Falsafah Jahiliyah disebalik al-Baqarah, Surah ke2 selepas Fatihah Posted on September 29, 2013 by ADMIN Hari ini kami nak bawa pembaca sekalian untuk memikirkan zaman kita ini dengan zaman Jahilliyah semasa zaman sebelum kenabian Muhammad SAW di Kota Mekah. Kami nak kongsikan pengalaman kami, apa yang kami rasai sebaik sahaja selesai meneliti rahsia disebalik turutan Nuzul Quran dan turutan penyusunan surah surah dalam Musyhaf Quran. Ada masa nanti kami kongsikan sedikit demi sedikit. Hari ini kami nak kongsikan mengapa Surah al-Fatihah, surah ke5 dalam turutan turunnya alQuran itu diletakkan dalam surah pertama dalam susunan Musyhaf. Mengapa pula selepas Fatihah terus kita dikocak dengan al-Baqarah, Surah Lembu, Sapi betina. Sila baca siri Sains Fatihah 1-7 untuk memahami artikel ini dengan lebih jelas . Ya, itulah dia. Selepas kami selesai meneliti segala rahsia di sebalik Fatihah, kami sedar kami telah tidak memahami dan melaksanakan setiap perinta...