Skip to main content

Hari ke 4 dah...

Alhamdulillah.. dah masuk 4 hari berpuasa hari ni... dan nampak gayanya hujan yang di sangka akan berpanjangan.. tidak terjadi rupanya, selepas hari pertama hujan dengan lebatnya selepas teduhnya tiadahujan yang lebat, adapan hujan sementara di dua tiga tempat atau sekadar rintikdan gerimis yang mengundang....

Semalam juga Athirah berjaya berpuasa penuh.. tengok macam dia seronok saja walaupun kadang-kadang macam tergoda dengan godaan si adik Anieq yang makan dan minum di depan dia. Namun hasil pujukan mama maka surut kembali gelora yang melanda. Hasil dari kesabarann dan ketahanan dia boleh la bawak pi pasar Ramadhan, he he macam biasa mesti rambang mata lah kan macam2 lah yang nak di beli, dan sekali lagi pujukan mama dan juga abah dia berjaya menahan gelora nak membeli.. oh ramai juga orang kat pasar ramadhan Kuala Perlis nih, macam-macam juga juadah yang ada.. tapi akhirnya masakan mama juga yang sedap.. jadi banyak nya meronda dan beli makan sampingan saja..

Oh sahur ni, dia payah juga nak bangun, terpaksa berdua juga kena gerak kan, dah bangun nangis nak tido balik, tapi sekali dah duduk kat meja makan, maka mulut pon mula berkicau.. ha ha sampai saat post ni di taip, masih belum tidur .. ha ha haru nya anak Abah ni.. propa lebih ooo....

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....