Skip to main content

Sepohon Rhu.. II (dan terakhir)

Dulu sekali, aku penah buat satu entry pasal pokok rhu diatas ni (tengok sini ), betapa pokok rhu ni menjadi kenangan kepada orang-orang lama, bertapa nostalgianya pokok rhu ni, tempat para remaja bercintan cintun, tempat menjadi trade mark kepada perpustakaan lama, bertapa pokok ni menjadi saksi transformasi bandar Kangar, menjadi saksi sejarah pembangunan bandar Kangar juga...


Tengok kat sebelah kanan tu, walaupun rupa pokoknya tak dak, tapi daun dia yang agak merimbun boleh nampak kan (tengok kat arrow tu) tempat leak basikal (huh huh zaman tu ada basikal pon dah boleh tunjuk 'ek' (berlagak), yang mana dh kerja boleh paking moto Vespa atau yang kaya sikit ada Fiat Kotak tu pon dah kaya dah.. 


Pagi ni, baru saja aku masuk jalan ni, terperasan lak, nampak kosong semacam saja, sekejap kemudian baru aku terperasan yang pokok nih dah tak ada, sempat aku keluarkan telepon dan snap gambar nih, sekeping ni dan macam nih jadi nya... tempat kon merah tu lah pokok tu berada.. sekarang semuanya dah tinggal kenangan.. pastinya pokok ni akan di  lupakan, malahan bagi zaman depan ni tak akan mem bawa sebarang makna kepada budak2 zaman sekarang... 

Comments

Neeza Shahril said…
sayangnya pokok tu.. tapi mungkin lebih baik sebab letaknya ditengah2 jalan.. kalau lah kena panah petir.. orang2 kat situ mungkin jadi mangsa..

takziah kepada keluarga mangsa.. teruk jugak kan accident tu.. takut nya bila dengar accident ni..
memang nostaligia kawasan tuh, teringat dulu kecik2 dok pi library kat sebelah tuh.. pastuh pekena bihun sup kat seberang jalan...huhu

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

Meningkatkan Amal Ibadah Menuju Syurga

She got the 'P'..