Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

Aksi Athirah

Ni gambar yang aku baru dapat.. tengok tu betapa seronoknya Athirah mandi.. ni mesti gambar kat umah pengasuh dia, dia ni memang suka main air, mesti nangis-nangis nak berendam dalam baldi tu.. kalau tak di turutkan! Isk lasak sungguh dia nih semenjak dua menjak nih, mesti sejuk ni mandi kat luar umah, tapi bleh tahan lak dengan sejuk.. kalau nak kira tu tak berap aelok la sejuk2 mandi kat luar umah.. Gambar ni di hantar oleh maksu dia, sebahagian dari AJK pengasuh Athirah.. he hee hebatnya dia.. sampai beberapa orang kena mengasuh dia, kalau tak letih la, di ani bukanleh dok diam, asyik nak bergerak saja.. hmm sekali aku tengok gambaq ni sedih juga.. tapi dah tau dengan perangai Athirah ni.. hmm aku senyum saja la..

Sesekali bersenandung...

To' Ki (Rozek / Dandi) Hampa Ku ditinggal senja Malam menghampiri Sendiri ku dalam menanti Segera oh angin sampaikan rinduku Terlupakah kau pada janjimu Ketika bersama rindu bergelora Perpisahan menikam jiwa Kau pandai mengusik kau pandai mengoda Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja Apakah ertinya ucapan manismu Kau merinduiku Mungkin hanya aku Yang membiarkanmu menipu diriku ( korus ) Biar luka menyiksa jiwa Biar kasih tak kunjung tiba Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda Aku hanya insan biasa Lemah pada rayuan manja Terlena dibuai mesra Pada cinta yang hampa... Di malam yang sunyi Sepi menyendiri Ku hulur dan menyusun jari Ku pohon kau ubatikanlah rinduku Bayang kasih dalam mimpiku Menikam kalbu... ( korus ) Biar kasih menyiksa jiwa Biar ku yang mengemis cinta Kerna sejak dari mula Diriku yang tergoda Aku hanya insan biasa Lemah pada rayuan manja Terlena dibuai mesra Pada cinta yang hampa... Oh... oh... oh ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Hu hu ....

Negeri ku oh kampung ku!

Sudah lama tak update entry aku ni.. entah la pasal apa..? kadang-kadang ada idea.. tapi sekerat jalan dah ilang mood nak menaip.. so tak der la update.. dah tak der mood nak buat entry tapi sempat juga bekemas-kemas , tukaq theme lagi kat sini biru dan hijau.. sejuk mata memandang.. nak mengcover suasana masa ni, but masa ni kat sini masih lagi panas, kering dan kontang.. tapi Alhamdulillah bekalan air masih lagi ok.. tak der la terputus terus.. cuma sesekali je tak da.. mungkin depa dok buat maintenance kot, pasal tu bekalan air diputuskan. Selain dari panas pasal cuaca, sekarang ni musim demam, demam pilihanraya! Satu demam yang boleh juga membawa kepada beberapa jangkitan lain seperti, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga tekanan jiwa. Iya lah.. memang lah begini adanya.. bagi yang calon calon, dan penyokong-penyokong yang fanatik dan ekstrim nih, bermacam-macam kisah yang berlaku, macam-macam peristiwa yang terjadi yang kisahnya dah menjadi gah di seluruh negara. Satu hal ...

Selamat berbahagia buat kalian...

Selamat Pengantin Baru buat Alangz dan Zure.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. Selamat Menempuh Alam Rumah tangga.. dahsyat korang yek.. siap sediakan khemah khas... huhuu.. ops!! delinn.. sori pinjam gambo ekk!!

SAY NO TO VALENTINE'S DAY..

ELAK SAMBUT VALENTINE’S DAY Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi. Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau bunga yang bertuliskan perkataan ‘ I wish you will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi....

Athirah dan sepupunya

Potret dua orang sepupu yang beza umurnya hanya 3 - 4 bulan sahaja.. setelah sekian lama depa berjumpa, tanpa ada rasa ikatan apa apa.. tapi malam ni.. bila berjumpa kembali.. dah terasa ada bibit kemesraan antara mereka.. Aku teruja sebenarnya.. sama ada Athirah nak bagi pose yang istemewa atau akan terus bermain dengan mainan dia tu.. jadi aku cuba-cuba sahaja la buat pose ni.. emm bila aku keluar kamera aje.. sepupu Athirah, Eifa.. terus tersenyum dan kerenyeh, emm tentu aksi begini yang dapat kalau dah biasa dengan kamera kan.. dan si Athirah lak tu masih terus bermain.. jadi aku cuba-cuba sajala buat-buat tangkap gambar.. hmmm at the moment keluar lampu flash kamera yang berkelip-kelip tu.. tiba-tiba jer si Athirah tu pandang kamera dan dapat lah pose yang pertama tu.. dan utk pose kedua tu dia mula beri perhatian,.. pose ketiga tu dia dah seronok sangat dah.. tapi sayang.. tak boleh lama.. pasal bateri kamera dah nak abis.. dapat 3 shoot dan tiga-tiga nya boleh pakai kan..?

