Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Trip to Kuala Besut.. Day 4

Hari ni sebenarnya plan nak pi rumah rakan yang dah lama tak berjumpa, nun di Pasir Mas nuh.. tapi itu la hujan dan turun dari malam sampai ke siang tak  mau berhenti-henti atau berhenti sekejap pastu turun balik.. jadi malas lah pulak nak gi jalan-jalan macam ni, bawak budak-budak rasa macam payah je, jadi berlingkar saja lah dalam rumah.. makan kopok leko.. makan nasi ulam bagai.. Tengahari tu gi sembahyang jumaat masjid dalam kampung Raja tu saja lah.. Menjelang petang sikit tu ada juga la masa sikit, sempat pinjam motor dan pergi main pantai, kalau tak si Athirah tu memang takkan puas hati tak leh nak tengok laut dan juga main pantai.. layan juga la walau pun sat..  Jadi lah boleh main walaupon sebentar.. oh Athirah pon dah ada geng kat sini, Qistina nama dia.. boleh ajer lah depa main, ada jugak kawan... Main pon tak dan lama, dalam 15 minit macam tu, hujan pon datang balik.. so balik jer lah.. Hujan ni membawa sampai ke malam dan pagi esoknya ju...

Trip to Kuala Besut.. Day 3

Hari ni baru lah pergi makan gulai (makan kenduri la...) di Kampung Cherok Ruku.. ingat kan di manalah tempat ni, atas Google Map terasa macam jauh saja lah, tapi tu lah bila bawak orang kat sini dia kata dekat jer.. Tak sampai pon 20Km. Hmm bangun pagi dah hujan.. lebat pulak tu, tapi tak lama la.. tapi berenti sekejap datang balik.. mau tak mau redah ujan saja lah makan kenuri kali ni.. gambar sejurus sebelum hujan..  Sampai kat umah pengantin masih awal lagi, terpaksa patah balik ke homestay tempat pengantin menginap, lepas tu baru gerak sekali lagi ke masjid depan rumah pengantin tu.. Alhamdulillah majlis akad nikah jalan dengan sempurna, lepas saja akad nikah hujan pulak turun .. hmm menjamu selera dalam suasana hujan la.. Balik sampai umah dah kol 3 dah.. dah siap sembahyang bagai bagi Anieff tidur, depa ajak ronda Pekan Jerteh la pulak, hmm layan je la.. bawak Anieq juga dua tiga orang lagi, msepanjang jalan tu redup saja macam nak hujan..  S...

Trip to Kuala Besut .. Day 2

Bangun pagi rasa sejuk je.. badan masih leth tapi nak tidur balik rasa tersangat lah malas nya.. jadi duduk je kat beranda rumah, hmm cuaca tak panas tapi redup saja.. hmm rasa macam nak jalan-jalan gi pantai lak.. dari jauh dok dengar deru ombak menghempas pantai.. Yang lain-lain masih bersantai kat tempat tidur cuma Abg Ngah jer lah yg bangun awal so ajak Abg Ngah jalan gi pantai.. tak jauh dalam 1km je jalan..  Tak sempat lah nak berlama-lama, tengok langit tu makin mendung saja, tapi ombak tak de la kuat sangat biasa saja.. jadi rasanya macam musim tengkujuh belum tiba lah kot.. Jadi dengan harapan balik sekejap makan-makan, boleh la bawak Athirah sama juga dengan perkakasan depa yang nak main pasir tuh.. Balik sampai umah, kena sarapan bagai.. baru nak tukar seluar, hujan turun... rosak program.. dah tu hujan seharian pulak tu.. Petangnya dah tak boleh nak pi mana maka depa pon bawak keluaq kopo lekor lagi la dengan cicahnya sekalai juga air teh panas se jag be...

Trip to Kuala Besut..

