Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2006

Amanat Seminggu!

Uhhh.. penat aku.. dari kemarin sampai la ari i.. aku dok cuba pebaik blog aku ni.. macam - macam jenis dah aku try.. dah macam kerenah yang aku ken abuat.. kejap copy code.. pastu copy dari backup lak.. pastu kena cari wallpaper.. pastu cut an paste.. akhirnya jadi la macam ni... ntah la aper komen korang.. aku pon tak tahu aku dah letih dah ni.. Emm stat esok aku cuti.. lepas tu aku kena pi kursus kat Perpustakaan Negara.. dari 24 - 27 April 2006.. lepas tu aku sambung cuti ( cuti ganti keja ari ni la).. lepas tu sambung cuti lagi samapi hari Isnin.. haaa panjang tu .. lam ajugak rasanya aku tak memblog nanti.. Esok mem aku nak pi Penang.. aku sebenarnya risau juga nak lepas dia pi.. tapi dah nak pi juga nak buat macam mana, dah nak pi juga.. siap dah berjanji dah ngan mak menakan dia, dengan mak dia lagi.. jadi biaq pi lah depa nak pi.. aku doa kan je la supaya depa selamat.. aku maleh nak pi.. dah lus aaku lak nak jalan, naik bas.. emm biaq la aku settle kan apa yang patut nak pi ...

Sendiri...

SendiriManempuh hidup Tiada berayah tiada beribu Sendiri aku berjalan Tiada harta menjadi bekalan Belum pernahku kesali hidupku Lahir kedunia pun begitu Suka dukaku tanggung sendiri Dengan ketabahan hati Mana saudara manakah teman teman Disaatku memerlukan Kepalsuanmu makin menjadi nyata Kemesraan sementara Sendiri Kadang menyiksakan Kerna tiada teman bicara Jamal Abdillah Hari ni aku keja sorang la... sumer member-member dalam bilik aku ni depa pi Sabah, ada Sukan dan Sukaneka Perpustakaan Awam se Malaysia yang di buat kat sana.. so sampai 25 hari bulan ni.. aku kesorangan...

Hujan Semalam

Hujan semalam membasahi bumi Menyegarkan hati Hujan berlalu tiada kembali Menyirami lagi Cinta semalam meninggalkan kesan Luka dalam hati Cinta berlalu bersama hujan Kini tiada lagi Sang mentari di pagi hari Mengeringkan embun Sang mentari di tengahari Teriknya terasa di hati Hujan semalam mungkinkah kembali Pada esok hari Dan membawakan cinta nan sejati Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Satu Nostalgia

Suatu masa dulu.. arghh.. dah ilang idea aku.. masa aku nak masukkan gambo ni.. berderet-deret idea aku.. pastu ingat bila mai satu masa yang aku lapang leh juga nak update.. tapi ari ni.. bila dah nak update.. dah ilang idea aku .. kemana la perginya idea aku ni... isk apa yang aku nak cite aaa... (fikirr..fikirrr.. mana la idea ni..?)

Mercu tanda: dalam suatu perjalanan

Emm buat ke sekian kalinya aku masih lagi tak keja pada hari sabtu.. dok kat umah pon best gak.. tinggal aku sowang sowang.. leh la aku merayau ka, aku nak berkebun ka.. aku nak meronda ka,, macam2 leh buat.. Pagi.. selepas aku pegi hantar mem aku pegi keja on the way balik tu aku nampak lak ada dua tiga mercu tanda kat tepi jalan .. sebenarnya dah lama ada .. tapi aku maleh nak tangkap pakai hanphone.. so dah kebetulan ada kamera kat aku (yg semalam tangkap gambar kat Kuala Perlis tu) aku tangkap lah satu-satu gambar tu.. emm ok la jugak kan.. leh juga aku tempet(?) kat sini.. Tengahari sikit tu aku ingat nak gi cari ikan la untuk malam ni, on the way tu aku nampak ramai lak orang.. ingat kan ada eksiden ke aper ka, yer lah jarang sangat aku tengok orang ramai kat tepi laut ni, selalunya yang ramai ni geng mat - mat rempit tu ada la.. tak pon masa tsunami ari tu... bila aku pi dekat tengok , oo rupanya ada orang buat pertandingan mancing.. patut la... last last ikan tak dapat.. aku t...

