Skip to main content

Anieq Nu'man..



Dah lama sebenarnya tak ada cerita tentang Adik Anieq kan? Rasanya last bercerita Adik Anieq masa dia baru nak mula menapak hari tu, lepas tu langsung tak ada cite. Sekarang ni adik Anieq dah bebas berjalan sana sini, malahan sesekali dia mengajuk kakak dia melompat, tentulah la dia tak boleh melompat lagi cuma aksi tangan dan kaki saja macam melompat. Seperti entri terakhir tentang adik Anieq kalau dulu dia mumbling saja nak bercakap tapi sekarang dah boleh faham apa yang dia cakap, tapi sudah tentu banyak percakapan dia masih belum di fahami. Ada beberapa perkara kalau dia hendak dia mintak dengan jelas, Contohnya kalau dia nak susu, dia cakap  ' nak nenen', pergi mana-mana kalau nak balik ' jom alik', malahan kadang-kadang tu dia dok menyanyi, lagu rasa sayang la, nenek la, mungkin ikut kakak dia menyanyi kot.

Dah pandai naik basikal..
opps angkat kena tolong la
Anieq 1Tahun 8Bulan..
Adiek Anieq nih memang cakap banyak, dah tu pulak kalau dia kata tak nak, memang dia tak nak, kalau tak nak makan memang dia tak makan, kalau suap juga memang dia sembor aje, entah lah nak ngikut sapa yang nih, Secara fizikalnya adik Anieq ni baru jer 10kg berat, dah surut badan sejak pandai jalan nih, dulu penah naik sampai 11 kg lebih. tentang makan tak la susah sangat, sejak dia berenti makan moi (bubur nasi), mungkin dah jemu, macam2 dah makan, nasi , bihun sup atau roti memang tak tolak.. Roti Gardenia biasa yang 60sen tu dia makan habis satu buku.. kakak dia pon tak makan macam tu.. 

tinggi tak saya..?
Meraikan b'day dengan Athirah..

Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..