Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2006

Awas!!

Dah lama aku tak update! Kerana agak bz dengan bazar merdeka.. sibuk dengan berkawad.. nampak gaya tahun ni berkawad dan bermacam aktiviti lagi... nanti la kalau aku sempat aku update lagi yer.. oo ni ada pesanan dari sowang kawan aku.. soo take care yer! Sekarang bulan puasa bakal menjelma.... .....berhati- hati..... ...be careful of Kurma Yahudi ... Tolong Distribute! Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.Ia ditanam di satu kawasan l uas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dib...

Mengenang sebuah kisah yang Agung!!

PERISTIWA Israk dan Mikraj mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan umat Islam teladan bagi menimbulkan keinsafan dalam diri untuk ke arah kebaikan. Di antara pengajaran itu ialah: l Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah dari kota Makkah ke Baitulmaqdis dan dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratul Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Ini kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.l Sebelum Rasulullah diIsrakkan, baginda menjalani suatu ‘pembedahan’ untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk dan menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. De...

.. dan mimpi pun menjadi...

Isk.. awal aku masukkan entry hari ni, tu pun pun pasal bukan pasal apa, aku takut jadi macam semalam, semalam masa tengah bagus punya idea datang, tengah sedap tangan menaip... tiba-tiba blackout lak... 1 1/2 jam tanpa karan menyebabkan otak ku terus jadi blurr, kelam sekelam bangunan lebri ni... Nampak gayanya topik hari ni masih berbalik pada kesah sensasi tahun ni la.. aku dah cuba untuk tak mahu memperkatakannya, kerana pada pendapat aku, she' got every right to do what the best .. tapi aku tak memasukkan apa pandangan orang ramai, atau pandangan sekumpulan orang yang merasakan kawan kita ni sebahagian dari kehidupan mereka. Dan pandangan ini adalah pandangan dangkal dari pewaris dan penyambung warisan kita. Mereka pun ada hak untuk memperkatakan juga kerana kawan kita ni juga adalah menjadi warisan negara, dan bakal menjadi sejarah negara.. Pagi nih, semasa aku balik dari menhantar kakak aku pegi keja, dan macam biasa Sinar.Fm menjadi radio pilihan, topik pun hanya sekadar me...

....dan... *plop*.. alahhhh..!!!!

Sesekali dalam kehidupan kita, Dalam suatu ketika,.. Mungkin kita perlukan sedikit perhatian, Bukan kerana kita nak dikenali, Bukan juga nak mencari glamour... Tapi mungkin cuma mengharapkan, Satu pengiktirafan di atas kehadiran kita, Dan lagi..... ..............*plop!*.. Alamak... dah blackout pulak... aduii,.. ilang abis apa yang aku taip tadi.. dan ilang abis idea aku nak curahkan... di mana la pulak aku nak cari kata2 ku tadi.. tadi bukan main berkembang idea penulisan aku ni... dek kerana blackout ini dengan idea2 aku turut musnah.Ler ape ye yang aku nak tulis tadi..?

Durian Runtuh

Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempat ku membayangkan pahit manis berlaku tiada siapa yang tahu mungkin nanti kau jua merasakan berdepan dengan kata menyesatkan tak kan tugumu kebal tiada pertimbangan ** keheningan malam membalutkan kepayahan jiwa meluahkan andai kau jujur memahami tiadaku menjauhi *** dan kisahku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang lantasku pendam ku putuskan biarlah rahsia semakin aku hitung dalam cinta tiada kuasa mampu menghalangnya hentikan kata-kata bertulangkan dusta ** keheningan malam membalutkan kepayahan jiwa meluahkan andai kau jujur memahami tiada ku menjauhi *** dan kisahku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang lantas ku pendam ku putuskan biarlah rahsia oooooo *** dan kisah ku yang masih panjang menambahkan berat yang memandang lantas ku pendam ku putuskan biarlah rahsia pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku... ***** Tajuk: Biarlah rahsia Album: Transkripsi Komposer: Melly Goeslow Lirik: Siti Nurhali...

Biru Lagi...

Hah kan aku dah kata.. aku nak update design blog ni... tapi ntah pasai apa .. tak tau nak boh color apa.. balik-balik yang aku nampak ni.. biru jer.. isk sabo jer lah.. biru mata hitam korang yer.. sementara nak ada color lain korang layan je la... Semalam lepas amik athirah kat rumah pengasuh... balik umah dia ok jer.. dengan mama dia ok je.. tapi bila malam dia dah jaga dari tido .. dia merajuk lak.. isk pandai nyer dia merajuk.. sampai tak nak tengok muka abah dia .. puas aku pujuk sampai bawak tido lak.. isk kuat tol dia merajuk.. emm harap2 ari ni dah ok la... kalau tak jenuh la aku nakmemujuk lagi malam ni...

Hi anak dara ku ni... !

Nih Athirah dalam buaian baru dia kat umah pengasuh.. nyenyak lak dia tido.. kalau tak meragam dia... tapi kan ada muka macam merajuk jer... merajuk pasal aper ye..? merajuk kena tinggal kot.. yer la dah mama dia mula keja ari ni.. Emm dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. dah bersepah-sepah.. emm dah usang rasanya.. patutnya dah kena cat lain dah ni... tak per la lain kali la aku cat lain.. cari kaler kaler yang best sikit.. Hari ni hari pertama Athirah pegi kat umah pengasuh dia.. bagus la anak dara aku ni.. hari pertama dah membuli pengasuh dia, aper taknya nya salam perkenalan kot..? haa haa... emm masa nak bawak pi kat umah pengasuh tu.. bagus jer tido dia ( emm dia bangun awal hari ni.. macam tau2 jer nak kena tinggal.. ).. Lepas tinggal jer.. mak dia tepon la nak tanya apa khabar? Hehh dah dua kali dia melepas... adus .. pastu tak mo tido lak... meragam je.. hahh jenuh la abahnya kena pi beli buaian baru la jawab dia.. emm kempis lagi la poket abah dia bulan ni... adus.....

She's Back!

Emm hari ni dah masuk 56th day Athirah, dan dah tiga hari dua malam Athirah balik ke rumah... lega rasanya.. bukan apa lepas ni dia akan selalu berada bersama aku.. selalu boleh bermain dan selalu leh memerhati perkembangan tumbesaran dia.. aku rasa setiap detik tu amat berharga..kalau leh sumernya aku nak masukkan kat sini.. InsyaAllah... Dah lama aku tak memblog rasanya.. entah sibuk juga la.. nih dah athirah pon dah balik, pasni dia kena tinggai dengan orang ngasuh emm makin terisi lak kehidupan aku.. yer la.. keja nu nak kena buat buat, yang ni pon kena jugak... pendek kata keja, keja.. keja!