Aksi Athirah : Muzium Padi Kedah

Sebenarnya tak ada apa sangat yang nak di laporkan.. cuma hari ni.. teringin pulak nak berjalan-jalan.. selepas hilang letih pi Langkawi.. cuti ponmasih panjang so kami pergi la berjalan-jalan.. target kami ialah Muzium Padi dekat Gunung Keriang kat Kedah.. dalam kol 4 petang lebih.. kami bertolak la.. tapi sayangnya bila sampai sana tengok-tengok Muzium ni tutup pokol 5 petang.. isk lewat dalam 5 minit saja la... mana lak tau yang tutup awal.. dah la baru dok cari jalan.. Tengok kat sana masih lagi ramai yang dok berkeliaran kat kawasan tu.. hmmm jadi kami amik la kesempatan tangkap gambar kat area tuh.. boleh la si Athirah tu berposing sakan.. dalam pukul 5.30 lebih kami keluar dari kawasan tu.. dan Pi Kaki Gunung Keriang.. tengok kat situ ada banyak jual batu Kristal yang hidup.. ramai betul orang kat sana .. nak parking pon susah , mama Athirah dok chek batu-batu tu.. dan sempat juga beli sorang satu rantai tangan denagn Athirah.. he hee ada juga keja diorang kan.. dan Athirah ...

Seronoknya dia...

Akhirnya, setelah hampir sebulan berjanji untuk menjayakan sesi mini jalan-jalan ke Langkawi, jalan-jalan ni adalah atas inisiatif mem aku sendiri la, dia yang nak gi berjalan sangat, sampaikan semuanya dia uruskan sendiri.. hu huu.. aku goyang kaki saja la.. Bila sebut nak Langkawi.. sudah semestinya yang bermain di kepala aku adalah wang.. dan sekali rupa-rupanya budget juga telah di buat.. dam aku tambah-tambahkan saja.. he he ok lah tu.. Jadi pada 06 hb tu kami bertolak la se awalnya ke Jetty Kuala Perlis dengan batuan sepupu aku yang menghantar kami. Dan malangnya bot terawal yang boleh dapat ialah 9.30 pagi.. sedangkan bot 8.45 masih lagi belum bertolak.. hu huu dasar ulat bot! Maleh nak berbicara lanjut kami masuk ke tempat menunggu, sambil dok teropong sana sini kalau-kalau ada peluangboleh mencelah nak naik bot awal itu, mungkin berkat kesabaran kami itu, dengan tiba-tiba ada juga peluang naik bot awal itu, dari 30 - 40 menanti .. lepas dalam 15 orang untuk naik ...

Panas, kering & hujan

Pemadangan sawah yang kering kontang selepas di tuai. Matahari yang meredup di kelilingi oleh asap pembakaran jerami Gabungan awan tebal dan juga asap pembakaran jerami menanti masa meluruhkan hujan.. Begini la cuaca di Perlis sekarang ni, Panas.. sungguh panas.. suhu boleh mencecah sehingga 35 Darjah Celcius.. hu hu dan di jangka akan terus meningkat, ini adalah kerana aktiviti pembakaran jerami padi yang sedang giat dijalankan. Musim menuai masih belum habis.. masih ada bendang-bendang yang masih belum di tuai terutamanya di hadapan rumah aku, seberang jalan tuh.. walaupun semalam dah ada yang di tuai, tapi masih banyak yang belum.. Untuk makluman juga, Perlis yang terkenal dengan produk salju hitamnya buat pertama kali tahun ni, jumlah salju hitam telah berkurangan dengan drastiknya berikutan dengan pengurangan kawasan tanam tebu oleh Felda, ini adalah kerana penanaman gantian getah didapati lebih menguntungkan.. dan dijangka tahun depan merupakan musim terakhir musim tebu Felda di...

Insan Popular

Siapakah insan popular di Perlis sekarang ni, ni adalah satu bancian yang saja-saja dan suka-suka di buat oleh satu laman web yang bukan berasas kan politik, yang hanya untuk suka-suka sahaja.. orang-orang yang di pilih untuk di undi terdiri dari Ahli Politik, Pelakon /Pengacara/ Selebriti yang sedia di kenali, bahkan juga ada wartawan dan juga rakyat biasa ya. Hasil yang aku dapat petik dari sini tak lain tak bukan ialah nampak sangat bahawa pilihanraya dah dekat.. orang boleh melupakan hiburan, melupakan masalah sosial dan sebagainya.. yang menjadi perhatian sekarang ialah bila pilihanraya nak mula?

Tanah Jerlus di tambun Tulang Perlis

KANGAR (Utusan) 2 Feb. - Larangan pihak berkuasa agar orang ramai tidak mengambil air daripada lubang yang terjadi akibat kejadian tanah jerlus di Kampung Tambun Tulang di sini, tidak dihiraukan apabila mereka terus berkunjung untuk mengambil air yang dipercayai boleh menjadi penawar penyakit tertentu. Tinjauan Mingguan Malaysia hari ini juga mendapati kain rentang melarang perbuatan itu yang dipasang oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah dikoyak dan dibuang ke dalam parit berdekatan. Malah, berhampiran lubang itu juga kelihatan kulit-kulit limau dan akar sintok yang dipercayai digunakan pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan tertentu. Seorang penduduk kampung itu, Kamaruddin Kasim, 50, berkata, dia terkejut dan kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. “Tindakan membuang kain rentang amaran itu boleh menyebabkan orang yang tidak mengetahuinya terus mengambil air dari lubang tersebut yang telah disahkan mempunyai keasidan yang tingg...