Skip to main content

I-Play Toy Library

Emm.. semput jadinya aku.. aku ingat dah tak der nak masukkan aper atleast sehingga lepas majlis peresmian perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan Pesta Membaca 6 - 8 November ni, tapi dah ada sedikit ruang aku catatkan jugak la..

Hari ni aku di tugaskan untuk membuat liputan acara pertama Pesta Membaca 2006, iaitu Kursus i-Play Toy Library, antara lain kursus ini adalah merupakan kursus untuk pembantu2 tadika, dan badan2 yang seangkatan dengannya... kali pertama aku ketahui bahawa terdapat badan2 lain yang terlibat dalam pengendalian kanak2 selain dari tadika, taska dan rumah2 pengasuh.

Antara lain kursus ini banyak memberi input tentang perihal kanak2, tentang pembesaran bayi, psikologi bayi dan kanak-kanak, juga hak2 kanak-kanak, tugas2 yang perlu dipikul oleh masyarakat terhadap kanak2, emm banyak jugak....

Peranan i-Play Toy Library ni lebih kurang adalah bagi membentuk modal insan kepada agama, bangsa dan negara. Program ini cuba mengikis budaya subsidi kehidupan dan juga sogokan fikiran dalam masyarakat sekarang. Jadi dengan membentuk modal insan pada masa sekarang ni, dengan memupuk kreativiti kanak-kanak, membentuk bentuk fikiran yang lebih terbuka dan berwawasan adalah di harap menjadi barisan golongan intelektual yang lebih baik dan berwawasan.

Program ini sumbang oleh Yayasan Emkay, dan dijalan kan di beberapa buah negeri, Perlis merupakan negeri kedua dan Perpustakaan Arau merupakan Library ketiga yang menjalankan aktiviti sebegini. dan peserta2 dari kursus ini merupaka peserta perintis dalam menjayakan i-Play Toy library di Perlis.,

Bagiku sendiri program ini amat bermakna bagi aku sendiri, sebagai seorang bapa baru yang masih kekurangan ilmu kehidupan maupun ilmu kebapaan. Malah aku masih mencari siapakah yang nak ku jadikan sebagai role model untuk aku jadikan rujukan dalam menjadi seorang bapa... ah manalah aku ad aapengalaman sebegini, manalah aku ada guru nak mengajar sumer ni,..

Esok adalah hari kedua.. dan lepas ni aku kan terus sibuk dengan program-program yang perlu di kendalikan sempena pesta membaca yang akan di jalankan.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....