Banjir Kilat di Perlis....

Wednesday, August 3, 2011

Banjir Kilat di Perlis....



Banjir kilat melanda beberapa kampung di kawasan Bintong hari ini hingga menenggelamkan 1,000 hektar sawah dan menyebabkan pesawah bimbang padi mereka yang senang menguning akan rosak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang juga ADUN Bintong, meninjau kawasan yang dilanda banjir itu yang melibatkan Kampung Syed Omar, Kampung Hutan Ketiau, Kampung Baru Batu Pahat, Kampung Nesam, Kampung Pokok Jawi, Kampung Kurong Batang dan Kampung Alor Dahnan.

Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri, Shaidan Nordin, yang turut melawat kawasan itu berkata, banjir itu berpunca daripada hujan lebat selama dua jam sekitar 3 pagi tadi manakala parit yang cetek dan tidak disenggara dengan sempurna, menyebabkan air lambat mengalir keluar.

"Kerja penuaian padi di kawasan sawah terbabit banjir terpaksa dihentikan sementara menunggu air surut," katanya.

Pesawah Syed Noor Syed Abdul Ghani, 58, dari Kampung Nesam, berharap kerajaan memberi perhatian serius terhadap masalah banjir kilat yang kerap berlaku.

- Bernama

0 comments :

Search This Blog

My Book Rack

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...