Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

Santai di awal pagi...

Originally uploaded by sangkelu Sudah lama aku tak berjogging. semenjak bermula kembali, hanya sempat beberapa hari saja lepas tu terhenti kembali, hmm.. susah juga nak kembali seperti dulu rupanya, banyak komitmen yang perlu diuruskan.. tak pa lah ini adalah hakikat sebenarnya, dan selebihnya atas diri sendiri untuk menyesuaikannya kan? dan aku tak perlu patah semangat , bila ada masa terluang harus aku amik kesempatan. Kerana itu lah dengan tiba-tiba semangat aku nak jogging diawal pagi ni tiba-tiba bergolak aje walaupun niat asal aku hanya kerana keinginan nak merakam kan suasana mentari naik diawal pagi, aku keluar lebih kurang pukul 7.20pagi, dalam suasana agak cerah atau orang tua-tua kata cerah-cerah tanah maknanya suasana agak cerah walaupun matahari belum muncul.. ini juga bermakna aku tak punya banyak masa nak berjogging untuk megejar tujuan ku nak tangkap gambar mentari yang akan muncul bila-bila. Sampai saja k tempat destinasi ku, sememangnya matahari dah mula ...

...eh dah lama tak hujan

27/01/2010 Originally uploaded by sangkelu ... hmm sudah lama pon tak hujan kat sini, cuaca panas sangat, parit-parit dan juga taliair dah mula kekeringan, awan juga tak banyak bila datang musim kemarau macam nih, angin Timur bertiup kencang juga..

Athirah dan Anieq

26/01/2010 Originally uploaded by sangkelu Tersebut al kisah.... (tayebbbb).. he he he macam S Shamsuddin lah puloak,. okeh semenjak dua menjak depa dua nih dah macam nak mula kawan dah, dan biasanya adik yang mula dulu, adik nih kalau dia bangun tido saja mesti nak gi cari kakak dia dulu, kalau dok denngan mak pak dia kat depan rumah tak penah tahan lama mesti di api nak main (..kacau sebenarnya) Athirah yang sedang tengok kartun ka, tengah mewarna kaaa... Kalau pi amik tak bagi kacau Athirah sat gi mesti bertempik tempik dia tak mau.. manakala kakak dia nih kalau dulu adik nak mai dan kacau dia macam-macam dia baut kat adik dia , isk isk isk... Tapi la ni, dah pandai ajak adik main, pandai nak entertain adik dia sampai kan bear-bear yang dia tak berapa berkenan pon dia bagi kat adik, tapi kadang-kadang kalau adik dia kacau dia dok mewarna dia buat juga la, tampar ka, tarik ka.. macam macam hal lah depa dua beradik tu..

...pagi nan cemerlang

25/01/2010 Originally uploaded by sangkelu .... hmm aku ingat dah tak mo buat entry dah ari ni, selepas dah kuar entry anieq tu semalam, tapi pagi nih bila aku on the way nak pi hantar Athirah kat umah pengasuh dia , aku tengok matahari sungguh cemerlang pagi ni, jadi sempat juga merakamkan saat-saat indah ketika matahari menjelma nih.. sungguh!, terutamanya di ketika kita sibuk nak pergi kerja macam nih, sungguh meninggalkan kesan baik untuk aku hari ni..

... hai Anieq

23/01/2010 Originally uploaded by sangkelu . .hi Anieq, jangan lah buat macam nih, jangan lah nak cuba-cuba nak isap rokok macam nih, jenuh la abahnya nak cari duit, udah la harga dia makin mencanak naik sekarang, dah tu stok pon terhad.. nanti jenuh la abahnya nak cari, abahnya ni bukan pandai sangat bab rokok nih, tapi abah tau Anieq ni suka-suka saja main daun rokok tu kan? Bukan nya hisap betul2 macam kakak tu yer..?

Sultan Johor Mangkat..

JOHOR BAHRU 22 Jan. – Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat malam ini selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.Baginda berusia 77 tahun.Almarhum mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada pukul 11.20 malam. Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera dan puteri. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan. Petang ini, putera sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor. Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis ...

