Okeh, Khamis tuh, akak aku balik, selalunya kalau balik mesti sekurang-kurangnya seminggu. tapi k ali ni kejap je dia balik, rupa-rupanya nak hantar anak menakan aku tuh masuk UiTM kat Merbok Kedah, isk dah besaq ropanya anak menakan aku nih, dah boleh merantau bawak diri, hmmm alang-alang tu pon kami tumpang sekaki aavv la pegi hantar jugak, kononnya sebagai penunjuk arah la, tapi pada hal kami yang dok follow depa saja... ha ha ha. Kami bertolak dari rumah dalam kol 10 dah, al maklumlah dengan ada bebudak kecik lambat lah dan siapkan depa kan? Kol 12.00 macam tu sampai lah, selepas dua tiga kali berenti.. ha ha biasa la jalan sendiri, berenti ikot suka lah kan? Proses nak masuk asrama kali ni tak la lama, cuma sampai jer terus masuk asrama, tiada proses pendaftaran yang ni yang nun.. dah siap daftar dan masuk bilik semua, ada lagi peluang untuk pi makan2 kat luaq dulu. Lepas tu terus menghala ke Tanjung Dawai, konon nya nak cari kedai makan pastu k...