Skip to main content

Ramadhan hari ke 5

Hari ni dah 5 hari kita berpuasa.. dah 5 hari juga pengalaman bersama keluarga ni.. dan 5 hari juga Athirah menempuh puasa tanpa dia menyedarinya.. sebenarnya puasa ni banyak mengembalikan kenangan semasa kita masih kanak-kanak ..

Nih Athirah baru nak masuk 4 bulan.. sudah semestinya puasa ni belummembawa sebarang makna.. malahan pengertian jauh sekali.. ahh aku bayangkan macam mana yer masa aku seumur Athirah menmpuh puasa.. mesti masa tu aku masih ada ayah dan juga emak.. yang pastinya puasa masa tu tak le sesenang masa kini.. dulu la se ingat aku puasa dahulu cukup meriah aku rasa.. ( sejak bila yer aku mula kenal puasa?) perkara utama dulu yang susah nak dapat ialah ais.. ais ketul .. yang mana masa tu aku rasa rega dia dalam 10 -20 sen sahaja.. tu masa aku umuq 6 - 8 tahun aku rasanya... dan nak dapat ais pun kena beratur dan ada yang tempah awai.. kalau habis pekan koboi terdekat masa tu ialah Behor Lateh.. dan kalau jauh sikit tu Pekan Koboi Titi Chai..

Kalau nak banding masa la ni, hampir sumer umah dah ada 'iced box', 'fridge' dan seangkatan dengan nya.. jadi tak yah lah bersusah payah nak beratur dan berebut-rebut.

Semalam aku pegi pasar Ramadhan Kuala Perlis lagi, uhh masih lagi ramai orang... masih ramai lagi budak2 KUKUM yang bershopping2 kueh berbukak puasa.. bermacam2 ragam adanya. Juga aku tengok ramai jugak bapak2 yang dok dukung baby kat situ.. isk dulu aku tak aware sangat pasal orang dukung anak ni, melainkan kalau aku jumpa kawan2 aku ..

Emm macam biasa Athirah masih melayan perasaan sendiri.. dok tengok orang lalu lalang dan masih selamba derk dia aje.. aku tanya "Athirah.. nak beli apa buat berbuka nanti...? "mm dia buat selamba derkk jugak... .. hi Athirah.. athirahhh....
Posted by Picasa

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....