Skip to main content

Salam Tahun Baru....

Selamat bertahun baru semua, sudah 9 hari kita berada di tahun baru tapi aku masih juga tak ada entri, apa lah nak jadi dengan aku nih, malas betui nak update, malahan nak cari buat update pon buntu, kadang-kadang ada idea nak update tapi dah kena keja, terus ilang idea tuh.. kalau sebelum nih aku selalu salahkan facebook menyebab akan malas nak update, tapi semenjak dua menjak nih, facebook pon dah jarang-jarang aku layan, isk dah jadi makin jemu pulak, tapi tak leh nak hentikan juga.


Macam biasa bila masuk tahun baru, atau menjelangnya tahun baru, masing-masing akan buat review mengenai azam-azam tahun baru yan telah ditanam pada awal tahun, samada tumbuh suburm hidup segan mati tak mahu atau mungkin sekadar hidup saja azam masing-masing tanpa berkembang. Aku sendiri sebenarnya cuba juga nak buat review balik apa azam tahun lepas (2009) , hmm dalam kehidupan seharian, aku sebenarnya berazam untuk membesarkan anak-anak dengansebaik mungkin, menjaga, menyanyangi mereka, membina rumahtangga yang bahagia, selebihnya aku juga berangan nak kembali aktif berjoging, bukan lah sampai tahap nak bagi kurus, tapi nak fit kan balik badan, nih nak kerabat (naik) tangga pon dah mengah, ini kan pulak nak memnjat gunung.. isk.. isk isk.. aku juga makin kuat berangan nak menceburkan diri dalam bidang photografi, tapi nampaknya masih samar-samar lagi, masih juah lagi perjalannya.. kerana biadang ni perlukan banyak modal, masa dan kekangan lain... dan nampaknya azam aku nih ada juga yang berjaya, ada yang kena pending.. kena pending nih..


Eh apa yang berjaya, apa yang  kena pending nih.. okeh secara ringkasnya azam aku yang berjaya pada tahun dulu ialah nak berjoging kembali, walaupun sebentar, walaupun dah hujung tahun baru menjadi, tapi aku tanamkan semangat sebagai suatu kemajuan, dari hampir 5 tahun aku bersara, dapat kembali semula, ini satu permulaan  juga kan..? Dan angan2 akuuu tu semuanya masih pending lah, dalam keadaan sekarang memang sukar nak jadikan ia sebagai satu realiti... ini lah yang aku fowardkan sampai tahun 2010 nih...dan juga aku tambahkan satu sebagai selitan ialan nak cuba updatekan blog sekerap yang mungkin... okeh lah dulu coretan meraban aku di yengah malam yang sunyi nih.. moga nnati akan bersambung dengan kadar secepat mungkin... he he hee,,




Comments

Popular posts from this blog

Kalau Grab di Perlis - Inspired By Copilot

Entri kira muat...

Kasihani lah....