Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2007

Penulisan aku burukkan?

Hi, salam, emm ini adalah entry aku ke 15, bulan ni saja.. heh banyak lak aku buat entry bulan ni, entah la apa pasal ntah.. rajin la pulak aku.. sepanjang tahun ni.. kurang sangat entry aku kan.. ada pun macam tak der je kan? Macam mana yer, apa yang harus aku jelaskan? Nak katakan aku tak der idea.. ada.., cuma masalahnya macam mana aku nak kembangkan ide untuk menjadikan satu karangan sedap orang nak baca, mudah di fahami, dan selesa untuk menambah pengetahuan. Sepanjang penulisan aku selama ni, aku rasa kureng sangat, tak dapat memenuhi kehandak aku sendiri, abis tu macam mana orang lain nak puas hatikan? Aku penah letakkan satu garis panduan, macam mana aku nak tulis blog, macam mana aku nak gunakan ayat bagi manampakkan blog aku ni mudah untuk orang paham dan juga seronok, tapi masalahnya aku sendiri pun kurang puas hati, jadi terus la aku jadi seorang pegembara untuk mencari satu identiti untuk gaya penulisan aku.. entah la sampai bila aku kan bertemu.

Dah nak raya ..?

Isk... baru 15 hari puasa, dan suasana nak sambut raya dah mula terasa, dari segi persiapan individu yang nak raya, membeli belah untuk keperluan diri, anak dan juga isteri/suami, lepas tu ken juga sediakan peruntukkan untuk buat kueh mueh la, lepas tu untuk rumah lagi ( termasuk juga lampu yang lip lap,lip lap tu... mau pun lampu pelita minyak tanah tu). Buka apa seronok dengan kemeriahan nak sambut raya la tu. Selain dari tu, kalau kita bersiar-siar kat gerai-gerai, kedai-kedai, emporium, supermarket dan hypermarket serta seumpamanya, promosinya dah bermula dan semakin rancak, bermacam-macam pulak barangan yang di jual, dari kegunaan sendiri, baju-baju, kueh muih ( utk orang yang tak berkesempatan nak buat sendiri @ atau segan!! :) ) dan bermacam- macam keperluan lagi. Tapi kekadang tu juga yang menariknya persaingan sesama media, baik surat khabar, setesyen-stesyen radio maupun televisyen. Heh hee panjang nya intro, padahal aku nak syer iklan proton nih, korang tengok dan buat la pe...

tak der update 2..

Kadang-kadang kita nak nulis banyak-banyak, biar terang apa yang ada dalam hati, kadang-kadang kita nak cerita semuanya..biar semua orang faham dan mengerti, kadang-kadang kita nak berbisik pada awak, agar awak tau yang kita suka kan awak, suka sangat... jadi kerana itu kita mintak maaf ler kan pasal.. > > > > hari ni tak der update. :)

Semangat raya!

Hah.. dah 12 hari kita berpuasa, betul tak, aku agak-agak jer la... suasana nak raya tu semakin terasa la.. kat pejabat-pejabat dah mula menghias kawasan kerja (bukan menghias bangunan no.. tu kira dah over sangat tu), pasang kad raya, pasang pelita buluh, pasang lampu hiasan.. ketupat.. (errr ada orang angkat kawah masuk pejabat ker..? kot nak buat demo buat dodol dan wajik.. aku ada gak cadang nak bakar lemang dalam lib nih... tapi tak sempat cari buluh.. kalau tak .. heboh satu bangunan bau asap... waaa kaa.. kaa..) dah tu siap pasang lagu raya lagi.. nasib baik tak de orang yang datang dari jauh, kalau tak maunya meleleh air mata+idung.. Dalam.. dok seronok-seronok.. (read.. bukan seronok sangat) dok berhias ni ada juga insan yang kurang nak gemar dengan kegiatan kami ni, asyik komplen jer keja dia, macam tokong la, membazir letrik la... dan juga bermacam-macam macam lagi, isk tak kuasa aku nak tulis kat sini, korang paham-paham le sendiri, dia nih macam tu la tak penah yang berken...

Tak de update....

Walaupun raya belum menjelang, tapi aku menyusun sepulh jari, kerana tidak dapat membuat update seperti yang telah ku janjikan, tapi hanya kerna aku mengkhatamkan blog si Fara ni, sampaikan aku sendiri kehabisan idea yang ada dalam batu jemala ni, heh aper taknya bila kita baca blog orang, siap leh buat cerpen la, drama la, sajak la, syair la.. yangaku ni dari dulu dok berangan-angan nak ubah cara penulisan, tapi tak juga menjadi-jadi. Isk.. tak per la.. aku akan berusaha jugak, yer lah kata orang tua tua kalau diasahkan belakang parang tu akhirnya tajam gak kan, cuma aku takutnya, kalau dah terlalu diasah belakang parang tu, sementara nak tajam maunya melecet tangan tu kan. Tapi tu la, orang kata itu buktinya usaha kan, selagi tak tinggal kesan, lagi tu orang tak kata kita berisaha bersungguh-sungguh. Sebenarnya ada juagk tiga empat story yang aku terlepas untuk bercerita, cerita macam mana athirah masuk taska dan pastu kuar semula, cerita macam mana athirah sambut puasa dan juga c...

RM 10 je...

