Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2007

Pesta Buku vs BAKERP

Semalam aku bagitau aku sebuk dok buat laksa la, dans egala macam lagi la.. sempena pesta buku, nih aku nak bagitau le, Pesta Buku ni adalah di bawah kendalian BAKERP, iaitu Badan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Perpustakaan Awam Perlis.. tujuan utama adalah bagi mengisi tabung. Jadi Selain dari menjual Buku2 ada juga dua tiga barang lagi di jual. jadi kalau tengok kat gambar tu.. yang baju oren dan jingga tu adalah ahli BAKERP nih la... yang mana kesemua adalah terdiri dari kakitangan perpustakaan, samada tetap, kontrak, sambilan maupun pekerja khidmat singkat (PKS). Tak der aper sangat aku nak ceta lebih... cuma dah nak mengisi tabung.. maka di buka juga satu gerai makan.. hah macam nih lah keadaannya.. ada yang juyal laksa, kebab, air2, goreng, aiskrim pon ada, malahan kue2 kering pon ada.. --------------------------- isk.. Athirah demam balik la.. kesian aku tengok, mata kuyu stim jer, badan panas, jadi semalam bawak pegi klinik, tukar ubat demam, entah la dah sihat ke tak, aku lom ...

Pesta Buku Kembali!

Nampaknya pesta buku kembali, kembali memriah kan lebri nih.. jadi buat sepanjang minggu ni aku akan terlibat dalam beberapa hari, jadi kalau aku tak online tu jangan di tanya lagi kemana aku pergi.. Kalau di kenangkan kembali, pada pesta buku yang lepas, rasanya sekarang ni dah tak semeriah dulu.. kalau dulu pengisian untuk pesta buku dah kurang padat, kurang mengancam, kurang umphhhhhhh! Mungkin juga masa yang dulu takkan sama macam sekarang, aku takkan mempertikaikan tentang orang lain, tapi rasanya diri ku sendiri. Yerla.. dulu aku tak ada masalah nak berktiviti, tak kesah untuk kesana sini nak setup projek, dan dulu tak ramai staf.. so mana yang ada akan terlibat 102% bagi menjayakan aktiviti.. kalaumacam sekarang nih, staff ramai... pegawai pon ramai. jadi keja ponkena berbedak-bedeak la kepada orang sama. So tak rasa terlibat sepenuhnya.. akhirnya banyak goyang kaki dari buat keja.. :)) lah.. dah nak kena pi buat laksa.. kang2 sambung lah.. ------------------------- isk.. Athir...

Hujan Rahmat!

Petang ni ujan lagi... Sebenaqnya dah beberapa hari ujan.. Tapi hari ni yang lebat bangek aku rasa.. Tentu lah seronok pephon yang gersang.. Tentu seronok unggas dan beburung mandi-manda dan moga makin menghijau pephon buah-buhan ku nih... Apa2 pon aku dah nak balik nih.. Nanti2 la aku sambung

Souq Al Bukhary

Nih la sepetang bersama Athirah di Souq Al Bukhary aka Giants Alor Setar.. emm hajat tu mmg nak pegi giant tapi nak beli dua tiga barang untuk persiapan majlis kahwin pak njang athirah ni.. tapi sekalai banyak lak kedai tak bukak dari Alor setar sampai la ke Jitra.. LAst2 lepak kat Marry Brown jer la.. Athirah ni pon dah lapar.. jadi order moi kosong jer la.. perencah yang lain letak tepi.. kang athirah dah kenyang.. abah dan mama dia la perebiskan. Dek kerana raya cina ni gak.. ramai jugak orang kat sini... jenuh jg la nak dukung si athirah ni.. emm sekali kan sampai la kat tempat jual bantal2 yang besar2 tu.. emm dia nak main kat situ jer.. sampai tak nak pegi tempat lain.. aleh2 kena la beli jugak sebijik.. adusss.. athirah.. athirah...!!!

Blogger Gathering!

Wah.. abis idea aku.. aper la aku nak citer hari ni? Sebenarnya aku kesorangan nih.. tak berteman.. sumer staf lebri dah ilang.. sudah berangkat ker Perpustakaan desa Lubuk Sire.. membuat persiapan.. untuk majlis perasmian yang akan diadakan besok. Sementelah dah dok sowang ni, aku pon cuba dan mencuba untuk membuat entry la.. tapi kan, mana lah boleh bagi perhatian penuh.. bebudak nih ramai.. maklum la sekolah dah bukak jadi bebudak dah ramai, memasing dengan tugas memasing, tapi ada gak yang dok main game.. emm pejam mata lah ajer..mungkin depa tension kot..! Last week ada gathering Joe Blogger yang di buat di Tmn Tasik Permaisuri kalau tak salah aku, dah tu lak jamuan dia buat secara Potluck.. emmkesahnya ramai juga diorang pergi yer.. walalupun tuan rumahnya takder.. tapi para taggers dan juga bloggers tu sanggup berjumpa sendiri dan yang aku musykil tu.. aper yer yang diorang sembang..??? :) Aku tu tak pegi la.. cuma bestnya tu salah sorang dari yang pergi tu ada kak aku rupanya.....