....gotong royong @ PD Tambun Tulang

23/01/2010 Originally uploaded by sangkelu . . hari ni ada lagi program bergotong royong, venue dia ialah PD Tambun Tulang, sepatutnya tak banyak yang perlu di lakukan , hanya menghantar 2 rak, satu perlu di pasang balik..dan itu lah yang terjadi, kerja-kerja memasang nih lah yang susah dan memakan masa... namun akhirnya berjaya juga dengan sedikit kesusahan.. Hari ni juga aku tak sedap badan, entah apa pasal , entah apa yang salah makan perut aku menjadi meragam sepanjang hari nih, selepas emapt 5 kali berulang baru lah lega sikit ni, kalau tak berulang saja... Hmm kalau pandai cuba teka berapa harga buku-buku yang telah di hapuskira ini, selori semuanya.. buku buku ni terpaksa di buang akibat dari kecacatan, telah rosak dek anai-anai, juga kerana telah outdated.. eh perlu ka aku tulis yang nih? ahh layan je lah..

...athirah 8 bulan

nsh 013_edited Originally uploaded by sangkelu .... jenguk - jenguk foto lama terjumpa lak gambar athirah masa berumur 8 bulan.. he he he buas dah masa nih..

Gotöng royong

Gotöng royong Originally uploaded by sangkelu ..waaa dah lama tak buat gotong royong, membersihkan kawasan dan juga mengemaskini barang-barang dan juga buku-buku yang akan di hapuskira.. dan hari ni dan esok aktiviti gotong royong membersih kan kawasan dalaman perpustakaan dan juga laluan yang di kira sebagai tersekat, terhalang kenlah buat clearence sebab bomba akan datang melawat, nak dapat pengiktirafan bomba yang bangunan ni mempunyai lalualn selamat dan juga sistem penguraian pengguna jika berlaku kebakaran...  hmmm

... padi menguning lagi

P adi nan menguning dan..  Athirah dan ikan (hmm macam tak de motif je) Originally uploaded by sangkelu Sekarang ni, dah masuk musim menuai kat Perlis dan Kedah, bila dah masuk musim menuai nih, pak tani jadi jernih muka depa, maklum lah setelah sekian lama bertungkus lumus mengerjakan sawah, dari membajak, lepas tu menanam padi, lepas tu pulak menylam semai yang tak menjadi, lepas tu kena membaja, lepas tu kena meracun rumput rumpai, baru lah akhirnya boleh dapat hasil tuaian yang memuaskan, dari pandangan aku yang dangkal tentang penanaman padi nih, banyak cabaran mengerjakan sawah sekarang nih, pelbagai jenis penyakit, musuh musuh padi yang tidak ada pada zaman dulu seperti siput gondang emas, lepas tu rumput rumpai yang dahulunya tidak ada tapi sekarang dah banyak di sawah-sawah, di sebalik masalah2, sistem penanaman padi juga turut berubah dan berkembang, bari dari segi penanaman mau pun dari segi penuaian padi. Selain dari musim penanaman padi, musim seka...

Cuba teka?

Cuba teka? Originally uploaded by sangkelu .. siapakah budak ni, adakah beliau terlalu malu sehingga maukanya di tutup dengan kotak, percayakah anda bahawasanya budak ini begitu pemalu.. jawapannya .... he he he jangan la percaya, akan bila tiba sengalnya dia akan berbuat apa saja, dan kemudian nya dia suruh abah atau mamanya tangkap gambar, hmmm sungguh keletah budak nih, jenuh melayan perangainya.. tetapi kalau tidak adalah budak ni kat rumah , sunyi sepi lah jadinya.. huhu huuu oh yaa.. dengan masuknya entri nih, maka bermula dunia baru blogging aku, pertamanya sekarang aku dok guna hanphone bari nokia 5800 tu, hmm lawa juga gambarnya, dan resolusi dia pon bagus, macam gambar nih, dan kedua nya aku dok try guna flickr untuk hantar entri bergambar instead of pakai picasa dan blogger itself.. okeh let see the result.. ok tak..?

.....album-album

..lepakking di berjaya times square ... atas monorail di kelilingi 'misi'.. macam model baju la pula.... lepakking di Aquaria Shah Alam...

