Semalam aku ada citer pasal 'ais ketul' dalam siri kenangan bulan posa kan? Emm ari ni aku ingat nak teruskan lagi mengenang kisah lama2 dalam bulan Ramadhan... Dulu, memang menjadi lumrah kat kampung suka menghantar juadah berbuka kepada jiran tetangga.. tak kira la samada kueh mueh ka, lauk pauk ka.. biasanya selalu ada.. jadi rutin nya kalau kat umah aku ni mak aku suka jugak la buat kueh ni.. ada kueh lopis , ada kueh lapis.. cekodok ker, atau yang best nya dan paling famous mak aku buat ialah goreng pisang, haa yang ni special.. bukan tak der jual tapi nak cari yang macam mak aku buat ni susah la sikit.. Adunan dia terdiri dari du jenis tepung.. dan cara bancuhan dia agak renyah sikit la, kena bancuh pakai air suam , gula tak leh lebih.. dan macam2 lagi la.. ( yang tu aku tak dan nak belajaq... ;( ) Setakat sekarang ni yang aku jumpa ada yang masukkan gula merah la, yang buat manis la nak bagi nampak hangus sikit.. uhh api nya kena kontrol jugak kalau tak naik kejap pas...