Skip to main content

Yooo...

Yooooooooooooo... dah lama aku tak update no, sori la.. aku tersibukkan diri ku dan kepala ku.. jadi langsung terkelu idea aku...

Anyway memang aku takder ape citer sangat.. cuma ada dua tiga perkara yang berbangkit... setelah 3 bulan lebih kering kontang .. akhirnya air dah mula masuk kembali ke bendang.. tak der la nak panas sangat kat umah aku, dan mala hari pon mula riuh dengan bunyi katak dan cengkerik bersahut sahutan... so jadinya makinkehijauan la sekitar umah aku ni, pokok buah-buah pon makin menyubur.. dan pak tani pon mula turun ke bendang.. membajak, menebas, meracun dan sebagainya.. sebulan lagi maka makin menghijau la bumi ni..

Emm lupa lak minggu lepas ada juga aku merayau.. yer lah dah baru dapat gaji, leh pi makan kat tepi laut tu,pegi la satu gerai tu.. order ais kacang dua mangkuk, pastu kerang bakar sikit dan cucur udang.. sekali yang sampai kerang dan ais kacang je.. heh dah tak bayau lagi aku diam jer la.. tapi agak mahal gak la.. mungkin pasal dia dekat dengan laut pasal dan tempat baru pasal tu lah kot..

Minggu lepas ada lah jugak minggu yang membengong kan kami kat bahagian ni.. alah macam biasa bila bersangkutan dengan system ni.. so kat sini dah ada dua system la kiranya.. satu library system dan satu web system.. satu untuk kerja-kerja berkaitan dengan library dan satu untuk laman web dan promosi library.. alkisahnya.. ada dua vendor yang buat dapat sorang satu kerja2 ni.. dan aku dan dua tiga orang kawan aku ni dok kat tengah2.. so sepatutnya kami yang dapat last end punya produk dan kami menyediakan input-input pada depa saja.. ni dah lain jadinya.. last2 depa lawan dok pertahan ego dan pendirian masing2 kami yang jadi mangsa... adusss .. malah ni pikio so aku cakap kat diaorang.. apa2 pon kami nak benda sumer nih siap.. (tapi lom siap sepenuhnya lagi..)

Emm dah pening2 pala pasal dua owang vendor nih, balik dari keja mem aku ajak balik kampung.. heh kampung dia la.. so petang nya kami pegi la kejap..tengok dah ada pokok buah yang dah nak mula masak.. satunya buah mertajam (Lepisanthes rubiginosa, Eriglossum edule) ni.. kalau kat tempat lain aku tak tau la apa orang panggei buah ni.. tapi kat sini buah mertajam la.. ingat leh gak nak merasa.. tapi burung dah sental dahulu.. tinggai lah macam ni aje.. alamat dia molopong la aku dan mem aku....

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..