Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Hari MrdekaRaya

Selamat MrdekaRaya.. wah dari Google juga...

Raya ehhh....

Alhamdulillah... Selamat Berhari Raya pada semuamuslimin dan muslimat sekalian.. syukur juga keatas rahmahNya maka dapat beraya dengan aman dan tenang, walau dua tiga hari ni dikhuatiri akan hujan dan mungkin akan banjir tapi dengan rahmahnya Alhamdulillah tiada hujan sepanjang hari, ini lah kuasanya nak tengok samada ummahnya akan mengeluh atau sekadar relah atas ketentuannya...  Macam biasa bila raya, tiap kalinya bermula dari rumah, lepas tu ke masjid bagai,dan baru lah balik ke rumah mertua.. isk masih mabuk-mabuk ketupat dan rendang, idea pulak masih diawang-awangan.. jadi layan aje lah gambar dulu... mengenangi mereka yang dah pergi... famili ku buah hati kami..  keluarga kami...  sedara-sedara kami keluarga isteriku...  Salam Aidil Fitri buat semua pengunjung.. sebarang salah dan silap, terkasar bahasa, tersalah tingkah, kami sekeluarga menyusun sepuluh jari, ampun dan maaf jua di pinta...

Hujan dan Raya...

Hah, sedar tak sedar hari nih dah masuk 28 hari berpuasa, bermakna lusa atau tulat dah masuk hari raya, yang berperantaun ramai dah pakat balik kampung, pekan-pekan kecil yang dulu sunyi dan aman damai kini dah mula kenal erti kesesakan dan jam, khas sempena nak raya kata depa... begitu juga pasar-pasar, nat=nat pekann sehari juga berduyun-duyun pakat berkunjung , begitu juga pasar ramadhan yang biasanya terkawal dan teratur dah menjadi sesak sejak sehari dua ni, itu lah tandanya Hari Raya dah makin dekat. Tahun nih gayanya kalau kat sebelah utara, Perlis Khasnya di jangkakan beraya dalam suasana basah dan lembab, semenjak 3 - 4 hari nih asyik ujan je, sekejap lebat, sekejap rintik-rintik, lepas tu gerimis lepas tu lebat balik, dan terus berganti-ganti, tapi nasib baik masih belum ada tanda-tanda akan banjir.. sesekali periksa juga la kalau ada amaran akan banjir, namun masih dalam keadaan normal, walapun begitu pihak-pihak berwajib dah amik langkah berjaga diatas sebarang kem...

Rambut raya...

Setelah sekian lama Athirah dok simpan rambut dia, ssehingga ke paras bahu dah, tapi akhirnya terpaksa dikorbankan juga, bukan pasal tak sayang, tapi dek dah di cerobohi oleh kutu-kutu yang entah berjangkit dari sapa tah, isk dari kawan-kawan dia lah kot, jadi terpaksa lah di potong pendek balik.. Semalam mama dia tengok dia dok tergaaru-garu kepala, maka mama dia buat operasi la, sekali tengok , tediaaa penuh dengan telur kutu kat kepala, pastu cari punya cari jumpa anak-anak kutu, lepas tu terus buat keputusan nak pendekkan aje lah rambut dia. Tengahharinya terus pergi kat kedai gunting rambut, tukang gunting rambut nik lak sorang maknya yang dah tua, tapi masih tangkas dan cergas menggunting rambut, ingat kan biasa-biasa saja kedai nih, tapi rupanya ramai juga yang pergi kat dia, khas untuk wanita.. dan upahnya tak mahai la.. Rm 2.00 saja. oke lah kan..?

