Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2006

Di Persimpangan

Di Persimpangan Adakala, Bila tiba di suatu persimpangan, Kita kehilangan, Arah mana harus di tuju? Bila jalan di seberang sana bisu dan kelu, Tiada petunjuk menjadi pedoman, Walau jalan terbentang luas..... Tapi kaki tak berupaya bergerak, Mata terpaku kehadapan Namun, Tiada apa yang kelihatan. Buntu dan kelu! 

Sinar pagi muncul lagi

Sinar pagi , Muncul lagi, Mengikut ketetapan yang dah di tentukan, Hari terus berubah, Berganti-ganti, Juga mengikuti ketetapan yang dah di tentukan, Hari yang pergi menjadi sejarah, Baik sedih, suka, duka, riang dan yang pelbagai tu .. Tetap akan berlalu, Baik akan berganti dengan yan lebih baik, Maupun berganti dengan yang lebih buruk, Juga mungkin tak akan berganti... Tapi hari akan teru berganti... Dan aku, masih terus mengelu, kerana aku masih didalam kekeluan, Tangan ku masih tempang mengarang, Fikiran ku masih kelu dengan idea.. 

Di suatu perjalanan

Kadang2, Kadang2 kita rasa kita mengerti ke semuanya, Tapi bila kita tenung2, kita dalami semuanya ,.. akhirnya kita dapati kita tak paham apa2 satu pon... Kadang2 kita rasa kita mengalami semuanya, Sakit, Pedih, Ngilu, Suka, Duka, Malah ngeri, Tapi bila kita renung dalam2, kita pandang kiri dan kanan, rasanya macam kita tak mengalami apa2 pon. Kadang2 kita rasa marah, benci, geram, muak, kesal, .. pada seseorang tu, tapi sebenarnya.. itulah orang yang kita perlukan... sebenarnya hidup bukannya mudah, malahan mati itu senang sekali.. dan sesungguh nya setiap sesuatu yang terlepas.. tak akan kembali.. dan kekesalan adalah lumrah teman sepermainan kita.... ps:- Seperti yang telah aku khabarkan.. sesungguhnya aku kekeluan, dah sangkut idea aku, tapi dek dorongan kekawan.. sampaikan apa yang aku pikirkan dan aku komenkan orang lain juga aku muatkan kat sini.. utk jadi tatapan, renungan bersama Dan pada insan tu, satu pesanan aku, permata yang paling berharga adalah yang lama berada dala...

Salam 'kekeluan'

Maafkan Aku Sesungguh nya aku maha kelu, Kelu dalam mencari sepatah kata, Menggarap sepotong ayat, Mengukir Suatu cerita, Maafkan Aku, Sesungguhnya aku maha kelu, Gagal meneropong di kejauhan, Gagal mengimbas di dasaran, Gagal mengagau di ‘keleburan’, Sehingga, Mulut ku petah berbicara, Mata ku berupaya meneropong, Jua kaki ku pantas berpencak, Tangan ku berlari di kedamaian idea.. Sambut lah salam tanda persaudaraan...  

Merangkak

Emm Athirah pon dah mula nak merangkak dah ni.. waa cepatnya..  

Athirah kena cucuk

Ini ada lah cobaan kedua.....! Cubaan ku yang pertama hancur... entah silap di mana kah, hingga hancur macam tu saja.. tak der apa pun tinggal.. so cubaan ni yang kedua.. (heh hee macam la korang boleh tau dan baca cobaan yang pertama kan..?) Hari ni bersempena dengan umur Athirah ke 5 bulan, kami kena bawak dia pi cucuk (ntah pe nama cucunya tu.. aku pon tak tau).. dan buat sekian kalinya aku kena masuk dalam bilik tu sekali, kena tolong pegang pasal mama si Athirah ni seriau tengok masa Athirah kena cucuk! Emm abis tu aku tak seriau! Anak oii.. bukannya orang lain... tapi kan, aku kan.. kalau dah rasa mem aku down jer.. aku otomatik jer jadi berani.. heran gak aku... Satu hal, si Athirah ni kan, bila kena cucuk ni kejap je dia nangis, nangis pasai dia terkejut masa jarum masuk kot, tapi tak der la lama dia nangis, kuar je dari bilik tu, bagi susu kat dia dah ok, emm pas masuk dalam keta je bagi dia ubat (.. ntah ubat ape tah.. ) pastu bagi susu lagi, pastu bagi air suam.. pastu sapu...

Aku ingin bebas

I see trees of green, red roses too I see them bloom for me and you And I think to myself, what a wonderful world I see skies of blue and clouds of white The bright blessed day, the dark sacred night And I think to myself, what a wonderful world The colours of the rainbow, so pretty in the sky Are also on the faces of people going by I see friends shakin' hands, sayin' "How do you do?" They're really saying "I love you" I hear babies cryin', I watch them grow They'll learn much more than I'll ever know And I think to myself, what a wonderful world Yes, I think to myself, what a wonderful world Oh yeah Louis Armstrong

Mini Rumah Terbuka Raya

 

