Skip to main content

Tragedi di Hari Raya Korban...

Dalam kemeriahan menyambut Aidil Adha@Raya Haji@Raya Korban ni, berlaku satu insiden yang aku kena catat di sini, dalam masa kerja-kerja menyembelih ,melapah dan menghiris daging kambing dan lembu korban ni, salah seorang kawan aku ni, telah tidak sedarkan diri semasa menolong kerja-kerja melapah kambing, anak-anak jemaah lain yang nampak terus membawa ke ruang luar masjid dan memberi pertolong setakat yang mampu, tapi tidak berjaya menyedarkan dia, dan ambulan pon di panggil.. 

setelah di masukkan air melalui drip, dia pon di bawa ke hospital, aku tak tahu keadaan dia, tapi daari kabar yang aku terima ada yang mengatakan  tekanan darah nya naik melampau, ada juga yang mengatakan yang akibat tekanan darah yang tinggi menyebabkan berlakunya pendarahan otak, walaupun begitu masih tidak terdapat berita yang sahih, yang pastinya dia masih belum sedarkan diri,  semoga kawanku ini akan cepat sembuh dan sihat seperti sediakala... 

selepas di masukkan air melalui drip, bersedia utk di hantar ke hospital.. 

sedang di masukkan ke ambulan

ambulan bergegas ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar

Tragedi kedua yang berlaku pada aku hari ni ialah, hilangnya gambar-gambar yang aku ambik semenjak dari hari Raya Aidil Fitri hari tu, aku dengan tiba-tiba dan tidak semena-mena tersalah tekan button kat Picasa, menyebabkan aku terswap abis semua gambar-gambar lama (macam reformat balik memory kad la.. ) abis la hilang gambar aksi athirah dan adiknya.. juga gambar terbaru aku amik kat masjid semasa korban di jalankan, termasuk gambar lembu dan kambing yang disembelih, gambar aku dan Athirah di pagi raya.. abis semuanya.. naik pitam aku di buatnya... iktibarnya.. kena lah berhati-hati masa nak transfer gambar tu, jangan cari masa tengah Athirah dok kacau.. kalau tak mesti salah tekan button punya....


Tragedi ke tiga.. ialah entry ini yang aku buat di awal tadi, yang telah aku gubah sehalus budi bahasanya, telah hilang dengan tiba-tiba akibat dari Athirah yang mencemburui aku berada di depan PC nih, ada ka di off kan plug komputer nih, terus ilang entry yang aku buat tadi, macam tu saja.. adeh la.... sekali lagi macam nak pitam, jadi dapat lah entry yang agak pendek nih, yang tak sepertinya nih... terima sajal lah ye,...?

Comments

Tinta Ana said…
semoga semua selamat.
Neeza Shahril said…
Dah okay ke sahabat tu? semoga takde apa apa yang tak diingini berlaku...

hmmm.. nampaknya Ahtirah nak jadi blogger macam Ayah dia ni.. hehee..
Azis said…
uishhh...macam2 dugaan kena..sabo ek :)
macamana sahabat tu? dah ok ke?
Zul Abdullah said…
AziS, Neza, Alunan Tinta.. sahabat tu dah selamat kembali ke rahmatullah...

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....