Program yang asalnya tidak dirancang, akhirnya jadi rancangan last minute.. asalnya hanya program sehari di Batu Feringghi Pulau Pinang.. tapi bila di ajak untuk berkonvoi ke Kelantan untuk makan kenuri.. jom aje lah dah nak bercuti kan , tapi kami tak follow konvoi la.. pergi awal sehari dari konvoi..  Kami bertolak seawal Jam 9.30pagi dari Rumahh Tok Pah , macam biasa la bawak Tok Pah.. boleh jugak tengok-tengok budak-budak kat belakang tu.. Perjalanan yang agak lancar tanpa hujan maupon kesesakan jalan.. kali ni kami redah saja Jalan Lama selepas keluar plaza tol Gurun - Jerlun-Baling -Pengkalan Hulu-Kg Raja, Kuala Besut, Singgah sebentar untuk makan di Dataran Titiwangsa dalam pukul 2.15 petang untuk makan, macam biasa juga bekalan makan di bawa.. jadi tak bimbang, juga tak payah nak beratur beli makanan..  Sampai di Kg Raja Kuala Besut dah pukul 5.30ptg... Cuaca elok jer tak redup tak de mendung apa pon.. malam nya tiada apa rancangan. Makan kopok lekor ngan ...

Sekolah Kita

PENDIDIKAN SATU PERLUMBAAN ZAMAN BATU. Kami dipanggil untuk memberikan pendapat kami tentang perlaksanaan SPPBS (Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah) oleh admin kumpulan pembantah perlaksanaan SPPBS. Lalu kami membuat sedikit semakan dan kajian mendalam tentang SPPBS dan mengapa sebahagian yang tidak bersetuju dan ada sebahagian pula yang bersetuju.  Pada mula kami mendengar pengumuman perlaksanaan SPPBS, kami merasa gembira kerana sistem pendidikan kita mula menghampiri sistem Talaqqi yang diamalkan dalam konsep pendidikan Islam zaman nabi dahulu. Sistem itu mampu menghasilkan cendakiawan Islam yang pintar dalam segala bidang. Barangkali, islah kali ini dengan pengenalan SPPBS akan membuka lembaran baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tetapi, ia masih terlalu awal untuk kami nyatakan ia baik ataupun buruk. Kadangkala, satu idea itu baik hanya pada peringkat idea tetapi pada peringkat perlaksanaannya, ia jadi lain pula nanti.  Apa yang merungsingkan k...

Jom Baca..

Susah sungguh.. nak ajak Athirah baca buku, kalau kita suruh pon dia pegang buku dalam lima minit lepas tu terbang lah ntah ke mana.. tgk aktun kat tv la, tengok kucing la, main la.. kejap abang ngah kacau, kejap-kejap adik lah curi buku hu hu, susah sungguh... Dok pikir la jugak macam mana la nak buat.. hmm last last bawak balik lah buku kita baca lak kat rumah... sekalai haa tengok macam mana..  Haaa tengok... depa pon kalut nak membaca juga.. adeh la macam ni kena selalu buat lah.. moga moga berterusan la.. kita pon kena bagi semangat juga la dengan membaca bersama depa... owh owh.. apa yang pak depa baca sampai anak-anak pon teringin nak baca sama... V V V V V ha ha boleh lah gitu kan..?

Tahniah Ayong!

Dah dua tiga hari dia dok peringat, cikgu suruh pi sekolah pada hari kecemerlangan nanti, lepas tu juga dia dok bagitau yang cikgu dok suruh masuk latihan terima hadiah, macam tak percaya pon ada.. dengan akai dia yang jenuh kadang-kadang jenuh juga nak tapis mana yang betul mana yang tidak samapi kan boleh letak chop dari 10 kenyataan dia hanya 3 yang boleh di pakai, yang samada dari khayalan atau tokok tambah dia sesedap rasa saja..  Payah juga nak percaya, bila tanya dia anugerah apa dia dapat, dia kata anugerah murid paling ceria dan banyak bercakap.. ha ha x heran la pasal tak kira sapa dia boleh sembang, baik cikgu-cikgu, gurubesar pon dia layan, malahan Tauke kantin pon dia boleh buat geng.. ramah sungguh la anak ku sorang nih.. Tapi untuk tidak menghampakan kami pergi jugak la, layan saja lah karenahnya..  Sampai di sekolah baru lah tau, rupanya dia dapat juga anugerah kecermerlangan, result dia ok juga lah, dia dapat 10 terbaik dla kelas dia dan no 13 dari ke...

Melawat tok ayah

Hmmm lama juga x Blk kg Melawat tok ayah, jd ari ni lepas mama Blk kelas Jom la Blk sg padang.... Tengok2 depa gi sawah menyulam padi, hmm Jom she gi bendang, nama saja Dok bendang to tak penah main bendang, Hari ni terlepas, maka berlarian la depa pi Kat tok ayah

Dah November dah...

Cuti Sekolah dah dekat ni.. hmm apa plan?