Melukis

Emm.. dah lama aku tak update.. dah berdebu.. tu la asyik dok komplen dan asyik dok ingatkan orang lain pasal blog depa yang berdebu.. last last blog aku yang berdebu.. malah dah mula di makan bubuk(?).. nasib baik la belum di hinggap anai-anai.. aku sibuk sikit sekarang ni.. maklum la aku dok kat HQ memang kena manjang la,macam2 kena buat.. aku kena taip surat la.. kena buat homepage.. kena jadi cameraman la.. isk dahsyat aku ni.. kereja yang tak menentu ni.. Macam aku kata tadi la.. kerja yang tak menentu.. jadi petang nya aku kena pulak pi amik gambau.. emm tempat nya dekat Perpustakaan Kuala Perlis.. aku rasa ni lah first time dia orang buat aktiviti.. yer la perpustakaan pon baru di buka.. peminjaman buku pon dah bermula.. aku rasa setakat ni pengguna ni ramai juga la.. tapi yang aku nampak tu bebudak la yang paling ramai.. selain tu perkhidmatan internet untuk kanak-kanak pon dah ada.. di bawah projek USP.. Abis jer program tu aku balik terus la.. kang satu keja lak aku kena be...

100th entry : berkebun & berjemur..

Dua hari bercuti, aku lepak je la kat umah, hari sabtu tu, pagi nya aku buat la keja kat kebun sikit, nak nyangkul, dah cangkul patah lak, yer lah dah lama cangkul tu, pastu lak ari tu dah tenggelam dalam air bah, so aku pegi cari lain la batang dia, .. cari kat mana? mana lagi, kat kedai la.. uih dah mahal sekarang harga batan cangkoi ni, dulu kalau aku beli dalam 3 -4 ringgit jer, sekarang ni dah jadi 6 ringgit.. uih mahal la.. Dah ada batang cangkoi, sepagian tu aku dok buat cangkoi tu la.. tak la rumit sebenarnya..tapi dengan peralatan yang terhad, maka masa la nak siap .. aku ni macam beria-ia sangat nak berkebun balik, heh hee mcam hangat2 taik ayam karang.. tapi tak per, kalau hangat2 taik ayam kang taik ayam tu aku amik buat baja nooo .. Tengahari tu macam biasa ari sabtu yang lain, aku pi amik ka aku dulu kat kangar.. pastu pi makan kenduri kat Kuala Perlis... balik dari Kuala Perlis lepas semayang, pergi lak amik mem aku kat tempat keja dia pastu pi makan kenduri rumah k...

99th Entry : harumanis o harumanis!

Isk.. ni dah 99 entry aku.. dari ntah apa-apa yang aku masukkam dah tu menjadi tempat luahan hati ni dah tempat diari aku seharian campur coretan rasa sama.. waa apa korang rasa dengan tulisan aku..? pasal tu aku perlu create kan satu poll kat sini.. aku nak jugak feed back dari pembaca.. yer la baik ke buruk ke penulisan aku ni.. korang paham ke apa yang aku tulis, atau pon aku paham ke apa yang aku tulis? heh ee.. Sementelah tu dah tak der nak coret kat mana korang tulis la kat tagboard ke, atau pon kat comment ka.. nanti aku baca la.. korang jangan lupa undi no ! Emmm bila tengok gambo sebelah ni teringat lak pokok harumanis kat umah aku ni.. ni gambo ni aku tangkap kat tepi bangunan lebri, sebelah pejabat aku ni.. dia punya buah dah nak tua.. kang jenuh la dengan pelam harumanis ni.. tak le lebat sangat, boleh la sumer orang rasa serba sikit. Yang kat umah aku pon tak lelabt.. tapi setakat nak bagi ilang ngidam mem aku boleh la.. Satu hal pasal mem aku ni. Dia punya ngidam kat memp...

