Skip to main content

Hujan pagi lagi..

Pagi tadi, rasa sangat lah letih macam tak mau datang kerja saja, atau pasal monday blues, atau juga mungkin terasa macam dah nak raya? Isk pelik betui hujung-hujung Ramadhan kali nih, walau bagaimana pun semua perasaaan tu dapat ku tepis dengan bangun nya anak-anak, baru je nak keluar rumah tengok pokok hujan dah mula mengelam, kelam sungguh, jadi cepat-cepat saja aku hantar bebudak tuh ke rumah pengasuh depa, kalau tak kang kena hujan lak, nanti demam dah tak syok beraya.. la raya la jugak kan... 

Elok je sampai umah pengasuh, bawak turun dua beradik tuh, masuk balik kereta baru jalan 200ela, hah hujan turun dengan lebatnya,, huh nasib baik betui, kalau tak naya dua beradik tuh, owh hari ni dua-dua depa pi rumah mak mengasuh depa pasai Athirah dah cuti sekolah.. ha ha ha satu pengalaman baru kan, dah kena amik tau pasal cuti sekolah la, keja sekolah la.. 

Tengok awan itam bergerak laju, melintasi banjaran Bukit papan..

Wah padi dah rebah...


Comments

Popular posts from this blog

Khutbah Jumaat 08112024 - JAIPs secara ringkasnya.

She got the 'P'..