Skip to main content

Selamat Tinggal... Selamat Jalan sahabat.. !

Semalam aku ada buat satu entry pasal sorang kawan aku yang tidak sedarkan diri semasa melapah daging kambing di majlis korban di masjid dekat dengan rumah aku tu, selepas di hantar ke hospital ada yang mengatakan bahawa di dah stabil dan sedar. Paginya selepas sembahyang subuh, aku ada dengar yang orang buat keranda, hati aku jadi tak tenteram jadi terus aku pegi dan bertanya khabar, jadi benarlah seperti yang aku bimbangkan.. kawan aku ni meninggal pada jam 4.00 pagi tadi, jenazah dia pon dah sampai kat rumah... jadinya aku balik umah la.. terus siap-siap dan gi berziarah kat umah dia.. lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi masa tu.

Sampai kat dia tgk orang masih lagi belum ramai, yer la masih awal.. dah tu ada yang sibuk dgn urusan masing-masing, ada yg nak buat kenuri bersunat, kenduri korban dan macam-macam lagi.. ada juga yang terpaksa tunda majlis korban pasal pegi beziarah dulu.. macam majlis korban rumah mak sedara aku kat belakang umah tu, terpaksa di tunda sampai abis pengebumian kawan aku ni. Lebih kurang pukul 10.00 pagi baru lah mayat kawan aku di mandikan, dikapan dan di sembahyangkan, dalam pukul 11.00 lebih baru di hantar untuk di kebumikan di Tanah Perkuburan Behor Masjid dan di semadikan di sana.

Mengimbas pasal kawan aku nih, seingat aku mula mengenali beliau ialah semasa sama-sama mengaji Al Quran dengan Tok Lang Chin ( Hj Hashim Hj Danial) di Madarsah di Batu 5 Jalan Kuala Perlis, walaupun usianya lebih dari aku dan beliau masuk agak lewat rasanya dah tingkatan satu, masa masuk beliau sebenarnya dah habis mengaji Al Quran dengan ayahnya, tapi masuk untuk mengulang kaji dan juga untuk berkhatam Al Quran.. masa tu tahun antara hujung 70’an hingga pertengahan 80’an. Kampungnya yang hanya berselang sungai dan sawah padi dengan kampong aku memang menjadi kawasan permainan kami… balik dari mengaji Al Quran.. sama-sama main guli, mandi sungai, tangkap anak ikan, main tauk para, main wau dan seangkatan dengan nya lah.. kiranya sama-sama membesar.

Beliau dah lama mendirikan rumahtangga, tapi tidak di kurniakan anak, tapi dalam 3 – 4 bulan ni beliau telah mengambil anak angkat yang masih kecik, rasanya tak sampai 1 tahun lagi, beliau juga seorang yang kuat bekerja, mengusahakan bendang ayahnya, selain dari melibatkan diri dalam perkhidmatan pengangkutan am yang mana beliau banyak mengangkut padi ke kilang, barangan kenduri dan bermacam-macam barang lagi la.. pendek kata memang menjadi tempat pergantungan orang kampung, ini termasuk urusan subsidi padi, dan duit jualan padi.. kiranya orang kampong tunggu habuan sahaja masa musim menuai, yang lain semua dia uruskan… pemergian dia memang akan jadi kan ramai orang hilang tempat bergantung.. dan aku kehilangan rakan se permainan sejak kecil.. 

Walau apa pun, bagi pihaknya, dia sudah selamat berada di sana, apa-apa yang telah beliau usahakan, yang telah beliau kerjakan akan menjadi perhitungan antara dia dan Penciptanya, kita yang masih hidup tetap meneruskan perjalanan kita, entah macam mana pulak nasib kita.. semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman…

Al Fatihah.. 

Comments

Neeza Shahril said…
Innalillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.. siapa sangka dia pergi pada hari raya Korban kan..

Neeza tahu, Zul tentunya sedih dengan kejadian ni. Sabar ya.. Allah lebih sayangkan dia.. Kita doakan kebahagian dia disana..
kuIna said…
takziah... dr dia kita dtng kpd dia kita kembali.

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....