Skip to main content

Belasungkawa...





Pasangan Kembar Terbunuh Dalam Kemalangan Di Kangar


KANGAR, 10 Jun (Bernama) -- Sepasang saudara kembar terbunuh dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah motosikal dan kereta, di persimpangan kilometer 2.7 Jalan Raja Syed Alwi, di sini Rabu.

Aishah Kamis dan kakak kembarnya, Fatimah, masing-masing berumur 22 tahun, terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta dalam kejadian pukul 6.30 petang.

Pegawai Turus Trafik Perlis ASP Rosli Yahaya berkata Aishah yang menunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala, Fatimah yang membonceng dan sedang mengandung dua bulan, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pukul 9.45 malam Khamis.

Katanya pasangan kembar itu dalam perjalanan dari Kangar untuk pulang ke rumah di Kampung Tok Kaya dekat sini apabila tiba-tiba sebuah kereta yang hilang kawalan gagal berhenti di persimpangan lalu melanggar mereka, mengakibatkan kedua-duanya tercampak dari motosikal.

Kereta itu yang dipandu seorang warga tua berusia 67 tahun turut tercampak ke dalam sawah berhampiran namun pemandu kereta dan isterinya hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HTF.

Katanya pasangan kembar itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah selesai membeli barangan untuk dijadikan hantaran perkahwinan ibu saudara mereka.

Sementara itu, ibu mangsa, Nirat Shafie, 69, berkata Aishah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di HTF dan Fatimah bekerja sebagai pembantu tadbir kewangan di Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sini merupakan anak keenam dan ketujuh daripada tujuh beradik.

-- BERNAMA
*** untuk makluman, pasangan kembar ini merupakan adik kepada bekas pengasuh adik Anieq yang mula-mula, si kakak agak rapat dengan adik Anieq,malahan semasa pengajian mereka di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Pauh Perlis, mereka sering datang untuk bermain dengan adik Anieq di rumah kakak mereka di Kg Tanjung Buluh, Behor Lateh Perlis. Sangkelu seisi keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga pasangan kembar ini, semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..amin... Al Fathihah.


Picture: 
Credit to Bharian, UMalaysia, HMetro.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....