Skip to main content

Chop!

KUALA PERLIS: Semua kakitangan perkhidmatan awam di Perlis disyorkan supaya mendaftar sebagai ahli perpustakaan dan diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.Ketua jabatan kerajaan pula disyorkan supaya menggunakan kriteria itu dalam penilaian prestasi tahunan kakitangan kerajaan terbabit.

Saranan itu dibuat Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis perasmian Perpustakaan Awam Kuala Perlis di sini, kelmarin."Cara ini, keahlian perpustakaan berbanding penduduk di Perlis boleh ditingkatkan lagi menjadi sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negeri ini menjadi ahli perpustakaan," katanya.Turut berangkat, Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hoong dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Zakiah Aman.Syed Faizuddin turut mengesyorkan supaya buku dijadikan hadiah utama pada majlis atau acara yang dianjurkan di negeri itu.Beliau berkata, kerajaan perlu memberi perhatian sewajarnya kepada perpustakaan negeri supaya agihan peruntukan mengurus seimbang dengan pembangunan prasarana.

Katanya, jawatan profesional yang sesuai perlu diwujudkan supaya perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan dan mengelak kemudahan itu tidak dapat dimanfaatkan secara optimum oleh masyarakat setempat."Diharapkan lebih ramai dermawan sama ada penduduk tempatan atau luar menyalurkan sumbangan kewangan untuk menambah koleksi buku di perpustakaan desa dan bergerak," katanya.Sumbangan derma kepada perpustakaan awam adalah dikecualikan daripada cukai dan mulai tahun ini, pembelian buku sehingga RM1,000 juga mendapat pelepasan cukai individu.Sementara itu, Wong berkata, peruntukan untuk pembangunan perpustakaan awam negeri bertambah kepada RM27.4 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RKM-9).Beliau berkata, sejak 1992 hingga tahun ini, kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM221 juta kepada perpustakaan awam negeri.


Ucapan Pemangku Raja



ucapan MB



kenduri

Comments

Popular posts from this blog

Entri kira muat...

Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh cik puan mana hilang? Dalam dapur atas para