Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

iftar ke 18

Alhamdulillah, selamat berbuka semua.. hari ni dah masuk hari ke 18... Ayong juga dapat berpuasa penuh dah walaupun dua hari keciciran.. biasa lah kan baru 7 tahun.. Hari ni juadah berbuka simple je lah... ikan bako, kangkung goreng belacan, dua tiga jenis air.. mau tak dha seminggu lebih tak hujan lebat..

Sains & Puasa... Siri 7

SAINS DI SEBALIK PUASA 7 : SYAITAN DI IKAT? PINTU SYURGA DI BUKA LUAS? Mari kita rujuk dari artikel ke-6 Sains Puasa yang sebelum ini kita rumuskan. Pada ketika itu kita bercerita API YANG TIDAK MEMBAKAR. Dari apakah Syaitan ini diciptakan? Dari api kan? Dari jiwa yang marah di situlah ‘laluan’ syaitan.   Pada malam Lailatul Qadar nanti, kita dibasahi dengan ilmu-ilmu yang lebih besar nilainya berbanding ilmu terkumpul selama 83.33 tahun (1000 bulan). Ketika itu tidak akan a da API yang mampu membakar hati kita. Dalam kata lainnya, tidak ada syaitan yang ‘mampu’ membinasakan kita.  Syaitan datang dari api. Api bersifat panas. Kemarahan juga bersifat panas. Jadi Syaitan dan Marah ada similariti sifatnya. Boleh nampak logik sains (Sosiologi, Psikologi) nya? Dalam ibadah puasa kita perlu menahan diri dari melayankan nafsu kita. Makan itu adalah satu ‘keperluan’, tetapi pelbagai ‘citarasa’ atau ‘selera’ melampau untuk memenuhi keperluan makan itulah ‘nafsu’. ...

Puasa & Sains... Part 6

SAINS DI SEBALIK PUASA part 6: LAILATUL QADAR - API TIDAK MEMBAKAR Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang budiman. Alhamdulillah dah masuk topik ke-6 kita melanjutkan perbincangan dalam kupasan sains gunaan PUASA untuk menjadi panduan kami dan mereka yang memahaminya. Sebenarnya kami rasa malu dan rendah diri nak kongsikan hasil kajian yang tidak seberapa ini, takut dikata nak menunjuk pandai pulak. 8 tahun kami berada di sini menelusuri liang ilmu dari ilmu  pada setitik embun di atas sehelai daun sehinggalah dirasakan cukup 2 kolah atau menjadi air mata air seterusnya mampu memberi penghidupan kepada 105 orang anak-anak dan Warga Prihatin. Bagi yang melompat terus ke bahagian 6 ini, adalah dinasihat untuk menyusuri semula artikel berangkai ini dari bahagian pertama lagi. Bukannya apa, cerita sains di sebalik puasa ini adalah satu kupasan mutasyabihat dari perkataan-perkataan muhkammat dari dalam Al-quran dan sunnah itu sendiri. Maka sangat molek sekirany...

Sains & Puasa... Part 5

SAINS PUASA PART 5 –BAGAIMANA UNTUK KURANGKAN BOROI Agak sensitif tajuk kali ini. Maaf bagi yang terasa ye. Bukan anda sahaja yang terasa, kami yang sedang membincangkan isu ini juga sebahagiannya sedang melihat perut sendiri untuk diuruskan dan dikuruskan pada bulan Ramadhan ini.  Ada juga yang takut tempahan baju raya dah penuh bulan puasa ini terpaksa tempah awal kemudian semasa nak raya, baju dan seluar raya dah lari 2 saiz. Bukan larinya makin longgar tapi dah sampai t ahap ketat nak meretas. Itu macammana kisahnya tu? Puasa ke tak? Atau puasa tapi macam tak puasa bila berbuka puasa, kalau boleh satu pasar nak masuk dalam perut kita yang sejemput tu. “Sebaik-baik umatku adalah mereka yang hidup pada masa kurunku, ... akan ada nanti satu kaum yang berkhianat dan tidak boleh dipercayai, dan mereka bersyahadah (menyaksikan kebenaran) tetapi tidak ingin mati syahid, dan mereka bernazar tetapi tidak memenuhinya, dan mereka nampak GEMUK-GEMUK (sebab lebih maka...

Sains & Puasa... Part 4

SAINS DI SEBALIK PUASA - Part 4 : PUASA 1 DISIPLIN BESAR KEJAYAAN & KEMENANGAN Salam semua pembaca celoteh dari kami Warga Prihatin. Terima kasih kepada semua yang telah menjadikan semua artikel-artikel kami tentang Sains di sebalik puasa  itu satu capaian yang viral setiap kali dikongsikan. Jumlah capaian viral itu makin meningkat dari satu artikel ke satu artikel. Niat kami hanyalah untuk berkongsikan segala kebaikan Islam jika ia tidak dipisahkan dengan perlaksanaan SAINSnya.  Kalau sebelum ini kami kupaskan SAINS SOCIOLOGI PUASA, kali ini ingin kami kongsikan SAINS PSIKOLOGI nya pula, sains yang terkait dengan fungsi minda, fungsi akal. Islam Agama syumul yang sangat komprehensif. Allah turunkan panduan dalam Al-Quran ternyata Allah berikan akal juga untuk kita semua memahami keseluruhannya dengan akal. Kata-kata alimin yang kononnya Al-Quran itu tidak boleh ditafsir-tafsir dengan akal adalah satu jawapan pelepas bagi mereka yang kurang jelas tentang bebe...