Skip to main content

Ramadhan datang lagi...

(gambo lama... recycle masa athirah umo 4 bulan)
Hari ni dah 6 September, bermakna juga dah 6 hari kita berpose.. dan juga bermakna 6 hari aku tak dak mengeluarkan sebarang entry.. apa dah jadi dengan aku, adakah kerana berpuasa maka idea aku juga beku? atau kerana berpuasa aku terlalu sibuk menyebabkan tiada masa nak ber entri.. atau sebenarnya aku bercuti dari entry..? jawabnya aku sendiri pun tak tahu.. apa yang aku tahu aku jadi segan nak tekan butang 'new entry'.. yang ada pon kalau aku masuk dashboard untuk tengok kalau ada komen untuk di kemaskinikan.. lepas tu aku merayau-rayau entah kemana....


Masuknya bulan Ramadhan bagi aku banyak mengimbau kenangan lama, kenangan berpuasa semasa kecik, zaman mengaji Al Quran, zaman sekolah, zaman bekerja dan juga zaman-zaman semasa arwah mak masih ada... semuanya banyak meninggalkan kenangan dan juga nostalgia, yang mana banyak mencorak pola hidup aku  sampai sekarang.. dan bila masuk zaman selepas bujang memang dah berlainan jadinya, lepas tu masuk pulak zaman pra bapak dan zaman menjadi bapak.. juga banyak memberi pengalaman...


Macam entri-entri tahun lepas, Ramadhan sebenarnya cukup menyeronokkan, satu bulan yang amat dinantikan, bahkan suasana nya sentiasa terbayang-bayang dan dirasai.. untuk tahun ni masih belum ada sebarang laporan dari pasar ramadhan.. kerana hari pertama lagi mem dah mula masak, tapi lepas tu keja pulak kan tentu kena beli-beli juga.. dan bila ada cuti tentu masak lagi.. dan juga kalau berkesempatan tentu ikan bakar tak terlepas... lebih jimat kalau beli ikan dan bakar sendiri dari beli ikan yang dah siap di bakar kerana harganya akan naik 100% hu huu.. jimat sajo kan? al maklum lah dalamkeadaan eknimi macam ni tentu penjimatan ada adalah perkara utama...  he hee ini sajo lah sebagai intro entry bulan ramadhan.. ananti kalau berkesempatan akanada entry2 pasai pasar ramadhan... 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....