Skip to main content

Kisah Pak Abu dan Meriam Busuk...

Adeh la, dah masuk 27 hari berpuasa, bermakna dah dekat sangat dah nak raya, juga cuti sekolah pon dah mula, hmm makin ramai yang dah kembali ke kampung halaman masing2, terutamanya yang cikgu cikgi nih dah tentu amik kesempatan balik awai, maklumlah jalanmasih belum begitu jem lagi, anak-anak pon dah dapat cuti dah, tunggu apa lagi kan? dapat lah berlama kat kampung. Yang masih bekerja tuh ialah kakitangan gomen dan juga swasta, nanti sari dua lagi baru lah pakat berduyun-duyun nak balik kampung, bikin jalan jadi jem, tapi kampung punya pasal tetap di teruskan juga, mesti terus gagah oo mau balik berkampung kat kampung.. 


Kadang-kadang walaupun berdekatan, tapi masih juga tidak dapat berkumpul bersama, ye lah masing-masing ada komitmen masing-masing, kerja lah, jarak yang jauh (walaupun satu negeri), mungkin sesekali berjumpa di hujung minggu, itu pon nak jumpa semua sekali payah juga. Mungkin kerana semangat nak raya, juga kerana cuti sekolah yang agak panjang kali ni, maka dapat juga berhimpun hampir kesemua lah, termasuk juga sepupu-sepupu yang sedang meningkat umoq nih, maka riuh lah bila 8 mereka berkumpul.

Semalam sekali lagi dapat berhimpun, berbuka posa di rumah Nyang depa, lepas tu baru lah berkumpul di umah Tok Pah, memang meriah dan tak terkawal depa nih, macam macam perangai ada, mereajuk, bergelak dan menangis ada lah lumrah, sesekali macam tak terkawal, tapi lama-lama ok lah pulak, bagi memeriahkan lagi suasana sempat juga Mak Long depa jadi story teller, haa dengar lah cerita tu...... 

Comments

Popular posts from this blog

2012 ke 2018 Dah bèrbeza ke..

Keria...

KEMPEN BOIKOT YAHUDI / US