Sejenak bersendirian sesudah ber'lelah'an

Yeahh dah bebarapa hari aku tak dapat nak meblog.. aku sibuk haaa, banyak gak aktiviti yang aku terlibat.. dan lepas tu ada jugak tugas hakiki aku.. aku kena tangkap gambar juga... so ari ni aku cuti, malahan hari khamis dan jumaat aku cuti, dan besok pon aku cuti, moga2 akan dapat memulih kederat ku yang ku cuarahkan masa hari tu... kiranya kerja hari tu macam buat kenduri la.. mula2 kena menghias rumah, lepas tu kena sambut tetamu.. lepas tu kena bekejar sana.. pastu patah balik mai sini.. kejap keatas kejap kebawah, semuanya memakan kederat aku.. ye lah walau pon makan di beri tapi time keja mmg penat la oooo.... Bermacam-macam aktiviti yang di jalan kan.. antaranya hari pertama pagi ada majlis perasmian ( huhh alahai.. ramainya orang.. hampir sumer orang pekan kola Perlis nih mai.. dengan budak IKBN, Budak2 KUKUM, budak2 sekolah lagi...) em ppenuh ruang legar kat lebri ni.. selain tu ada progrram dengan ikon.. Fauziah Nawi.. Malamnya ada persembahan kebudayaan.. dan esoknya ada pro...

Chop!

KUALA PERLIS: Semua kakitangan perkhidmatan awam di Perlis disyorkan supaya mendaftar sebagai ahli perpustakaan dan diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.Ketua jabatan kerajaan pula disyorkan supaya menggunakan kriteria itu dalam penilaian prestasi tahunan kakitangan kerajaan terbabit. Saranan itu dibuat Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis perasmian Perpustakaan Awam Kuala Perlis di sini, kelmarin."Cara ini, keahlian perpustakaan berbanding penduduk di Perlis boleh ditingkatkan lagi menjadi sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negeri ini menjadi ahli perpustakaan," katanya.Turut berangkat, Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hoong dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Zakiah Aman.Syed Faizuddin turut mengesyorkan supaya buku dijadikan hadiah utama pada majlis atau acara yang dianjurka...

Menjelang Hari Besar!

Aduh,penat gila aku.. banyak keja yang kena buat, kejap angkat barang, kejap angkat kerusi, pastu lap kerusi kejap pegi sana , kejap pegi sini, lepas tu tangkap gambar sana, pastu tangkap gambar sini, sumer nya nak kena buat.. nasib baik lah bukan aku sorang yang kena buat (walaupun ada yang 'baloq liaq'..) tapi ramai staff yang terlibat, menjadi lebih meriah lagi bila semua agensi kerajaan dan swasta di gerakkan untuk menjayakkan majlis ini.. jadi aku rasa bersyukur jugak.. kalau tak mau kelam satu dunnia.. banyak nya ker hingga membawa ke malam, so aku rasa amat letih dan lelah, tapi apa nak buat keja tetap keja.. dan juga kerja tak penah habis.. walau seelok mana yang kita buat mesti ada cacat celanya.. aahh sumer dah penat so balik dulu, tinggal yang sikit2 tu, jadi esok buat finishing.. Aku balik dari lib kola dah kol satu, so sampai kat umah dah kol 1.30pg.. tapi ada lagi keja kena buat.. transfer gambar ke laptop.. dan juga recharge balik bateri.. so tambah masa.. dah ko...

I-Play Toy Library

Emm.. semput jadinya aku.. aku ingat dah tak der nak masukkan aper atleast sehingga lepas majlis peresmian perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan Pesta Membaca 6 - 8 November ni, tapi dah ada sedikit ruang aku catatkan jugak la.. Hari ni aku di tugaskan untuk membuat liputan acara pertama Pesta Membaca 2006, iaitu Kursus i-Play Toy Library, antara lain kursus ini adalah merupakan kursus untuk pembantu2 tadika, dan badan2 yang seangkatan dengannya... kali pertama aku ketahui bahawa terdapat badan2 lain yang terlibat dalam pengendalian kanak2 selain dari tadika, taska dan rumah2 pengasuh. Antara lain kursus ini banyak memberi input tentang perihal kanak2, tentang pembesaran bayi, psikologi bayi dan kanak-kanak, juga hak2 kanak-kanak, tugas2 yang perlu dipikul oleh masyarakat terhadap kanak2, emm banyak jugak.... Peranan i-Play Toy Library ni lebih kurang adalah bagi membentuk modal insan kepada agama, bangsa dan negara. Program ini cuba mengikis budaya subsidi kehidupan dan juga sogokan ...

Ehh, ada lagi raya...

Dalam dok sibuk2 tu, aku masih lagi sempat pi beraya, bawak Athirah pi umah tok menakan dia kat Kodiang.. isk apa la aku ni.. dalam dok kalut2 sempat juga.. Lepas jer abis time keja, dalam kol 6.30, aku terus je balik, ye lah kalau aku dok ralit kang ke malaman lak nak pi berjalan.. so dalam kol 6.45 aku smp umah dan terus pergi amik Athirah kat umah pengasuh ( tok wa dia..) dan terus bertolak ke Kodiang.. smp elok2 jer masuk waktu Maghrib.. so tak der la apa sangat agenda dia, just makan2 jer, baru jer sudah makan tok ayah dia sampai.. tapi macam biasa Athirah dah tido.. , kesian Tok Ayah dia, tak sempat nak main dengan Athirah... nasib baik la pas tu Athirah bangun.. boleh la layan Tok Ayah dia .. ... dalam kol 10.30 aku balik la.. ps.. ni ada lagi gambar Bersama Tok Ayah sangkelu Bersama Tok Ngah sangkelu Bersama Tok Nyang , Tok dan Mama sangkelu