Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Kad Raya dulu dan sekarang..

2006 2007 2008 Hmmm.. edisi kad raya aku dulu hingga lah sekarang, kali pertama akumasukkan kad raya ialahpada tahun 2006, masa tu takpandainak edit gambor pon lagi.. jadi akuscan saja kad raya yang pejabat dapat tuh, dan aku letakkan saja kat sini, janji ada tanda kad raya kan... kali kedua tahun lepas, aku dahpandai kot sikit nak potong-potong gambar nih, lepas tu pandai lak cari kad dalam internet, dan lepas tuh editkan kad raya tuh masukkan gambar aku. Masa nih baru abis kelas Photoshop .. jadi boleh la dok apply kat sini.  Tahun ni pulak, aku kurang berkesempatang nak buat kad yang canggih-canggih macam tuh, cuma pakai satu dua program aku tempet saja gambar kami bertiga kat situ, tu pon nasib baik sempat buang selotape yang terlekat kat kad raya tuh... kalau tak masih ada selotape tu... jadi boleh terima lah ye... ?

Kad Raya...

Sangkelu Sekeluarga Mengucapkan  Selamat Hari Raya Kepada Semua Pembaca, Pengunjung Mau Pun Pengintai Blog Ini, Jika Ada Sebarang Terkasar Bahasa, Tersalah Bicara,   Yang Telahmenyinggung Perasaan Samaada Sengaja  Atau Pon Tidak Sengaja, Maka Saya Menyusn Sepuluh Jari, Memohon Ampun Diatas Segala Silap Dan Salah,  Dikeheningan Syawal Yang Bakal Tiba, Terima Lah Kad Raya Yang Tak Seberapanya Ini..  Terutama Mereka Yang Disenarai Di Bawah.. Yang Lain-Lain Pon Digalakkan Juga Untuk Menerima kada Raya Ini.. Adiejin Alangz Anak Perlis aspirasi baru Atiqah Nasir Azam Supardi azhar ahmad Azura BB - ellaila cepatmembaca CeritaNini cikgu wiween cikinmohd Delinn Dr Azwan Farra fergie2nana firani Honeybiru Joe Bangla Kacangpoi Kak Luna Ku Ina Mak Andeh nadiayuna Neeza Shahril outdoorfreak-AD Pandora rentis risanur rossejingga sal Sarah T sedetikhati Sue Cherif tok rimau umimia viruspadu Wan Hidayat wanshila waterlily Zure

Jom Balik Raya....

Ye... ye jom pakat-pakat balik raya, walaupu ssetengah orang ada yang dok pertikaikan kenapa setiap kali raya, mesti jalan bersesak-sesak untuk balik kampung, penggunaan minyak bertambah, dan kadar kemalangan juga mencanak naik, he hee itu tandanya kemeriah musim perayaan, beraya buka sekadar bercuti dan berehat di rumah selepas sembahyang Sunat Aidil Fitri, tapi bertemu dengan saudara mara, rakan taulan yang dah lama terpisah kerana masing-masing berhijrah untuk mencari reseki di haluan masiang-masing lebih membawa makna, mengerat ikatan silaturrahim lebih membawa erti. Kerana itu orang sanggup berseak-sesak di jalan raya, memenuhi stesyen-stesyen bas, dan kereta api, yang lebih berada memenuhi lapangan terbang untuk balik kampung. Biarlah kita habiskan sedikit harta yang dikumpul sepanjang tahun demi berjumpa ibu bapa dan sanak saudara serta taulan di kampung. Jadi kemeriahan nya amat di rasakan. Hari ni, jam 5.30 petang, sekitar bandar Kangar.. mula kelihatan kenderaan-kenderaan yan...

Ucapan Selamat Hari Raya

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari seluruh warga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Pejabat di pecah masuk..???

Pagi nih, baru saja aku punch card (err thumb print) saja kat opis, tengok staf admin dan kewangan tengah dok kalut-kalut tengok sana sini dalam pejabat  tu, hmm aku jengok juga la pasal apa yang depa dok sibuk sangat tuh, bila jengok dalam opis saja baru la aku nampak keadaan berselarak dalam tuh... isk tengok macam orang baru lepas bolos masuk dalam opis saja ...... Tengok tu, habis la hiasan hari raya depa ni. Memang amat musykil kan? Sudah lah masuk melalui siling, lepas tu selerakkan fail-ail dan dokumen yang ada di rak dan juga di tray meja tu, lepas tu main telefon pulak - entah dengan sapa la di bergayut, lepas tu pulak di rosakkan hiasan hari raya tu, sungguh amat-amat musykil.. ntah la apa yang di cari oleh si penceroboh nih? Mungkin juga dia cari dokumen tender? Mencari cek pembayaran yang lewat di hantar, atau mencari keputusan temuduga yang belum lagi dikeluarkan?  Tapikan.. yang herannya, depa kat sini masih rilek saja... takdak pulak kata nak repot kat po...

