Bila masa ku lapang

September 10, 2008


ari ni, sebenarnya aku mengantuk sangat, dah tu pulak tak berpeluang nak merayau-rayau, yer lah hari ni kan dah 2 hari UPSR, dan ada sekolah yang cuti pasal kelas di gunakan untuk di jadikan dewan peperiksaan, jadi pagi-pagi lagi dah ada 'user' yang datang.. bila-bila musim berpuasa ni, rasa mengantuk tu memang sentiasa akan datang.. hisk... jadi aku pusing sana.. pusing sini tengok ada lak novel remaja yang baru-baru.. hmmm entah macam mana aku boleh terlepas pandang... jadi aku sambar jer lah satu dua, dan aku pon baca lah yang kat atas nih hari ni.. 
Okeh, jalan citer dia memang lah sesuai untuk para remaja, mungkin antara umo 11 - 16 tahun macam tu, cerita yang agak simple dan penggunaan bahasa yang agak mudah, tak dak lah nak berbunga yang macam nak rak tu. Tapikan.. bila dah sampai kat tengah-tengah jalan citer dia dah agak heavy, berat pada pendapat aku untuk awal-awal remaja, ada sesetengah  istilah, para dan metafora dia tuh seolah-olah sesi pengenalan kepada seks... bukan salah aku rasa cuma agak berat dan boleh menggamam kan pembaca.. tapi mungkin juga dah begitu resepi dia, jalan cerita yang santai, tak berat tapi membawa satu pengajaran baru kepada para belia kita.. hmm entah la... 

You Might Also Like

0 comments