Huh, entah la apa kenanya hari ni, mengantuk betullah, sampai tak terhabis aku nak baca blog nih, aku ingat dah kemarin baca sekerat hari ni leh la aku perabis. emm dak jugak gayanya. Walau macam mana pon bukan la pasal blog ni tak besh.. tapi ntah la dah petang kot.. itu yang ngantuk sangat. Tapi kan, megantuk ni dari tadi lagi, dek kena mengantuk, dan kerana kelabu mata dok mengadap komputer ni, jadi aku ingat nak merayau lah tengah hari ni, so masuk je time rehat, terus jer aku start keta, pi ke Kuala Sungai Baru, nak beli ikan.. bukannya tak dak ikan yang di juai dekat-dekat ni, tapi saja la aku tak mou dok layan ngantuk ni.. Dek kerana aku rehat awai minggu ni, kol 12. DAlam kol 12.20 aku sampai kat kuala sungai baru, orang tak ramai pon, dan stok ada tapi tak berapa banyak, tapi boleh la... stakat nak makan kami 3 beranak dan angah si Athirah ni. belek sana, belek sini, godek sana, godek sini.. aku amik la ikan gerut(?) seekor, leh balik bakar nanti, pastyu beli ikan temenung si...

Adeh... ape keja la aku hari ni!

Ape keja la aku nak wat,bebulan posa macam ni, nak wat aktiviti, dah tak kena turn, dah bebudak tak ramai pon, nak membaca buku, isk mengantu yang amat.. abis tu aku merayau la dari blog ke blog.. sampai la hari ni, aku dok kat blog nih http://tgazfa.blogspot.com/ , aahh leh gak la layan.. dari peristiwa yang di alalui tu, ada juga tempias kenangan aku, masa sekolah dulu, masa kecik2.. masa bulan pose , dan masa lepas kawen nih.. tak per la besok aku sambung..

Amaran Angin Kencang

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA SEKSYEN A (AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA - PERINGKAT PERTAMA) Angin kencang barat dengan kelajuan 40-50 kmsj yang berlaku di perairan Perlis , Pulau Pinang, Kedah, Perak Utara dan Kelantan dengan ombak mencapai ketinggian 3.0 meter dijangka berterusan sehingga Rabu (19 September 2007). Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil. - http://www.kjc.gov.my - Heh.. bukan sahaja angin di dalam badan yang kencang.. angin di luar pon kencang juga.. hujan pon sesekali lebat juga..semenjak dari hari Jumaat hari tu lagi.. apa lagi sepanjang cuti ni, kira nak lena jer la.. nak tengok AST** tumanjang jer terputus siaran.. yer lah dah hujan lebat, awan tebai, dah tu nak wat apa? Tido jer la... isk sejuk gilooo nih..

Gigi..

Hari pertama puasa

Hari pertama puasa.. tak banyak yang nak diceritakan.. cuma semalam dunia dikejutkan lagi dengan gempa bumi di pulau sumatera, sedikit sebanyak pengalaman tahun 2004 bermain di fikiran. Tapi gempa bumi kali di terletak di seberang pulau.. jadi risiiko tsunami juga kurang.. tapi perintah berjaga-jaga tetap di keluarkan. dan sampai kol 3 petang ni masih terjadi gerak gempa. Semalam bangkit sahur kol 4.15pg macam biasa, walau pun sedikit terbabas.. tapi masih awal lagi kan... time-time bersahur ni.. kenangan tetap kembali semasa emak masih ada.. ramai sikit yang bersahur.. nih dah tinggai dua orang je, mek tirah ngan mama dia tido, jadi sahur dengan angah dia jer la.. kurang selera aku.. !!

Bersih Kawasan

Kerja-kerja membersihkan kawasan perpustakaan, ini melibatkan pokok-pokok yang telah di tanam sejak perpustakaan mula berpindah ke bangunan baru sekitar Tahun 1988, jadi dah besar bangat dah pokok-pokok tu. Yang tak leh digunakan memang buang terus la.. tapi macam pokok mempelam tu InsyaAllah akan naik balik. Sikelu (sangkelu) dan keluarga memohon kemaafan diatas sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah di lakukan. Kami juga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat pembaca yang beragama Islam. Semoga amalan kita diberkati.

Teropong Anak Bulan Ramadhan

Macam biasa bila ada aktiviti tengok anak bulan ni, aku join gak la.. tempat yang paling dekat ialah kat pantai Kuala Sungai Baru, tapi dek kerana aku pulang lambat dari keja, pastu pi pasar malam dulu, jadi aku sampai lambat, pengumuman pon dah di buat bahawa anak bulan tak kelihat.. kalau tengok keadaan cuaca pon dah leh agak dah... awan banyak sangat menutupi kaki langit, abis tu macam mana nak nampak kan.. masa aku sampai tu orang dah mula balik dah, yer lah dah Maghrib, emm tapi sempat jugak la aku snap gambar ni, sebagai bukti. Raja Muda Perlis, mufti dan Exco Kerajaan Negeri Perlis pon dok ada gi, depa tengah makan.. so snap 2, 3 keping.. balik la.. ari dah nak ujan.

How to be a fine bowler ?

Yeah macam mana nak jadi 'bowler' amatur yang baik?.. (1) Pastikan 'lane' anda.. ukur jarak sesedap rasa.. (2) Tenangkan diri... tarik nafas panjang-panjang.. (3) Maintainkan mental anda.. tumpu pada lane.. bend kan kaki anda.. rendahkan badan... dan... (4) .. lepaskan ... akhirnya anda akan dapat no 3 saja... chesss!! .. Tak per la.. lepas gian main boling saja.. tak leh nak pegang bowl.. pegang saja buah nyok tu.. buat macam bowl.. jadi la tuuu

Misteri?

Apakah misterinya?....