceritannya..

Dan akhirnya aku dah boleh agak kumpulan Majlis Kebudayaan Negeri yang akan menang, kerana sesungguhnya tiada satu kumpulan yang dapat menggugat mereka, bukan saja menggugat tapi nak beri tekanan pon tak ada, dan boleh dianggap juga kumpulan ni sebagai tuan rumah, di mana auditorium pon tempat depa, juga segala kemudahan ada pada depa, dari segi kostum, dari segi kakitangan, dari segi penyediaan set, tempat latihan, dari segi kepakaran teknikal bunyi dan lampu, bak kata semuannya ada pada mereka. Dai keputusan hakim2 malam tu, kumpulan ini membolot semua hadiah, melainkan pelakon wanita tebaik, dek kerana mereka tak ada watak pelakon wanita yang betul2 boleh di calonkan.. cuma ada pelakon wanita pembantu sahaja. Dan sekolah Syed Alwi semata-mata pulang dengan membawa pulang tropi pengalaman yang pahit tapi amat berguna di masa depan.

++
keluar saja dari auditorium..
hatiku bergelora,
jiwa ku merana,
semangat ku meronta-ronta,
minda menerjah merata-rata
pandang kiri, pandang kanan,
di mana rakan-rakan ku?
ayuh, kita hidupkan semula..
perjuangan kita..
kerana ikatan perjuangan itu,
tak pernah berkubur..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..