Skip to main content

Beraya ke Jerteh... Pt 1

Sungguh lah raya tahun nih sungguh berlainan dari tahun-tahun lepas, raya ni aku dan juga sebahagian family mertuaku beraya ke Jerteh, satu perjalanan yang jauh dari desa ku terchenta ha ha.. Masuk je hari raya yang pertama mertua ku dapat panggilan majlis kahwin dari Jerteh Terengganu, walaupun bukan keluarga terdekat, tapi keranan ikatan silaturrahim yang kuat maka harus juga lah kami bertolak kesana. Aku macam biasa kalau tak terikat dengan hal-hal di rumah InsyaAllah dapat lah aku turut serta, sementelah mereka juga tidak berat hati untuk memeriahkan majlis kawin aku dulu, maka aku pon begitu juga.

Setelah mesyuarat semua maka telah bersepakatlah kami untuk bertolak dengan tiga buah kereta, bertolak dari rumah mertua aku di Sungai Padang pada jam 4.00 pagi. Pada rancangan awalnya nak bermalam di rumah mertua aku saja, tapi aku rasa macam tak dapat tido lah pulak, bila dah berhimpun ramai ramai nih kang banyak lak cerita tentu tak dapat nak tido punya. dan memang sangkaan ku benar belaka, memang depa tak dapat tido pun, pun begitu aku juga tak dapat tidor lama juga, terjaga pukul 1.30pg kerana nak buang air menyebabkan lepas tu aku tak dapat tido kerana takut terbabas.. aduhai...  

Masa ni baru lepasi simpang Kg Chenderai-Kuala Pegang - Jam 7.40 pagi

Jalan Baling-Gerik.. Bestnya Pemandangan.. matahari belum kelihatan..

Kabus di kejauhan..

Jalan yang makin di liputi kabus..

Wah macam kabus turun dari Bukit Pulak..

Perjalanan kami mengambil masa lah sikit, selain dari terpaksa berhenti beberapa kali, maklum lah bila bawak warga emas nih memang macam-macam peel dia, begitu juga dengan budak-budak yang sedang membesar nih juga penuh dengan pelbagai ragam, kejap nak buang air, kejap nak beli air, juga ada juga yang mabuk-mabuk pasal jalan berpusing-pusing.

Masuk saja Pekan Jeli, jalan dah mula jem pulak, rupa nya macam ni rupanya musim beraya di Pantai Timur, pakat balik habis nak penuh kan kampung, penuhkan jalan, kalau jumpa simpang jem, jumpa trafik lght pon jem, jumpa kedai makan jem, jumpa kemalangan lagi lah jem. 

Teratak Anjung Belia dpn Uitm Machang, minum sebentar lepas layan jalan jem



Pemandangan Bukit dan Sawah dekat persimpangan ke Kota Bahru-Kerteh

Wah, kat sini depa suka potong belah kiri ye..? hmmm

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....