Musim Buah : Ep 2

Emm nampak sangat aku kemaruk nak buat entry kan..? Tak per la . .kata la apa korang nak kata.. aku memang tengah sonok nak menaip dan mencurah perasaan.. Kali ni pasal harumanis.. waa nampak gaya ada potensi harumanis tahun ni, tengok lah yang berbunga, yang berputik.. sumer ada.. yang lebatnya ada dua pokok jer.. satu pokok baru dan satu gi pokok yang dah lama.... so macam mana hasilnya kena tunggu la.. pasal yang berputik pon tak semuanya akan membesar.. Aku cuba jer.. kang hasilnya terserah lah pada rejeki.. kalau ada rejeki murah.. banyak la.. kalau tak.. emm tah la..

Cerita merapu...

Huh huu.. bukan senangnya aku nak mengambil gambar.. dengan kamera murah aku cuba la nak belajar kegunaan nya.., walaupun tak ler cantik sangat.. tapi aku cuba la sebaik yang mungkin.

Dulu - sekali lagi.

Dulu.. Aku pernah berkata, Aku tak mau masukkan gambar dan juga sebarang cerita pasal Athirah, Hanya kerana, ada satu tagger tu, Lepas tu kan aku mogok, Dah buang gambar Athirah, Tapikan .. betul jugak kata Kawanku tu, Yang ni adalah blog aku, Medium tempat aku melampiaskan kata2, Tempat aku bertendang dan bersilat dengan diri aku, Tempat aku buat apa saja, Jadi buat apa aku hiraukan sumer tu kan.. Tapikan.. Aku ni orang baik.. (biarlah..) Aku kena jaga sumer hati, Baik para taggers, para pembaca blog, bahkan buat diri aku sendiri... Jadi aku amik cara jalan tengah la... Apa yang ku harap? Jangan lah aku dicerca, Jangan lah aku di hina, Jangan lah aku di maki, Hanya kerna aku meratap, kerana aku meraung kat sini... Please la.. jangan kacau aku (.. huh ayat macma penah dengar saja..?) Juga, Doakan lah kami, agar sihat sumernya.. Agar selamat sumernya... Hanya itu pinta ku..

Sepohon Rhu

Sepohon Rhu, Di tengah pekan, Menyimpan seribu sejarah, Memerhati sejuta peristiwa, Memendam ratusan perasaan, Dulu, Disini, pernah ada, Bangunan pejabat, tetapi sudah roboh, Khutub Khanah, sudah roboh, Restoran Rakyat, sudah berkubur, Juga stesen bas dan teksi.. juga sudah hilang di bawa zaman, yang masih kekal, hanyalah sepohon rhu, sejuta kenangan.. dan... Penciptanya...

Gambar dan peristiwa : suatu pembuangan masa.

Suatu tengah hari, Di suatu jalan.. dengan kamera yang murah tu.. aku mengklik... klik..dan klik lagi.. hanya ini hasil yang ku dapat.. suatu pemerhatian, suatu pandangan , beginilah jadinya, disuatu jalan, suatu tengahari, dengan sorang yang sedang membuang masa.. begini lah jadinya..

Musim Buah... Ep 1

Jadi sekarang ni musim buah datang lagi, aku ni sebagai petani part time berasa juga la kesannya.. excited sangat.. yer la .. nih kali pertama aku tanam buah-buahan tempatan, atau juga orang kampung panggil buah kayu.. juga di kenalai sebagai rambutan.. ya.. sebenarnya tak der sangat orang tanam rambutan kat kampung.. terutama bahagian sebelah selatan Perlis nih, pasal biasanya tanahnya tak sesuai untuk tanaman buah kayu ni.. tapi ada juga la yang cuba-cuba dok tanam.. contohnya macam ppkok rambutan ni.. ada jga yang tanam.. tapi pokoknya agak tak menjadi.. kecik jer pokoknya.. tapi ada juga yang menjadi macam kawan aku tu, dah banyak kali leh makan, pokok pon besar tapi buah jer kurang besar... yer la tanah tu tanah sawah.. mana nak sama macam dusun kat bukit tu.. Macam2 rewspon yang aku dapat masa aku mula tanam dulu, ada yang bagi petua, ada yang bagi galakan, dan ada juga yang bagi macam komen maupun negatif thinking.. satu yang aku tak leh lupa ialah arwah mak aku, dulu pernah dia...

PTK datang lagi

ptk datang.. dan aku keluar.. keluar lagi menuju ke KL.. kota metropolitan tuh.. moga berjaya .. moga sukses.. nanti aku kembali.. bersama lagi.. buat masa ni.. salam dari perantau.. hmm entahlah.. 07-09/02/2007 -opsss.. happy birthaday to me.....