Skip to main content

Siri jalan-jalan pasar Ramadhan...

Seperti yang telah di janjikan.. jika berkesempatan maka aku akan muatkan siri Jalan-jalan pasar Ramadhan.. dan kali ini Pasar Ramadhan Simpang Empat menjadi tempat kunjungan, untuk pengetahuan, Pasar Ramadhan Simpang Empat ini ada lah kali ke dua ku kunjungi.. kali pertama kalau tak salah hari kedua puasa, dan masa kunjungan  kali pertama aku sempat terserempak dengan mantan Menteri Besar Perlis yang lalau DS Shahhidan Kassim.. emm nampak segak bergaya memakai jubah bewarna putih dan berketayap. Datang bersama dengan beberapa orang pengiring dan juga drivernya (emm masih berdriver tu...) dengan menaiki Mercedes hitamnya itu...


Okeh berbalik kepada Pasar Ramadhan Simpang Empat ni, dari tinjauan aku harga barang memang meningkat naik, tapi masih dalam kategori harga barang di Perlis, harga kuih mueh masih sekitar 4 - 3 bijik seringgit.. mungkin hak 4 bijik seringgit tuh kueh yang kecil-kecil la.. dan besar besar dah jadi 3 bijik seringgit,  harga makanan lain aku dapati macam gulai (kari) ikan daj jadi seketul dua ringgit berbanding tahun lepas 2 - 3 ketul seringgit. Lain -lain macam murtabak di jual dengan harga RM1.20 - 1.50 sen satu samada ayam maupun daging. Dan gerai yang banyak menjadi tarikan ada lag gerai kebab seperti  mana dalam gambar diatas tu, sungguh berpelu-peluh depa ni.. sampai beratur-atur orang.. 


Sebenarnya, tujuan kunjungan aku ke pasar ramadhan ini adalah kerana keberangkatan pulang aku dan mem akuke rumah mertua ku di Kg Sg Padang.. ini lah kali pertama aku beruka puasa disana sepanjang puasa kali ini, oleh kerana kesibukan mem aku, maka tak dapat lah nak selalu balik  ke sana kerana ruang waktu yang cukup terhad..sekianlah sahaja hasil pemantaun aku di Pasar Ramadhan Simpang Empat kali ini.. hingga kunjugan berikutnya aku ucapkan selamat berpuasa dan berbuka puasa pada semua... 

pstt..!!
Lupa lak aku nak cite.. masa kitorang tenga Jalan-jalan Pasar Ramadhan ni hujan turun lak, pasal tu nampak basah saja, dan pasal tu juga Athirah kena pakai beg plastik atas kepala dia.. mau lak dia, dulu tak leh langsung letak apa-apa atas kepala dia, mungkin dia dah besaq kot, dah paham kalau tak buat macam tu mungkin dia boleh demam




Update Terkini
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT
Dikeluarkan pada: 8.50 malam 06/09/2008
KEMASKINI AMARAN
AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
SEKSYEN A
Hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedangberlaku dari semasa ke semasa di Perlis, Kedah(Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Sik dan Padang Terap), P.Pinang(Daerah Seberang Perai dan P.Pinang) dan Perak Utara(Daerah Hulu Perak, Kerian, Kuala Kangsar, Selama Larut dan Matang) dijangka berterusan sehingga petang, Ahad 7 September 2008.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang, banjir kilat serta tanah runtuh di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah, lereng-lereng bukit dan tebing-tebing sungai.  
sumber : http://www.met.gov.my

Buat masa sekarang ni memang hujan masih belum berhenti-henti sejak dari pagi lagi.. kalau berhenti pon sekejap-sekejap,  ini juga menyebabkan ramai yang sembahyang terawih di masjid-masjid dan surau-surau yang terkandas tidak dapat balik awal pasai hujan lebat! Masih menantikan perkembangan terkini

Comments

Neeza Shahril said…
hehe.. patutlah Athirah pakai plastik.. hujan rupanya.. dah naik kan harga makanan kat malaysia.. ni semua gara2 minyak naik lah kan.. bila minyak turun, takdelah pulak harga makanan turun... hmmm..

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....