Booom!!! .. and here i'm, back to basic!

Adusss... semalam punya la semangatnya aku nak update kan blog aku ni, konon-konon nya nak bagi versetile lagi la, jadi aku nak tambah poll, at least aku akan dapat pendapat dari pembaca la.. so sepagian tu aku cari la..mana-mana website yang ada sediakan poll percuma (dah semestinya la.. ) jadi aku nampak la satu website ni, dah siap aku isi sumer keperluan dia jadi aku generate la jadi html.. pastu aku pon masukkat template dan aku pastu kan.. emm dah jadi la aku rasa, so aku pon save tanpa preview la, dah selalu tu buat ok je.. kali pon aku ingat ok jugak la.. Tanpa aku sedar, rupa-rupa nya.. aku dah tersalah select tempat nak di paste kan, jadinya... booommmm!! terpadam habis sumua coding kat bahagian atas.. so bila aku refresh balik yang tinggal hanya bahagian sebelah tepi saja.. semua entry-entry aku dah ilang!.. alamak !! Jadinya mau tak mau aku terpaksa la set semula, bagi jadi balik macam asal.. tapi dah tak leh dah.. sumer link, profile dan chat box tu dah ilang.. kena la ...

Merayap Sepetang

Entah la.. kenapa aku masukkan tajuk ni kat entry kali ni... aku pon tak pasti.. sememang nya aku ada merayap dengan mem aku petang kemarin, yer la selepas seharian aku memeningkan kepala aku dengan membuat pembaikan dua tiga bijik komputer kat Simpang Empat tu, memang aku pening.. tapi aku lega.. walaupun bukan semua komputer tu berada dalam keadaan baik tapi masih boleh di gunakan. Pasti nya aku tak tau berapa lama komputer2 tu boleh bertahan, dah usang benar komputer tu.. tapi nak buat macam mana... bukan senang nak ganti yang baru, malahan kalau ada yang baru mesti di beri kepada bahagian lain yang lebih memerlukan. Berbalik pada rayauan kami kemarin, sebenarnya tak le kemana sangat cuma, on the way balik dari Simpang 4 tu, terus la kami balik ikut Sg Baru, means that balik ikut jalan tepi pantai la.. kononnya tak release kan tension gitu.. haaa.. haaa... aper la tension sangat tu... tapi ok gak la.. pasal air tengah dok pasang, leh jugak dengar deruan ombak, hembusan bayu petang d...

Yooo...

Yooooooooooooo... dah lama aku tak update no, sori la.. aku tersibukkan diri ku dan kepala ku.. jadi langsung terkelu idea aku... Anyway memang aku takder ape citer sangat.. cuma ada dua tiga perkara yang berbangkit... setelah 3 bulan lebih kering kontang .. akhirnya air dah mula masuk kembali ke bendang.. tak der la nak panas sangat kat umah aku, dan mala hari pon mula riuh dengan bunyi katak dan cengkerik bersahut sahutan... so jadinya makinkehijauan la sekitar umah aku ni, pokok buah-buah pon makin menyubur.. dan pak tani pon mula turun ke bendang.. membajak, menebas, meracun dan sebagainya.. sebulan lagi maka makin menghijau la bumi ni.. Emm lupa lak minggu lepas ada juga aku merayau.. yer lah dah baru dapat gaji, leh pi makan kat tepi laut tu,pegi la satu gerai tu.. order ais kacang dua mangkuk, pastu kerang bakar sikit dan cucur udang.. sekali yang sampai kerang dan ais kacang je.. heh dah tak bayau lagi aku diam jer la.. tapi agak mahal gak la.. mungkin pasal dia dekat dengan la...