Malam Lailatul Qadr

MALAM LAILATUL QADAR Oleh Syaikh Salim bin 'Ied Al-Hilaaly Syaikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al-Qur'an Al-Karim, yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Umat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini, akan tetapi mereka berloma-lomba untuk bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah. Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur'aniyah dan hadits-hadits nabawiyah yang shahih menjelaskan tentang malam tersebut. [1]. Keutamaan Malam Lailatul Qadar Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman. "Artinya : Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, tahukah eng...

Duit Raye.....

  Hmmm.. bukak jer ointu rumah malam ni terpandang pulak ada mesej untuk mengambil duit raya ni dari Cikin , terima kasih aku ucapkan.. hmm kiranya ini lah pertama kali aku dapat duit raye dalam blog nih heheee.. he eee.. any way untuk pengetahuan Cikin dengan duit raye ni boleh aku, mem dan athirah berbelanja sesuka hati lah kan, boleh beli ketupat dan rendang, beli baju raya Athirah, beli kasut raya kat dia, juga tak lupa boleh juga beli mercun dan bunga api (juga duit buat denda main mercun dan bunga api).. he hee sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih yer cikin... Oleh kerana kegawatan ekonomi, tapi hajat nak bagi duit raya tu masih ada juga, aku bagi ajer lah duit raya baru nih kepada mereka di bawah untuk di kongsi bersama-sama dengan orang yang tersayang.. he hee harapan aku semoga hari raya tahun  ni walaupun ekonomi kurang memberangsangkan, dapat lah juga bergumbira lah yer.. duit raya yang dapat tu dapat la di gunakan secara berhemat..  :),  BB ...

Dah besar rupanya budak nih..

Kereta Idaman...

Operasi mencari mood raya..

Hari ni kan, sampai saja kat pejabat tengok-tengok dah ada hiasan untuk memeriahkan hari raya, hmm aku pon naik semangat la tumpang nak bagi meriah lagi, keluarkan lampu lip lap tu, pastu teruskan menggantung macam kat atas sesuka hati ku.. hu huuu ada jugak sikit mood nak raya kan..?

Hujan Pagi....

Bangun pagi ni lepas subuh tengok langit mendung jer, lepas hantar angah Athirah pi keja, ingat balik boleh la sambung tido... sampai jer umah golek sana, golek sini hujan lak turun.. ini dah kes cantik.. tapikan.. Athirah lak dah jaga, dan tak mahu tido-tido dah, isk melepas la niat nak tido sepanjang pagi ni....   Lebihkurang dalam pukul 11 pagi keluar lak gi amik mak mertua nak pi tengok perabot terpakai kat jalan Changloon.. tengok punya tengok punya tengok tak der yang berkenan.. langsung tak amik apa-apa. Jadi patah balik la. On the way patah balik tu melencong pulak ke ladang tebu, ke Kilaang Gula Felda Perlis nak gi amik angah Athirah yang kerja sekerat hari tu, oleh kerana jalan yang tak berapa elok, terhentak sana-hentak sini, mem aku lak terasa nak membuang, so singgah lak kat rumah adik beradik aku nih, dah lama tak pi, rupanya dah 4 tahun depa pindah dok umah baru,  bermakna dah 4 tahun aku tak pi la, depa ni dok kat rumah yang disediakan oleh Kilang Gula Felda ...

Nat.. Bunga-bunga nak raya

Okeh, biasanya ada laporan dari Pasar Malam dan Pasar Ramadhan kan.. hari ni aku bawak laporan dari Nat (Pasar Sehari) yang berdekatan dengan rumah aku (dalam 1km), oleh kerana sekarang dah 12 hari puasa  di nat hari ni meriah dengan lagu hari raya, jadi semangat membeli untuk bebuka puasa dan berhari raya adalah tinggi.. (err.. nanti aku sambung yer... )

Awasi Babyrazzi

Awas... jangan berlaku tak senonoh, jangan over exposed, kerana Babyrazzi ni akan berada di mana-mana untuk menangkap gambar anda, dan jangan juga terkejut nanti gambar anda akan masuk blog candid nya.. he he... Hmmm.. semenjak dua menjak begini la budak Tieah nih, dengan hanphone N70 mainan tu, kalau apa-apa sikit dia akan amik gambar, lepas tu akan tunjuk la kat mama ka, kat abah dia ka, kat angah ka "nampak tak.. nampak tak.." Hari selasa lelpas, bawakla dia gi jalan-jalan naik moto pusing kampung, di bawaknya hanpone mainan dia tu, lepas tu kalau tunjuk kat dia ada kemabng ke kat depan, lembu ke, orang sedang memancing ke.. akan di bawak keluar hanphone dia tu dan tangkap gambar sana sini, uhhh dari sapa di tirunya perangai ini..????? 