Rumah Wa Jih dalam renovation

Setelah sekian lama rumah Wa Jih tidak di ganggu gugat, walaupun entah berapa belas mau pun puluh kali di naiki ayer bah, akhirnya berubah jua, dah kena upgrade dah, maklum lah rumah lama... rangcangannya rumah ni akan di buat dari belakang ke depan, bermakna dapur lama akan di roboh, lepas tu buat baru, dah siap baru sambung ke rumah tengah dan depan..  Itu pun nanti terpulang pada budget lah kan, tak pe buat pelan-pelan pon ok, nanti senang nak kenduri, dua orang hero tuh dah sama-sama kerja.. nanti leh pakat-pakat bagi sumbangan.. leh cepat siap...

TRagedi Ramadhan lagi

Malang di bulan Ramadhan, tak pasti macam mana kereta tuh leh jatuh dalam sawah, tapi jalan mmg kurang elok kat situ, kalau sedikit alpa macamnih lah jadinya.. hari-hari lalu jalan nih hantar Anieq dan Athirah ke rumah mak dia,,, nasib baik ramai kawan-kawan yang menolong.. 

Takziah...

PUTRAJAYA: “Ada eksiden dekat masjid (di Perlis)...hati-hati ketika memandu,” itu antara mesej terakhir mangsa kemalangan, Muhammad Danial Zulkifli, 24, yang dipaparkan dalam akaun Facebook miliknya minggu lalu. Muhammad Danial yang mengemaskini status akaun facebook miliknya menasihati rakan dalam senarai akaunnya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan banyak berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan. Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) itu bagaimana pun meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam kelmarin apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7.2 Jalan Alor Setar-Kangar. Ibunya, Rosnah Othman, 54, berkata kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada tiga beradik itu adalah ketika mangsa pulang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya kira-kira dua minggu lalu untuk menyambut kedatangan Ramadan. “Pada waktu itu, dia pulang ke rumah dihantar seorang rakannya. Saya juga sempat mem...

Kali pertama berbuka di luar tahun ni..

Tahun nih, ini lah kali pertama aku berbuka puasa selain dari di rumah dan juga rumah mertua, hmm kat umah ipar duai pon tak dak tahun nih, di rumah aku juga takdak majlis berbuka.. isk pasal aper ye tawun nih..sunyi sopi jer...? Okeh majlis berbukanih sebenarnya bukan jemputan untuk aku, tapi semata-mata majlis berbuka bersama pelajar mem aku, depa buat satu projek dan mem aku yang jadi pemantau saja.. kiranya projek student la.. bagi memudahkan depa buat saja kat premis makan segera Chicken Burger Behor Temak Perlis..  berbekalkan kurma dan tembikai sumbangan kami, maka berbuka lah pulak dengan Chicken Chop kat sini..  plus nasi goreng yang disponsor student... apa-apan pon sedap juga chicken chop dia, akhirnya kenyang juga kami kat situ..

klik-klik O' Bulan...

Pagi tadi, selepas bersahur , macam biasa lah sempat juga aku berinternet dan berfb bagai, tiba-tiba teringat nak jenguk luar rumah, wah kagum aku indah jua ciptaan Ilahi, so sempat juga aku keluarkan kamera, dan snap-snap untuk dijadikan kenangan, sesekali mengalami suasana macam nih memang mengingatkan diri bahawa betapa kerdilnya kita... lepas snap-snap azan subuh berkumandang.. lepas sembahyang subuh.. boom sambung tido balik.. he he hari cuti lah katakan.. 

Malang di bulan puasa 2

Sorang pelajar Malaysia telah di pukul dan di rompak oleh sekumpulan pelajar yang merusuh di London.. adeh malangnya.. ketika dia keluar nak cari juadah berbuka katanya.. isk Pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, 20 (gambar atas), patah gigi dan cedera rahang selepas dipukul dan disamun sekumpulan perusuh di London, semalam. Gambar dirakam di Hospital Royal London. Turutan gambar di kanan dipetik dari YouTube menunjukkan: 1.Asyraf terduduk selepas dipukul perusuh. 2. Ketika Asyraf masih dalam keadaan kesakitan selepas diserang, seorang perusuh pura-pura cuba membantu Asyraf, manakala rakanya menyelongkar beg mangsa. 3. Lelaki itu merampas dompet dan telefon bimbit Asyraf yang disimpan dalam begnya. ini beritanya... Asyraf Haziq dalam perjalanan berbuka puasa disamun sekumpulan perusuh   LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin. K...