... jalan2..

masih berkelana

Aizat menang AJL..? Lagu Apa Yer…

Aizat Af Lirik Lagu Aizat - Kau Aku Kau dan aku ,adalah satu Tak kira apa Segala rintihan aku ,engkau selalu ada Biar kata memisah kita Biarkan saja Kerana terbiasa Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku Sentiasa merasa kehilanganmu Ku akan tunggu saat bertemu Tiada henti Walau dimana kita berdiri Di dalam dunia ini Biar sampai akhirnya nanti Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala Ingin merasa namun aku takkan cuba Biar kata memisah kita Biarkan saja Kerana terbiasa Ooohhh…. Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku Sentiasa merasa kehilanganmu Ku akan tunggu saat bertemu Tiada henti Walau dimana kita berdiri Di dalam dunia ini Biar sampai akhirnya nanti Biar sampai akhirnya nanti Ooohhh..Oohhh..Ooohhh…

....cuti-cuti malaysia

Salam... dah lama tak bercuti-cuti Malaysia, semenjak mama dah kerja, pastu sekarang dah pindah tempat kerja, lepas tu pulak sambung mengaji lagi nih masa dah jadi kurang, ruang dah jadi makin sempit, tapi tak pe lah, setahun dua nih saja lepas tu ok balik kan. Jadi buat masa sekarang ni student tempat mama mengajaq nih dah masuk tapi kelas masih belum mula, jadi ada lah sedikit ruang untuk cuti-cuti malaysia, so dengan rancangan yang ad hoc terus buat keputusan nak pi umah umi ina athirah dan anieq kat shah alam.. dan 'dan-dan' tu juga pakat mohon cuti termasuk juga dengan angah depa nih. he he athirah kata buah durian tu tortoise Macam biasa aku bila nak jalan jauh nih saspen sikit, bukan pasai apa tak penah drive sendiri kat kawasan-kawasan sesak macam nih, tapi kali aku nak pakai hentam sajalah, ikut kata kak aku just folloew lebuhraya guthrie dah boleh sampai.. kira okeh la kan, dan sesungguh nya alhamdullillah tak de lah nak sesat barat , cuma sesekali termiss simpa...

Hari Keluarga...

Buat julung kalinya pejabat aku ni buat hari keluarga, mungkin sekarang ni dah ada ramai staf maka pihak atasan merasakan pentingnya diadakan hari keluarga bagi mengeratkan silaturrahim dengan staf dan juga keluarga masing-masing, sementelah bial menjadi staf bermakna dah jadi satu keluarga yang besar. Sekalung tahniah aku ucapkan ke jawatankuasa yang telah berjaya mengendalikan program yang boleh di katakan mencatat satu sejarah baru jabatan. Pelbagai program yang telah di aturkan, termasuk permaianan bola baling dalam bulatan, dart, lontar hula hup, kutip gula-gula untuk kanak-kanak, juga mencucuk benang dapat sedikit sebanyak mengeratkan sesama kakitangan, dalam keseronokkan itu juga masih ramai staf yang tidak dapat datang, mungkin depa ada pelbagai alasan yang tidak dapat dielakkan.. ikut saja lah... Dan bagi aku, mem aku memang tidak dapat nak ikut serta pasal ada kelas yang tak boleh tidak terpaksa dia kena hadiri, mulanya aku keberatan juga nak pergi, d...

Salam Tahun Baru....

Selamat bertahun baru semua, sudah 9 hari kita berada di tahun baru tapi aku masih juga tak ada entri, apa lah nak jadi dengan aku nih, malas betui nak update, malahan nak cari buat update pon buntu, kadang-kadang ada idea nak update tapi dah kena keja, terus ilang idea tuh.. kalau sebelum nih aku selalu salahkan facebook menyebab akan malas nak update, tapi semenjak dua menjak nih, facebook pon dah jarang-jarang aku layan, isk dah jadi makin jemu pulak, tapi tak leh nak hentikan juga. Macam biasa bila masuk tahun baru, atau menjelangnya tahun baru, masing-masing akan buat review mengenai azam-azam tahun baru yan telah ditanam pada awal tahun, samada tumbuh suburm hidup segan mati tak mahu atau mungkin sekadar hidup saja azam masing-masing tanpa berkembang. Aku sendiri sebenarnya cuba juga nak buat review balik apa azam tahun lepas (2009) , hmm dalam kehidupan seharian, aku sebenarnya berazam untuk membesarkan anak-anak dengansebaik mungkin, menjaga, menyanyangi mereka, membina ruma...