Skip to main content

Santai di awal pagi...










Originally uploaded by sangkelu
Sudah lama aku tak berjogging. semenjak bermula kembali, hanya sempat beberapa hari saja lepas tu terhenti kembali, hmm.. susah juga nak kembali seperti dulu rupanya, banyak komitmen yang perlu diuruskan.. tak pa lah ini adalah hakikat sebenarnya, dan selebihnya atas diri sendiri untuk menyesuaikannya kan? dan aku tak perlu patah semangat , bila ada masa terluang harus aku amik kesempatan.

Kerana itu lah dengan tiba-tiba semangat aku nak jogging diawal pagi ni tiba-tiba bergolak aje walaupun niat asal aku hanya kerana keinginan nak merakam kan suasana mentari naik diawal pagi, aku keluar lebih kurang pukul 7.20pagi, dalam suasana agak cerah atau orang tua-tua kata cerah-cerah tanah maknanya suasana agak cerah walaupun matahari belum muncul.. ini juga bermakna aku tak punya banyak masa nak berjogging untuk megejar tujuan ku nak tangkap gambar mentari yang akan muncul bila-bila.


Sampai saja k tempat destinasi ku, sememangnya matahari dah mula munculkan dirinya, kronologi dia tu boleh di lihat dari initial di gambar tuh, dan aku amat enjoy pagi ni, tangkap gambar walaupun dalam keadaan mengejar masa kerana mentari meninggi dengan cepatnya, menjelang pukul 8.00 pagi, matahari dah mula terik dan panasnya dah tersebar ke serata alam..


Aku berjogging balik kerumah dan melalui sungai di belakang rumah tu, dan keadaannya dah mula mengering, tanda-tanda musim kemarau akan menjadi semakin panjang, walaupun dua tiga hari lepas ada hujan yang turun, tapi kadarnya boleh di katakan amat sedikit, berbanding dengan kadar kekeringan air di tali air dan sungai-sungai pengairan padi di kampung-kampung sekitar kampung aku nih.


Sampai rumah, dah pukul 8.15 pagi, main-main dengan Anieq dan Athirah yang baru bangun, lepas tu mandi pagi dan bersarapan pagi dengan nasi lemak, sambil dok dokong Anieq sementara mama dia suap kan nasi  kat Athirah, selesai semua dah dekat pukul 9.00 pagi, mula semula projek kedua pagi nih, nak bauki motosikal aku yang dah dua bulan rosak tak dapat di hidupkan walaupun dah tukar spark plug dia (yang biasanya ini lah punca tak mau hidup).


Nak baiki motosikal ni terpaksa lah aku tuntun (sorong) ke kedai moto yang lebih kurang 2 km setengah dari umah aku, terpaksa lah aku menapak, tapi separuh jalan jeaku menapak juga insan yang sudi tunda aku, Alhamdulillah , terima kasih la banyak-banyak..  akhirnya pukul 10.30 pagi selesai juga kerja aku... 

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....