Bila masa ku lapang

ari ni, sebenarnya aku mengantuk sangat, dah tu pulak tak berpeluang nak merayau-rayau, yer lah hari ni kan dah 2 hari UPSR, dan ada sekolah yang cuti pasal kelas di gunakan untuk di jadikan dewan peperiksaan, jadi pagi-pagi lagi dah ada 'user' yang datang.. bila-bila musim berpuasa ni, rasa mengantuk tu memang sentiasa akan datang.. hisk... jadi aku pusing sana.. pusing sini tengok ada lak novel remaja yang baru-baru.. hmmm entah macam mana aku boleh terlepas pandang... jadi aku sambar jer lah satu dua, dan aku pon baca lah yang kat atas nih hari ni..  Okeh, jalan citer dia memang lah sesuai untuk para remaja, mungkin antara umo 11 - 16 tahun macam tu, cerita yang agak simple dan penggunaan bahasa yang agak mudah, tak dak lah nak berbunga yang macam nak rak tu. Tapikan.. bila dah sampai kat tengah-tengah jalan citer dia dah agak heavy, berat pada pendapat aku untuk awal-awal remaja, ada sesetengah  istilah, para dan metafora dia tuh seolah-olah sesi pengenalan kepada seks......

Operasi makan-makan

antara tempat yang di gemari seisi keluarga kalau mencari ikan segar - Kuala Sungai Baru, Perlis dengan menggunakan dapur ajaib diatas, memanggang ikan ni hanya makan masa tak sampai 1/2 jam.. sila khabarkan jika siapa-siapa pernah ternampak spesis dapur ini di mana-mana. Begini lah kaedahnya posa tahun ni, bila ada masa lapang maka akan berkejaran la pergi mencari ikan untuk di bakar petangnya, adalah lebih menjimatkan beli ikan yang tak sampai sekilo, biasanya anatar 400 - 600 gram sahaja, yang harga nya antara 6 - 8 RM.. kalau lah di beli yang siap di bakar di Pasar Ramadhan, maka harga nya boleh mencecah 15 - 20 RM.. hmm jimat lah jugak kan, dah tu pulak boleh di bakar sesedap rasa mengikut selera masing-masing, disamping boleh di jamin kesegarannya ( mengikut kepandaian orang memilih). Ikan yang sekor ini , hanya dua orang sahaja yang meratahnya, dan antara dua orang yang meratah itu sudahsemesti orang yang bawak perut itu yang lebih mendominasi.. adeh yang sorang lagi tu ke...

Siri jalan-jalan pasar Ramadhan...

Seperti yang telah di janjikan.. jika berkesempatan maka aku akan muatkan siri Jalan-jalan pasar Ramadhan.. dan kali ini Pasar Ramadhan Simpang Empat menjadi tempat kunjungan, untuk pengetahuan, Pasar Ramadhan Simpang Empat ini ada lah kali ke dua ku kunjungi.. kali pertama kalau tak salah hari kedua puasa, dan masa kunjungan  kali pertama aku sempat terserempak dengan mantan Menteri Besar Perlis yang lalau DS Shahhidan Kassim.. emm nampak segak bergaya memakai jubah bewarna putih dan berketayap. Datang bersama dengan beberapa orang pengiring dan juga drivernya (emm masih berdriver tu...) dengan menaiki Mercedes hitamnya itu... Okeh berbalik kepada Pasar Ramadhan Simpang Empat ni, dari tinjauan aku harga barang memang meningkat naik, tapi masih dalam kategori harga barang di Perlis, harga kuih mueh masih sekitar 4 - 3 bijik seringgit.. mungkin hak 4 bijik seringgit tuh kueh yang kecil-kecil la.. dan besar besar dah jadi 3 bijik seringgit,  harga makanan lain aku dapati macam...

Ramadhan datang lagi...

(gambo lama... recycle masa athirah umo 4 bulan) Hari ni dah 6 September, bermakna juga dah 6 hari kita berpose.. dan juga bermakna 6 hari aku tak dak mengeluarkan sebarang entry.. apa dah jadi dengan aku, adakah kerana berpuasa maka idea aku juga beku? atau kerana berpuasa aku terlalu sibuk menyebabkan tiada masa nak ber entri.. atau sebenarnya aku bercuti dari entry..? jawabnya aku sendiri pun tak tahu.. apa yang aku tahu aku jadi segan nak tekan butang 'new entry'.. yang ada pon kalau aku masuk dashboard untuk tengok kalau ada komen untuk di kemaskinikan.. lepas tu aku merayau-rayau entah kemana.... Masuknya bulan Ramadhan bagi aku banyak mengimbau kenangan lama, kenangan berpuasa semasa kecik, zaman mengaji Al Quran, zaman sekolah, zaman bekerja dan juga zaman-zaman semasa arwah mak masih ada... semuanya banyak meninggalkan kenangan dan juga nostalgia, yang mana banyak mencorak pola hidup aku  sampai sekarang.. dan bila masuk zaman selepas bujang memang dah berlainan jadi...

Salam Ramadhan