Malang Ramadhan 10, 1432

Hish ada episod malang di Ramadhan ke 10 nih, tadi masa nak pi beli ikan untuk juadah berbuka nanti, aku di bagitau yang ada satu kebakaran telah berlaku di Kuala Sungai Baru, yang terlibat terdiri dari pelantar mendarat ikan, tempat simpan pukat-pukat laut dan juga kedai menjual ikan dan sayur.. mengikut pendapat yang aku dengar dari mereka yang telah lama berada di situ (er lama dok lihat bekas kebakaran tu la aku assume dia lebih tau pasal dah lama dia dok bagi ulasan kat situ.. he he he) , kemungkinan api datang dari dapur yang di gunakan oleh pekerja laut yang tinggal di situ.. tempat mendarat ikan tu aku rasa di punyai oleh tokey2 cina , tapi yang dok jual ikan dan sayur tu terdiri dari peniaga Melayu la...

10 Hari Ramadhan

Hari ni dah genap 10 hari berpuasa. Apa yang aku sangka kan puasa kali ini akan senang dan kurang dugaan sebenarnya dah jauh meleset. Iya lah pada awal Ramadhan hujan turn mencurah2, bahkan sampai banjir di sesetengah tempat, ini pon dah dugaan pada mereka yang terlibat, lepas tu pula panas terik pulak yang mendatang.. terutamanya tiga empat hari nih, sungguh  terik sampaikan masa berbuka tu lebih banyak minum dari makan .. haus sungguh, tapi itu lah dugaan namanya kan? Tapi Ramadhan tidak semuanya membawa dugaan tapi juga banyak membawa rejeki, bagi ramai dari pak tani kini mungkin boleh bersenang hati nak sambut raya, mau taknya musim menuai dah tiba, dan kebanyakan sawah dah di tuai, jadi murah rejeki depa.. sonok lah depa beraya... bagi kakitangan kerajaan InsyaAllah akan seronok juga beraya, InsyaAllah nanti bonus lak akan masuk, biarpon setengah bulan gaji, tapi cukup memberi makna buat menangani persiapan keluarga menyambut hari raya... juadah berbuka nan ringkas.. ...

Bonus ini tawun...

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. “Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib. Katanya p...

Game....

tengah-tengah dok browse FB, tiba-tiba terjumpa game baru ni.. ce pakat cuba tengok apa yang dah jadi... teror lah kan sapa buat nih... Ada game baru...!!! 1. Go Google Translate 2. Select translate from English to Malay 3. Type this following: do not snatch philippines money the people of bangladesh are angry pakistani people hate national row jom kita cuba... pertama buat nih lepast  klik traslate.. jo kita tengok keputusannya VVVVVVVVVVVVVVV VVVVVVVVVVVV VVVVVVVVV VVVVVVV VVVVV VVV VV V V V nampak sangat yang pilihanraya dah makin menghampiti, entah bila... mungkin lagi 2 bulan..? tiga bulan.. setahun...? entah la tunggu aje la...

Hari-hari mau.....

Semenjak puasa nih, hari-hari nak.. nak makan ikan bakar, nampak gayanya macam ni lah makanan yang dapat di terima oleh mama, dan suda semestinya abah.. okeh ikan nih tak der la besar pun dalam sekitar 400 - 500gram sajo, kalau harga sekilo ikan jenahak , gerut dan sengangkatannya dlm rm22 mcm tuh jadi dapat dalam bawah dari rm10 seekor.. itu la budgetnya.. he he tapi kalau pi tempat ikan bako kokman-koman pon 18rm tuh.. okeh la kan.. bako jer, bako sendiri.. dengan menggunakan dapur magik kat bawah nih.. janji sodap daa,,,,