(masa gambar diambil kol 1.00 tgh dah) Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had muatan yang dibenarkan . Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja. Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar... kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kua...