Skip to main content

Siri Kenangan Ramadhan 2

Semalam aku ada citer pasal 'ais ketul' dalam siri kenangan bulan posa kan? Emm ari ni aku ingat nak teruskan lagi mengenang kisah lama2 dalam bulan Ramadhan...

Dulu, memang menjadi lumrah kat kampung suka menghantar juadah berbuka kepada jiran tetangga.. tak kira la samada kueh mueh ka, lauk pauk ka.. biasanya selalu ada.. jadi rutin nya kalau kat umah aku ni mak aku suka jugak la buat kueh ni.. ada kueh lopis , ada kueh lapis.. cekodok ker, atau yang best nya dan paling famous mak aku buat ialah goreng pisang, haa yang ni special.. bukan tak der jual tapi nak cari yang macam mak aku buat ni susah la sikit.. Adunan dia terdiri dari du jenis tepung.. dan cara bancuhan dia agak renyah sikit la, kena bancuh pakai air suam , gula tak leh lebih.. dan macam2 lagi la.. ( yang tu aku tak dan nak belajaq... ;( ) Setakat sekarang ni yang aku jumpa ada yang masukkan gula merah la, yang buat manis la nak bagi nampak hangus sikit.. uhh api nya kena kontrol jugak kalau tak naik kejap pastu turun balik.. alah macam2 lak..

Haah korang paham tak? kitaorang panggil cucur manis,cucur manis ni macma goreng pisang juga, cuma dia lembut bila sejuk dan tepung nya lebih lembut dari goreng pisang biasatu, biasanya orang2 tua suka makan dalam kata lain cucur utk orang tua2 la.. jadi tiap2 tahun kalau bulan Ramadhan ni, orang2 kat masjid mesti tertunggu2.. dan biasanya sekurang2nya 3 - 4 kali mesti mak buat punya.. dan sekarang pon ada juga orang tua2 kat masjid tu dok tercari2 sapa la yang leh buat cucur manis ni... dan aku pon dok cari gak! Tapi pastinya takkan ada yang sama macam mak buat... ada juga yang aku jumpa kat pasar malam,.. tapi mana kan sama kan?

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....